Tidak terasa cuti sebulan hampir habis.rasa nya baru saja Umbai balik ke kampung nya.dan kini sudah nak balik lagi bertugas.tidak banyak yang iya kemas kerana pakaian pun ala kadar saja dia bawa waktu balik tempohari.kerana pakaian di kampung masih ada untuk di pakai sehari hari.yang dia penting kan untuk bawa adalah makanan masakan mak cik Siti.seperti bilis garing masak sambal,tempoyak petai,daging masak hitam dan kelupis.makanan itu semua kegemaran umbai.sengaja dia pack lebih untuk stok di sana nanti.maklum lah orang bujang,tinggal panaskan saja jika hendak makan.
"mak,boleh tak panggil Aleeya ke sini lepas isyak.ada yang Umbai nak kata kan ke dia"
Umbai duduk berdepan dengan mak cik Siti yang sedang menyediakan hidangan makan malam.
"kenapa tak Umbai sendiri yang bagitau Aleeya?"
"mak saja lah bagitau,sekali ajak makan malam di sini"
"sebenarnya apa yang Umbai nak bagitau Aleeya tu?kan boleh Umbai bagitau sendiri ke Aleeya dengan pi jumpa nya di sana"
"ada lah mak.sengaja Umbai nak di depan mak dan ayah"
"ermmm...yelah,kejap mak telfon dia"
mak cik Siti segera mengelap tangan nya yang masih basah dengan tuala.setelah itu telefon bimbit nya di ambil lalu di dail nombor Aleeya.
menu malam itu sungguh membuat selera makan bertambah.air tangan mak cik Siti memang tidak pernah menghampakan.ikan bakar cicah sambal mentah,sayur sup,kerabu mangga,dan ikan pari bakar sambal hitam.
setelah menjamu selera,Aleeya menolong mak cik Siti mencuci piring dan berkemas dapur.baby Nurin di ruang tamu bermain dengan Umbai dan pak cik Wahab.
"haa Umbai,bagitau lah apa yang nak di bagitau ke Aleeya.jangan lambat,nanti baby Nurin tu nak tidur nanti kalau dah cukup jam"
mak cik Siti membuka bicara setelah semua nya dah berkumpul di ruang tamu.Aleeya terpinga pinga bila mendengar mak cik Siti berbicara seperti itu.dia tak tahu yang Umbai nak bicara sesuatu ke dia.tadi waktu mak cik Siti menelefon nya,hanya ngajak untuk makan malam.
"ermmm...Aleeya,sebelum saya nak minta maaf jika apa yang bakal saya bicarakan nanti buat awak tak selesa.tapi hati saya ingin juga mengutarakan nya.sebab esok saya dah nak balik kerja lagi."
Umbai berhenti seketika dan menarik nafas perlahan.
"Aleeya...sudi tak awak menjadi isteri saya?saya tahu kita tidak bercinta sebelum ini,hanya berkawan selama sebulan saya bercuti.tapi jujur saya dah jatuh hati dengan awak."
lembut dan bersahaja Umbai berbicara.Aleeya terpempam seketika.tidak pernah iya menduga Umbai ingin melamar nya menjadi isteri.
"tapi kita kenal tak lama.kita juga tidak bercinta.jujur saya trauma.kerana perkahwinan terdahulu pun saya seperti dalam situasi ini.hanya waktu itu beza nya saya tiada pilihan.maaf kalau kata kata saya menyinggung"
Aleeya tertunduk memandang keramik lantai yang berbunga teratai.
"saya faham,maka nya saya beri awak waktu untuk berfikir semahu awak.jika awak rasa memilih saya tidak tepat bagi awak...tidak apa Aleeya awak boleh menolak.saya jujur tidak ambil hati..kerana saya saya faham perasaan awak.jika kita tak di takdirkan untuk bersama,kita masih boleh jadi kawan kan?"
pak cik Wahab dan mak cik siti diam seribu bahasa.bagi mereka berdua biarlah mereka berdua yang bersuara kerana itu urusan hati.tugas orang tua adalah merestui.
"terima kasih sebab bagi saya masa untuk berfikir.iya...bagi saya masa dulu.kerana ini ibadah seumur hidup.kalau boleh saya tak nak terjadi seperti yang sudah.apa lagi saya ada anak."
"iya,ambil lah masa untuk berfikir semasak nya.insyallah bulan depan saya balik,jawapan awak sudah ada.dan ini...saya sengaja beli kan untuk awak.jika awak menerima saya dalam hidup awak bila saya balik nanti awak pakai lah.itu menandakan awak menerima saya.tapi,jika awak mahu kita bersahabat sahaja awak tak boleh pulangkan ini.terima lah sebagai tanda persahabatan kita"
Umbai menyuakan kotak kecil berwarna merah terang.di dalam nya sebentuk cincin belah rotan.
Aleeya teragak agak untuk menyambut kotak tersebut dari tangan Umbai.
"ambil lah nak."
mak cik Siti menyentuh lembut bahu Aleeya.perlahan Lahan Aleeya menyambut dengan tersenyum.
"ermmm...apakah awak ingin memperisterikan saya tanpa mengira siapa saya dan masa lalu saya?saya tak nak di kemudian hari semua nya di ungkit dan di jadikan alasan."
"saya sudah awal mengetahui semua nya Aleeya.kalau saya mempermasalahkan semua itu,tidak mungkin saya menyuarakan hasrat ini.inzinkan lah saya menjaga awak dan nurin.saya dah anggap Nurin tu keluarga.dan lebih tepat dah jatuh sayang dengan nya"
nada suara Umbai penuh kasih dan lembut.
"insyallah,bulan depan saya akan bagi jawapan.saya juga perlu bagitau ke kedua orang tua di kampung"
ucap Aleeya.
"betul tu nak.apa apa yang kita lakukan jangan sesekali membelakang kan orang tua.ridho dan restu orang tua itu juga penting sekali"
pak cik Wahab bersuara setelah dari tadi hanya terdiam.
"iya pak cik nanti Aleeya menelefon ibu dan ayah untuk bagitau semua ini"
"haa elok lah tu.ermmm tak ada apa kah yang Umbai nak bicarakan?kalau tak ada biar lah Nurin dan Aleeya balik dulu.nurin pun dah ngantuk dah tu"
mak cik Siti bertanya sambil memandang ke arah Umbai.
"tak ada mak..semua dah Umbai sampaikan.kalau gitu Umbai hantar pakai kereta lah balik,tak elok jalan jalan dah agak larut juga Jam ne.kesian Nurin"
"ehh tak apa lah.dekat Jak tu dari sini"
celah Aleeya.
"tak apa nak.ikut Jak kata Umbai tu.lagipun tak elok bawa bayi jalan dah jauh malam Gini."
akhirnya Aleeya mengalah.ketiga nya menuju ke arah pintu untuk menuju ke tempat letak kereta.
homestay tempat Aleeya tinggal tak berapa jauh dari situ.kalau jalan kaki sekitar sepuluh minit sampai.
Share this novel
thank u for update...