chapter 15

Romance Series 23932

Dua minggu berlalu,Aleeya merasakan kebahagiaan menyelimuti hari-hari nya.bahagia kerana dekat dengan orang tua.walau Di Sisi lain Ada kepahitan Yang iya terpaksa telan seorang diri.hamil Tanpa Ada Suami Di Sisi benar-benar menguji Hati nya.untung saja sepanjang kehamilan dia tidak alah dengan apa-apa hal.di kurniakan tubuh badan Yang sihat sepanjang Hamil amat lah di syukuri oleh nya.

Aleeya berjalan di Gigi pantai sambil menghirup udara petang.bru sebentar tadi sahabat nya munirah menelefon nya Bertanya khabar.munirah lah orang Yang amat terkesan Dan sedih sekali bila mengetahui Aleeya berhenti.mereka Sudah lama kenal Dan berkawan.jauh disudut Hati Aleeya tidak ingin berhenti kerja.namun dia Tak boleh terus bekerja Di situ demi melindungi anak nya.sebelum Megat Haikal dapat tahu iya Hamil..sebaik nya dia harus pergi dulu.

Di balkoni rumah Megat Haikal duduk bersendrian sambil menikmati segelas kopi.baru sebentar tadi dia Dan Rahbiah makan Malam bersama.semenjak Hamil Rahbiah menjadi terlalu manja dengan nya.
pengaruh dari janin Yang Di dalam Rahim,begitu lah Kata doktor menjelaskan mereka berdua.sesungguh nya Di tak sabar untuk melihat buah Hati nya lahir ke dunia ini.penantian yang terlalu panjang bagi megat haikal.
handphone segera Di ambil.instagram Di buka nya untuk melihat noti Yang masuk.serentak iya membuka story ig Aleeya..terpampang gambar Aleeya Yang Sedang Di Gigi pantai.mengenakan baju melayu Dan berkain batik serta bertudung bawal.megat Haikal perasan sesuatu Yang agak aneh Di diri Aleeya.angin Yang bertiup kencang Di pantai seolah olah menampakkan perut Aleeya Yang sedikit terbentuk ke depan.
memang agak berisi Aleeya sekarang tapi perut nya nampak lain.berkali-kali Megat Haikal melihat gambar tersebut Di story ig.
entah kenapa fikiran Megat Haikal agak terganggu seketika.bila dia flashback lagi,beberapa Bulan sebelum mereka berdua bercerai.aleeya tidak pernah membangkitkan soal period.biasanya jika Megat Haikal ingin bersama,jika Aleeya periode dia pasti Akan bagitau.
tapi seingat Megat Haikal tiada timbul periode beberapa Bulan kebelakangan.apa mungkin dia Tak sedar jika memang Ada.kepala nya Di garu berkali kali.otak nya ligat mencerna.ingin dia Bertanya ke Aleeya sendiri.tidak pantas juga kerana mereka Sudah bercerai.

Rahbiah berbaring Di sebelah suami nya lalu merangkul manja.

"dah minum Susu Ka?"

Megat membeli mesra rambut Rahbiah.

"dah sayang..dah juga makan buah biar si baby dapat gizi Yang sihat"

Rahbiah memberitahu dengan tersenyum.

"good job"

kening Rahbiah Di kecup Megat Haikal dengan penuh kasih.bertapa bahagia Rahbiah kerana Di ratu Kan Suami nya.apa lagi sekarang diri nya berbadan dua Dan bakal memberikan keturunan buat Suami tercinta.

"sayang...cleaner Yang selalu membersihkan ofis sayang stiap Hari Tu Ke mana?Tu Hari I ke situ untuk ambil fail..I nampak orang lain Yang membersihkan ofis sayang"

Rahbiah Bertanya kerana baru ini dia teringat Akan aleeya.selalu nya Aleeya Yang dia nampak bebersih Dan bekemas Di situ setiap pagi.
Megat Haikal pulak Yang berbalik tersentak bila Rahbiah Bertanya soal Aleeya.

"ahaa...dah berhenti dia"

"tapi budak Tu rajin I lihat.kerja dia kemas Dan bersih.kenapa dia berhenti sayang"

"Kata nya nak balik kampung Jaga orang Tua nya."

"ohh gitu."

pagi khamis Aleeya bangun awal kerana follow up ke klinik Yang berhampiran.orang kampung tidak tahu Aleeya telah bercerai.mereka fikir Aleeya balik kampung kerana nak dekat dengan orang Tua sambil menunggu masa kelahiran anak nya nanti.
bukan Aleeya sengaja merahsiakan.tapi buat sementara waktu ini,adalah terbaik begini saja dulu.

"mak ayah...pergi dulu ya"

Aleeya menyalam kedua orang Tua nya.

"yelah..hati-hati Di jalan"

pesan emak nya.

"iya mak"

Aleeya menyarung selipar lalu mengatur langkah untuk pergi.jarak klinik dari rumah Nya tidak jauh kerana berada Di pekan.
walau Masih pagi namun matahari Sudah mencanak naik.payung lipat Di dalam beg nya di keluarkan lalu Di buka.terasa menyengat cahaya matahari biarpun Masih pagi.peluh mereneh Di sekitar dahi nya.

sementara menunggu Nama Di panggil,Aleeya membuka Bekal Yang iya bawa dari rumah.tadi Rasa nya belum nak makan sesuatu kerana masih terlalu pagi.
Aleeya mengambil sudut paling belakang sekali.nasi goreng ikan bilis Dan telor Mata serta Milo.itu lah Bekal dia bawa.
Masih pagi lagi,orang Masih belum ramai.agak bebas juga untuk Aleeya menyantap hidangan nya.
setelah selesai menggalas perut Aleeya menyimpan kembali bekas makanan nya ke dalam beg kecil Yang iya bawa tadi.air Milo Di teguk nya..setelah itu tidak lupa juga minum air masak.
beg Bekal nya tadi iya letak ke tepi.setelah itu dia bangun menuju ke toilet untuk mencuci tangan.

pukul sebelas tengari..Aleeya sampai dirumah.dalam perjalanan pulang tadi dia terserempak dengan penjual mangga.kebetulan dia pun Terasa nak makan juga kerana Kata si penjual mangga nya Manis.
Aleeya membeli dua kilo.

"assalamualaikum"

Aleeya membuka pintu.

", walaikumsalam."

emaknya menjawab dari arah dapur.

"ayah ke mana mak?"

"ke laut tadi.ada Pak shamin tadi ngajak nya"

"ohh..Pak shamin Yang Di hujung kampung Tu Ka mak"

"haa itu lah.ehh Banyak nya Kamu bebeli mangga sall"

"tadi waktu sall balik Ada Yang Jual mangga kat tepi jalan tu.kata nya Manis.tu Yang sall borong sampai dua kilo"

"jangan makan terlalu banyak.nanti perut sejuk dah Tu sakit perut"

mak nya ingatkan.

"ya mak"

Aleeya membawa mangga tadi ke dapur lalu meletakkan Di atas meja.pisau lalu Di capai nya.tak sabar Rasa nya untuk menikmati mangga Yang Di katakan Manis itu.bau nya juga harum semerbak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience