chapter 20

Romance Series 23932

Hari itu Megat Haikal kerja setengah Hari saja.dia bercadang untuk ke kampung aleeya.hati nya Terasa tak sedap,bila mana chat Di wasap nya hanya Di see saja oleh aleeya.dia Telefon Tak pernah berjawab.setelah menelefon orang gaji Di rumah untuk selalu melihat keadaan Rahbiah sementara dia Ke kampung Aleeya.
Di dalam perjalanan ke kampung Aleeya,fikiran Megat Haikal termenung jauh.minda nya teringat Akan kata-kata Yang Di sampai Kan oleh doktor Yang merawat Rahbiah.Rahbiah mendapat tekanan Yang Maha hebat.
Rahbiah perlukan rawatan susulan ke pakar kerana takut akan bertambah parah kalau tidak Di cegah dari awal.megat bercadang untuk membawa isterinya itu minggu depan.
fikiran nya becelaru.mana lagi menghadapi Rahbiah..aleeya juga perlukan perhatian kerana Sudah sarat kandungannya.tapi sejak akhir-akhir ini Megat Haikal kurang masa dengan Aleeya.dia Banyak mengurus keperluan Rahbiah Yang lebih memerlukan nya Di Sisi.

"assalamualaikum"

Megat Haikal berdiri Di anjung rumah.pintu Di ketuk nya perlahan.sekali dua Kali salam Di beri namun tidak juga berjawab.mata Megat Haikal tertancap pada pintu Yang berkunci dari luar.kemana diaorang ne?desisnya Dalam hati.dia mengeluarkan Telefon bimbit nya dari kocek seluar.cuba menghubungi nombor Aleeya..seperti biasa tidak berjawab juga.

"err...Suami Aleeya ya?"

manan,sepupu Aleeya Yang baru dari pekan menghentikan kereta Di depan rumah aleeya.

"iya saya..Kamu siapa?"

Megat Bertanya balik.

"saya manan sepupu Aleeya.saya kenal Abang waktu Aleeya nikah dulu"

terang manan dengan tersenyum.

"ohh...orang di rumah ini Di mana?"

"Abang Tak tahu Ka?aleeya masuk hospital gara-gara Asma.tempohari saya Yang hantar dia.pak Akob Dan mak munah Di Bandar sekarang.dengar-dengar tinggal dirumah Aleeya Yang kat Bandar tu.kerana setiap Hari dorang menjenguk Aleeya ke hospital"

panjang lebar manan menjelaskan.megat Haikal terngaga seketika mendengar semuanya.sungguh Ada Rasa penyesalan bersarang Di Hati nya Yang mengabaikan Aleeya.sampai Aleeya sakit begini pun dia Tak tahu.rasa berdosa pun Ada.

"sekarang Di hospital Ka dia"

Megat Bertanya dengan raut cemas.

"iyaa...sudah berapa Hari dia disana"

"terima kasih ya dah bagitau."

"iya sama-sama.saya jalan dulu bang.assalamulaikum"

"walaikumsalam"

tidak menunggu lama Megat Haikal memecut laju kereta nya menuju ke Bandar.tapi kenapa Aleeya tidak memberitahu nya hal sepenting ini.persoalan demi persoalan bersarang Di ruang fikirannya.

setelah memarking kereta Megat bergegas menuju ke kaunter pertanyaan.bertanya untuk pesakir Yang bernama aleeya.penjaga kaunter Yang bertugas segera memberikan nombor katil tempat Aleeya Di rawat.sekali lagi Megat Haikal terngaga Dan tercengang,kerana Aleeya Di rawat Di kelas tiga.bercampur dengan pesakit Yang lain Di dalam satu ruangan.tidak menempah untuk bilik private.seharusnya Aleeya berbuat begitu kerana dia pasti Akan menanggung semua Kos rawatan.
waktu itu bukan waktu melawat,namun Megat Haikal meminta masuk untuk sekejap saja Dan Di inzinkan.dari jauh Megat Haikal melihat Aleeya Sedang duduk sambil makan buah.katil nya Di tepi sekali berhampiran cermin Yang menghadap keluar.

aleeya tersentak bila melihat Megat Haikal tercegat Di depan nya.

"errr...bos macamana boleh sampai ke sini?"

aleeya tergagap gagap lalu meletakkan buah Yang Masih ditangan nya Di atas pinggan kecil.
Megat Haikal duduk Di kerusi Di sebelah Katil Aleeya.mata nya tertumpu pada jarum Yang terpasang Di pegelangan tangan Kiri Aleeya.hos kecil untuk oksigen Di Pasang pada bahagian hidung nya.dan hos untuk urine juga melingkar ke bawah.

"kenapa tidak bagitau?sudah berapa Hari disini pun tidak berkhabar.chat tidak berbalas..Telefon tidak Di jawab.tapi Ada juga online.kenapa?"

Megat Haikal memandang ke arah Aleeya Yang duduk termagu sambil menundukkan wajah nya ke bawah.jemari nya Di main Kan.

"pekara begini penting Aleeya.seharus nya saya orang pertama awak bagitau.kalau terjadi apa-apa pada awak Dan baby Dalam perut Tu,bagaimana?"

bertubi tubi Megat Haikal bicara.renungan tajam nya Masih tertuju pada Aleeya.hanya suara nya Di lembut Kan supaya tidak menggangu pesakit Yang Di sebelah.

"bukan begitu bos.sebenarnya saya Tak nak menyusah Kan bos.apa lagi bos sekarang ne tengah berdepan dengan datin Yang Tak sihat.saya faham keadaan bos.maka nya saya mengambil keputusan tak nak memberitahu pekara ne.lagipun keadaan saya dah bertambah sihat.mungkin esok atau lusa dah boleh discharge.tunggu spo benar-benar stabil"

aleeya berharap Megat Haikal memahami Dan faham maksud Aleeya.bukan niat untuk membelakang nya sebagai Suami.hanya Aleeya tidak mahu terlalu membebankan Megat Haikal sekarang ini.

"bukan hal biasa Aleeya kalau bab sakit.apa lagi tengah pregnant begini.asma juga boleh mengancam nyawa kalau dah kronik."

Megat Haikal tetap tidak puas Hati dengan Aleeya.kelakian nya sebagai Suami Rasa tercabar.apa lagi ibu bapa Aleeya tahu kalau Di saat begini dia tiada menemani Aleeya.

"iyaa..saya Minta maaf"

kendur suara Aleeya.

"lain Kali angkat phone kalau Di koling.jangan buat orang risau tak tentu Pasal"

"iya bos"

"dan satu lagi.kenapa tidak tempah bilik vvip?Di Sana lebih selesa.saya tak nak awak Susah aleeya.saya nk Jaga awak.lagipun saya mampu.bukan riak tapi Dalam Rahim awak Tu anak saya.wajar kalau saya nak Yang terbaik untuk dia"

sekali lagi hujah Megat Haikal panjang lebar.aleeya membisu.

"kerana saya Tak nak bos tahu,maka nya saya memang Tak nak Di rawat Di bilik private.selepas saya keluar,saya Masih mampu untk bayar bil.kalau Di bilik private saya Tak mampu bayar kalau dah berapa Malam admit."

aleeya berterus terang.bagi nya memang itu Yang dia fikir kan.satu Malam Sudah berapa ratus bil untuk bilik vvip.bayangkan kalau seminggu.ya,Megat petik jari sahaja untuk bayar nya.tapi kerana Aleeya memang dari awal Tak nak Megat Haikal tahu,dia mahu uruskan semua nya.maka nya dia lebih memilih kelas tiga.sama juga layanan,staff Di situ baik-baik semua Dalam layanan.
Megat Haikal terdiam.nafas nya Di hembus dengan perlahan.sungguh wanita di depan nya sekarang sukar Di tebak.sifat berdikari terlalu tinggi.sampai Kan Megat Haikal sendiri Tak habis fikir.contoh nya sekarang Masih memanggil diri nya dengan panggilan bos biarpun Sudah Di tegah berkali Kali.

Megat Haikal bangun lalu menuju ke kaunter nurse Yang Di dalam ruangan itu.kelihatan dia bercakap dengan seorang doktor.agak lama juga mereka berbicara.sambil sesekali Megat Haikal mengalihkan pandangan nya ke arah Aleeya Yang Masih duduk Di atas Katil.
Lima belas minit kemudian Megat Haikal menghampiri Aleeya.

"tadi saya dah jumpa doktor Dan Tanya semua nya.dan doktor pun dah terangkan.awak bukan saja Asma,tapi kurang garam juga Dalam badan.maka nya Masih mau Di pantau dengan lebih teliti.sebentar lagi awak Akan Di pindah Kan ke bilik private"

Megat Haikal melabuhkan punggung nya Di sebelah Aleeya.rasa simpati menerjah.di bahagian tangan Aleeya Banyak kesan lebam efek dari kesan suntikkan jarum untuk ambil darah.jemari Aleeya iya pegang Dan genggam erat.

"aleeya..saya Minta maaf.saya tiada Di masa awak Susah Dan memerlukan saya Di Sisi"

kali ini renungan Megat Haikal redup Dan bicara nya lembut sekali.aleeya tampak canggung bila Megat Haikal berbuat begitu.kerana dia tidak pernah mesra-mesra dengan Megat Haikal,semua nya Rasa kaku.hanya anggukan kepala nya tanda mengiyakan Megat Haikal.

Share this novel

Ratnamalar Kesukartik
2024-12-19 10:59:36 

please update next chapter

Mythic 20 Ronaldojr7
2024-12-17 12:06:40 

megat dah tahu Aleeya masuk hospital.,....seronok baca tq sis update

Sal
2024-12-17 05:18:35 

next..best


NovelPlus Premium

The best ads free experience