Akhirnya Aleeya memutuskan untuk menerima lamaran dari umbai.Sejujur nya cinta itu belum ada,namun Aleeya percaya semua nya pasti akan hadir setelah nenikah.semua nya Aleeya serah kan pada yang maha kuasa.
Cincin pemberian umbai tersarung manis di jari nya menandakan dia menerima umbai di dalam hidup nya.
Setiba di airport umbai di sambut oleh kedua orang tua nya dan aleeya.Tidak ketinggalan juga baby Nurin.Ada rasa bahagia di hati umbai di saat Aleeya ada bersama.sempat di lirik nya di jari Aleeya,benar! tersarung manis cincin pemberian nya sebulan yang lalu.Serasa ingin menlonjak kegirangan namun umbai harus memendam rasa bahagia itu.Setelah bersalam dengan kedua orang tua nya,umbai langsung mencempung baby nurin yang di dalan stroller.Setelah itu mereka beriringan menuju ke tempat parking kereta.
"aleeya..Terima kasih ya sudah menerima lamaran saya."
Ucap umbai ketika kedua nya duduk di sebuah taman yang ada di sekitar homestay.
"iya..Saya pun beterima kasih juga sebab sudah menerima saya dan nurin di dalam hidup awak.Tiada kata yang saya dapat gambarkan,selain syukur Allhamduliah"
Aleeya memandang raut wajah umbai yang tenang dan bersih.Sesungguh nya dia merasa beruntung dapat memiliki lelaki seperti umbai walaupun keduanya tidak bercinta.
"bulan depan kita akad nikah.Jemput mak dan ayah aleeya di kampung."
"insyallah,nanti aleeya telefon mereka berdua.Oh ya..Megat haikal belikan kereta baru baru ini.Mungkin esok sampai.Saya dah tolak,tapi dia dan rahbiah berkeras nak bagi untuk nurin.Supaya senang ke mana mana"
Beritahu aleeya dengan jujur.Takut nanti umbai fikir yang bukan bukan dan salah anggap.Lebih baik dia sendiri yang memberitahu.
"elok lah tu,ada nanti untuk ke mana mana bawa nurin."
Jawab umbai tersenyum manis.
"betul ke tak apa?takut nanti awak merasa tersinggung"
Tanya aleeya terbata bata.
"iya betul.Saya tak kisah.sebab megat haikal tu ayah nurin.Jadi wajar dia memberi apa yang dia rasa terbaik untuk anak nya"
"terima kasih awak"
Aleeya menghela nafas lega setelah mendengar jawapan dari umbai.
"umbai,hari ini kita pergi ke suatu tempat.jumpa seseorang"
Mak siti memberitahu umbai.
"ke mana mak.Dan siapa yang kita nak jumpa?"
"nanti lah umbai tahu.Dah cepat bersiap,ayah dah tunggu dalam kereta tu"
Mak siti berlalu keluar rumah sementara umbai masuk ke bilik nya untuk mengambil telefon bimbit dan beg duit.
Sepanjang perjalanan di dalam kereta,umbai tidak berhenti berfikir ke mana arah yang nak di tuju.Sehingga lah dia terasa kelopak mata nya memberat oleh ngantuk.Tanpa sedar umbai pun terlena.
"umbai,bangun nak.Kita dah sampai"
Pak cik wahid menyentuh lembut bahu umbai untuk membangun kan dari lena yang panjang.
Umbai terpisat pisat bangun sambil menggosok kedua mata nya sambil mengeliat.
Di sekeliling nya pepohonan menhijau dan sejuk mata memandang.Sebuah kampung yang serasa damai sekali.Bunyi unggas dan haiwan peliharaan bersahutan di tambah lagi dengan kicauan burung.
Dari jauh umbai melihat sebuah rumah sederhana dan agak luas juga.Dan di halaman rumah ada seorang wanita paruh baya sedang memberi ayam makan.Mereka bertiga beriringan menuju ke wanita tersebut yang masih larit memberi ayam makan tanpa sedar akan kedatangan mereka bertiga.
"assalamulaikum mariam"
Mak siti memberi salam sambil tersenyum rahmah.
"walaikumsalam.ya allah siti"
Mariam bergegas menuju ke arah mak cik siti sambil berpelukan.Ada genangan air mata di kelopak mata mariam.tidak dia menduga sahabat lama nya tiba tiba datang tanpa khbar terlebih dahulu.
"kenapa tidak berkhbar dulu siti.Boleh lah aku buat persiapan"
Mariam mengelap sisa air mata nya di pipi.
"memang sengaja"
Mak cik siti tertawa.
"apa khbar wahid"
"allhamdulilah baik.Mu apa khabar"
Tanya pak cik wahid lagi.
"sihat allhamdulilah"
Umbai yang sedari tadi memerhati hanya tersenyum.sampai saat ini,hati nya masih tertanya tanya,apakah fungsi dia di bawa bersama untuk berjumpa dengan sahabat mak nya itu.
"mariam...Ini umbai"
Mak cik memaut lengan umbai untuk segera mendekat ke arah mariam.
"siti...Apakah dia...Yang ku serahkan dulu?"
Sebak dada nya saat menuturkan itu.
"iya...Dia lah anak mu yam.Yang di serah kan pada kami berdua berpuluh tahun yang lampau.Kami menurut permintaan mu untuk tidak membawa umbai berjumpa denga kamu yam.Tapi kali ini kami rasa kami patut beritahu dia siapa emak kandung nya.Bulan depan dia sudah nak menikah yam"
Terang pak wahid panjang lebar.
"ya allah"
Mariam segera memeluk umbai dengan tangisan.Umbai terpinga pinga dengan apa yang baru dia dengar sebentar tadi.Memang dia tahu dia anak angkat,tapi tidak menduga dia akan bertemu ibu kandung nya.Ibu yang selama ini tidak pernah dia kenal sama sekali.Umbai terasa syahdu dan tersentuh hati lelaki nya.Segera pelukan mariam di balas nya dengan erat.
Mak cik siti dan pak cik wahid turut sama mengalirkan air mata menyaksikan pertemuan kedua beranak tersebut.
Setelah keadaan reda,mariam mempersilakan mereka untuk masuk ke dalam rumah.
Tak lama setelah itu,mariam keluar menatang dulang berisi minuman dan kuih muih.
"jemput lah minum.Ini jak yang ada,maklum lah tinggal sorang"
Mariam tersenyum sambil menuang minuman ke dalam cangkir.
"ehh ini pun dah syukur mariam.Mesti kau yang buat kuih koci ne kan?"
Tebak mak siti dengan tersenyum.
"haa...betul siti,aku yang buat.pagi tadi terasa nak buat kuih ini,ehh tau tau kau yang nak bertamu.Seolah tau pulak.APa lagi ini kuih kesukaan kau"
Semua nya tertawa serentak.
"makan tenghari di sini nanti ya."
"yelah,lagipun aku rindu dengan air tangan kau yam"
"nak masak apa nanti,bagitau saja.Nanti kita belanja ke pasar beli bahan mentah"
"yelah...Tapi sekejap lagi,nak rehat dulu.Jenuh duduk dalam kereta.Jauh betul kau membawa diri"
Usik mak cik siti.
"di sini tenang.Sebab itu aku betah.Lagipun orang sini baik dan terima aku"
"allhamdulilah yam"
Setelah menjamu selera,mariam mengajak umbai duduk berdua.Mak cik siti dan pak cik wahid bermain dengan kucing mariam yang di rumah sebelah.Memang khas rumah untuk kucing.
"nak...Mak minta maaf sedalam nya pada kamu.Bukan kehendak emak untuk menyerahkan kamu ke siti.Waktu itu mak di ugut Oleh datuk ayah kamu.Mak hamil sebelum nikah.Ayah kamu waktu itu mahu bertanggungjawab tapi dia di paksa untuk balik.Setelah dia balik,datuk kamu berjumpa dengan mak.Dia tak mahu bermenantukan orang seperti mak.Dan dia juga,tak ingin cucu dalam perut mak waktu itu"
Mariam menyeka air mata nya yang tumpah membasahi pipi.Umbai termagu mendengar apa yang keluar dari mulut mariam.
"kata nya,mak harus pergi jauh jauh dari dunia ayah mu kalau ingin kamu selamat.Kerana,jika datuk kamu sampai tahu di kemudian hari kamu menemui ayah atau dia tahu kewujudan kamu dia tidak segan untuk menghabiskan nyawa kamu.waktu itu mak rela memilih pergi.Kerana mak tahu ayah kamu tidak dapat menentang ayah nya untuk mempertahankan kita berdua."
Mariam berhenti seketika berbicara sambil menghela nafas dalam dalam.Luka lama terasa berdarah kembali.
"sehingga lah mak berjumpa dengan siti,sahabat ketika masih bekerja dulu.Pada siti mak becerita kerana mak tiada sesiapa untuk mengadu.Siti menjaga mak selama mengandung.Mereka berdua terlalu baik.Sepanjang mengandungkan kamu mak tidak di benarkan kerja.Akhir nya,setelah kamu lahir mak dengan rela hati menyerahkan kamu pada mereka.Kerana mak tahu mereka orang yang tepat.Mak tak mahu kamu dalam bahaya jika bersama mak.Kerana datuk kamu selalu menyuruh orang nya untuk mencari tahu setiap gerak geri mak.Dan benar saja,setelah habis pantang mak keluar bekerja dan hidup sendiri.Waktu itu datang datuk mu bertanya akan kamu.Mak sengaja berbohong,mengatakan mak keguguran."
Mariam menangis teresak esak.Umbai mengelus lembut bahu mariam untuk menguatkan nya.
"setelah dari situ mak nekad membawa diri.Sebelum pergi mak berpesan pada siti dan wahid.Jangan sesekali bawa kamu berjumpa mak.Mak tak mahu kamu di apa kan."
Umbai memangis mendengar semuanyA.Tidak dia sangka mak nya menanggung derita bertahun tahun sebab tidak berjumpa dengan nyA.Emak nya rela menahan rindu demi dia selamat.sungguh besar pengorbanan nya.Walau dia terlahir tanpa nikah,namun emak nya tidak pernah sama sekali ingin membuang nya.Kasih nya ibu sampai sanggup buat apa saja demi seorang anak.Dan syukur allhamdulilah dia di kurniakan orang tua angkat yang terlalu baik.Tidak pernah membezakan nya.Malah seperti di tantang layak anak kandung.Tidak kurang satu pun pada nya.Di didik menjadi orang yang berguna dan taat pada ibu bapa.Umbai rasa diri nya bertuah.Di sebalik semua nya ada hikmah.
Dan kini bahagia nya berlipat kali ganda.Dia sudah tahu siapa ibu nya.Ayah nya dia tak ingin tahu kerana tak penting dan untuk apa juga dia tahu.Umbai rasa ayah nya tidak mampu menjadi seorang ayah kerana tidak mampu untuk melindungi nya dan emak nya.
Umbai menjemput mariam ke penikahan nya nanti.Mariam harus hadir.Tidak perlu takut lagi untuk melihat dunia luar.Dia dah besar dan boleh melindungi mariam dari apa pun.
Share this novel
lama dah xupdate rindu la......
please update next chapter