chapter 33

Romance Series 61548

Dato khalis termenung di ruang kerja nya.Sekeping gambar di keluarkan nya dari sebuah peti kecil.Gambar seorang wanita menggendong bayi yang baru di lahirkan.Hanya itu sahaja kenangan yang masih iya simpan hingga ke hari ini.apakhabar wanita itu dan anak nya sekarang?adakah mereka berdua baik baik sahaja?pelbagai pertanyaan menerjah benak fikiran dato khalis waktu itu.

Mariam....Wanita yang pernah hadir di hidup nya tiga puluh tahun silam.Waktu itu dato khalis bertugas di pulau borneo.tiga tahun dia mencari rezeki di pulau borneo,sehingga lah bertemu dengan mariam.Gadis desa yang berjaya meluluhkan hati nya di kala itu.
Mereka berdua memadu asmara sehingga hanyut terlalu jauh.Di saat mengetahui mariam hamil,Dato khalis ingin bertanggungjawab menikahi mariam.Namun orang tua nya tidak setuju sama sekali.alasan nya kerana mariam sebatang Kara,yatim piatu.kedua orang tua nya meninggal dalam kemalangan jalan raya.Sejak itu mariam tinggal di rumah anak yatim.
Kata orang tua dato khalis,mariam tidak jelas asal usul dan keturunan.Dato khalis di paksa balik waktu itu juga.
Dia yang kala itu tiada pilihan dan terpaksa menurut.Dengan berat hati dato khalis menurut.Kalau tidak waktu itu,dato khalis tidak akan mendapat warisan apa apa dari bapa nya.Bapa nya seorang yang tegas.Tiada siapa yang berani membantah.

dua tahun berlalu,dato khalis pergi ke pulau borneo untuk menjejaki tempat di mana mariam tinggal.Namun dato khalis hampa,kerana pemilik rumah tempat mariam tinggal dulu...Mengatakan mariam sudah lama pindah.Tidak tahu pindah ke mana.
Dato khalis merasa bersalah yang teramat sangat.Tika itu,dia sudah beristeri.yang mana isteri nya adalah jodoh dari orang tua nya.Waktu itu dia hanya menurut saja.kerana kalau dia bersuara,tidak akan di dengar oleh bapa nya.

merata tempat dato khalis bertanya akan keberadaan mariam namun tiada yang tahu dan kenal.akhirnya dato khalis pasrah dan ikhlas.Mungkin bukan jodoh untuk dia menemui mariam lagi.Jika dia masih hidup,ku doa kan semoga dia dipermudahkan di setiap langkah.Dan untuk anak yang mariam kandung kan dulu,dari lubuk hati yang paling dalam ingin sekali bertemu dengan nya.
tidak lama setelah itu dato khalis mendapat seorang bayi lelaki hasil dari perkhawinan nya dengan wanita yang bapa nya jodohkan.
tika umur anak dato khalis genap sebulan,dia menerima sebuah sampul berisi sekeping gambar mariam bersama seorang bayi.Di dalam nya beserta nota yang mengatakan,hidup bayi tersebut baik baik sahaja dan tak perlu mencari mereka lagi.
Dato khalis bingung,kerana tiada alamat yang menghantar.Yang pasti itu bukan dari mariam.Kerana tulisan tangan dato khalis kenal sekali.


Di sebuah rumah yang sederhana,seorang wanita berumur 50 tahun kelihatan kusyuk bermain dengan kucing.Di sekitar nya,ada ayam yang berkeliaran menguis mencari cacing di tanah.Sesekali kedengaran suara kambing mengembek dari kandang yang tak jauh dari situ.Dua ekor sapi sedang meragut rumput.
Suasana kampung terasa nyaman dan segar.Tiada hiruk pikuk kenderaan dan udara setiap hari bersih dari debu debu jalanan dan asap dari kilang.

"mak yam,jauh termenung"

Satu suara menyapa nya dari belakang.

"eh dina,tak sekolah ka hari ne?"

"hari ini ada sukaneka di sekolah,dina malas nak ikut.Lagipun tiada ambil acara juga"

Terang dina dengan tersengih ke arah mak yam.

"oh ya,ne ada mak suruh bagi mak yam.Mak dari bendang tadi singgah cabut ubi kayu.Tu yang buat pengat pisang ne"

Dina menyuakan mak yam bekas makanan yang di dalam nya berisi pengat pisang.

"wah allhamdulilah dapat rezeki hari ini.Terima kasih ya"

Mak yam berseri wajah nya sambil tersenyum.Memang sejak dia pindah ke sini berpuluh tahun yang lampau,keluarga dina adalah paling rapat dan menerima dia di kampung itu dahulu.hidup nya dulu susah dan perih,mujur ada yang sudi membantu tanpa mengharapkan balasan.

"mak yam,nanti malam ada baca baca di surau sempena bulan ramadhan yang bakal tiba"

"iya ada,ikut lah nanti"

"harus tu mak yam.Kalau tak,pasti mak membebel"

keduanya serentak ketawa.

Nurdina aisyah,anak bongsu dari pasangan fatimah dan roslan.orang tua dina banyak menolong nya suatu ketika dulu.Ketika dia belum punya apa apa,mereka tumpangkan mak yam untuk tinggal dengan mereka.Seiring berjalan nya waktu,kehidupan mak yam mulai membaik.Allah memberi nya rezeki sedikit demi sedikit sehinggalah dia mampu membeli tanah tempat nya tinggal sekarang.Dengan rezeki yang ada,mak yam membeli kambing dan sapi untuk di pelihara.Yang mana setiap tahun baka dari kambing dan sapi nya bertambah dan membiak.
Banyak yang mulai mengenali mak yam untuk urusan pembelian kambing dan sapi.baik untuk acara cukur jambul,raya haji dan yang nak beli untuk acara syukuran.
Allhamduliah kehidupan nya bertambah baik.Namun tidak di nafikan dia sepi.Sejak dia menutup hati nya berpuluh tahun yang lalu,tiada keinginan untuk dia mencari pasangan.

Kerana itulah dia sengaja sengaja pelihara kucing yang agak banyak untuk menjadi pemghibur nya setiap hari.telatah kucing kadang buat mak yam senang.Tambahan lagi dia memang suka dengan kucing.Kebanyakkan kucing jalanan dan kucing orang buang dia selalu rawat dan bawa balik.Sebelah rumah nya dia sengaja diri kan rumah kucing.Di situ semua nya di kumpulkan.Dengan rezeki yang ada dia berbagi dengan kucing selain dari selalu bersedekah di masjid dan rumah anak yatim dan golongan asnaf.

Mak yam teringat akan seseorang yang pernah hadir di hidup nya suatu ketika dulu.Lelaki pertama yang iya cintai.segenap jiwa dan raga nya hanya untuk lelaki tersebut.Namun takdir berkata lain.tiada jodoh antara mereka.Mak yam membawa diri ke tempat ini melalui seorang sahabat yang dia kenal di tempat kerja.Selain mak nya dina,sahabat nya itu juga banyak membantu nya di kala itu.
mak yam sudah berdamai dengan takdir.Dia tahu itu bahagian dari dosa yang harus dia bayar suatu ketika dulu.Apa pun yang ke depan nya nanti,mak yam hanya ingin menjalani hari yang sederhana saja.Tanpa masa lalu yang harus berbangkit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience