pukul 5 petang Alleya punch card untuk balik.segala peralatan iya simpan rapi Di dalam stor.botol-botol sabun dan clorox iya susun rapi Di atas rak.mop juga di kait kan di paku supaya berjuntai Dan cepat kering.
"hai Aleeya"
kedengaran suara menyapa Di sebalik pintu stor.dengan pantas Aleeya menoleh.
"ehh hai..belum balik Ka irah"
munirah tersengih menampakkan Gigi nya tersusun cantik.
"ahaa..dah nak balik lah ne.tadi limpas sini nengok pintu stor terbuka.rupa nya Ada orang.tu Yang singgah menyapa"
munirah membetul Kan anak tudung nya Yang Terasa kurang kemas hingga menampakkan sehelai dua anak rambut.
"Sama lah..Aku pun nak balik juga ne.sambil bekemas sedikit dsini"
terang Aleeya sambil tangan nya ligat menyusun barang Di atas meja stor.
"lama lagi Ka?.kalau tak lama Aku tunggu.nanti sama-sama Kita ke stesen bas"
munirah Bertanya lagi.
"dah siap pun.kejap Ku ambil beg kat loker Di bilik sebelah."
Aleeya bergegas menuju ke bilik pantry tempat diaorang rehat.disitu Ada loker berukuran segi empat tepat untuk pekerja menyimpan barang peribadi masing-masing.dan setiap orang juga Ada kunci loker Yang Di pegang.
keduanya berjalan beriringan menuju ke stesen bas Yang Tak berapa jauh dari situ.jam orang balik kerja,jalan sesak,semua berpusu pusu untuk balik ke rumah masing-masing.
tak lama setelah itu kelihatan kelibat bas Yang selalu ditumpangi Aleeya menuju ke kampung nya.
"bye irah"
Aleeya melambai ke arah munirah.
"byee..esok jumpa lagi"
munirah tersenyum manis.dia Masih lagi duduk Di stesen bas situ menunggu ayah nya jemput.
persahabatan nya dengan munirah agak lama.hampir 3 tahun semenjak keduanya sama-sama kerja disitu.munirah cleaner Di lobi ofis tersebut manakala Aleeya cleaner Di tingkat 2 bahagian kakitangan.
keduanya saling bertemu diruang pantry ketika Rehat makan tengahari.dari situ lah mulai rapat Dan menjadi akrab sampai ke Hari ini.
munirah anak ke tiga dari empat bersaudara.hanya dia lah satu-satu nya anak perempuan Di antara mereka beradik.ayah nya bekerja sebagai security Di sebuah sekolah manakala ibunya tidak bekerja.dua dari Abang nya sudah bekeluarga Dan menetap Di lain tempat.adik bongsu nya Masih bersekolah Di tingkatan tiga.
sesampai dirumah Aleeya bergegas membersihkan diri untuk solat maghrib.
setelah itu dia ke dapur membantu mak nya menyediakan makan Malam mereka bertiga.
"mak masak apa Hari ne?Bau nya sedap sampai ke bilik Aleeya"
Aleeya mengjengah ke atas meja Yang berisi lauk Pauk.
"ikan sungai Pepes,sayur rebus pucuk mentimun,ikan masin ikan pari Dan tempoyak"
Aleeya tersenyum lebar.semua nya lauk kesukaan nya.perut keroncong Yang dari tadi lapar Makin bertambah lapar melihat menu Malam itu.
"hahh..pergi panggil ayah.kita makan sama-sama"
"ya mak"
Aleeya menuju ke anjung rumah.kelihatan Pak Akob ralit membaiki jaring ikan nya Yang koyak Sana sini.
"ayah...meh makan."Aleeya berdiri Di depan ayahnya.
asap rokok daun nipah berkepul Naik Di udara.sudah berapa kali Aleeya mengingatkan ayah nya agar Tak lagi merokok..namun bagaikan angin lalu,Pak akob tidak menghiraukan.
batuk nya semakin menjadi akhir-akhir ini.kadang sampai Susah untuk bernafas.
"yelah...sekejap lagi dah nak siap ne.pergi lah dulu makan dengan mak mu Sana."
Pak Akob menjawab lalu menghabiskan kerja menampal jaring ikan nya Itu.
esok kalau cuaca bagus,Pak Akob berencana untuk turun ke laut.lumayan kalau dapat sekilo dua ikan,desis Hati nya.
Malam itu Aleeya berselera sekali makan sampai nambah nasi dua kali.walau hanya lauk kampung begitu,namun itulah menu terenak Aleeya rasakan.apa lagi kalau Yang masak Adalah emaknya.
setelah makan,Aleeya bekemas dapur Dan mencuci pinggan mangkuk Yang kotor.
setelah itu dia sidai pakaian Yang telah di cuci nya waktu Mandi tadi.dia gantung Di dinding bilik Mandi supaya esok pagi nya tinggal jemur ke luar sahaja.
jam menunjukkan ke waktu isyak.Aleeya mengambil wuduk Dan solat isyak.
Megat Haikal bersandar lesu Di sofa bilik tidur nya.sambil Mata nya menatap ke luar jendela.
kedengaran pintu dibuka,muncul isteri nya dengan mengenakan baju tidur satin bewarna biru muda Dan nampak elegan dengan rambut nya bewarna kuning keemasan.
seketika iya langsung duduk Di sebelah suaminya Megat Haikal.
"sayang...apa Kata kalau i kahwin lagi satu"
tiba-tiba Megat bersuara memecah kehengian Malam itu.
Rahbiatul tergaman.selama ini tidak pernah walau sekali Megat meminta Yang bergitu walau Sudah sekian tahun mereka bersama mendirikan rumah tangga.dada rahbiatul Terasa sakit dengan degupan Yang laju.
"untuk mendapat keturunan"
mendatar suara Rahbiatul Bertanya Tanpa memandang ke arah megat.hati nya Terasa sebak tiba-tiba.
"iya sayang.i perlukan keturunan untuk mewarisi bisnes Dan harta i.umur Sudah semakin meningkat.kita pun Sudah Banyak berusaha."
Megat Haikal memahami apa Yang isterinya rasakan saat itu.dia sayangkan isteri nya Itu,makanya dia mahu berpoligami.tidak mungkin dia menceraikan Rahbiatul,kerana isteri nya itu Susah senang bersama nya dah bertahun tahun.
"Kita boleh ambil anak angkat sayang"
Rahbiatul memberi cadangan.masih berharap suaminya itu berubah fikiran.
"I nak darah daging I sayang."
Megat bersuara tegas.
"you dah jumpa calon madu I Tu"
Rahbiatul Bertanya spontan.namun Di dalam Hati,Terasa bergelora.wanita mana Yang mahu Di madu.dan wanita mana Yang nak berkongsi kasih dengan lelaki Yang dicintai.subgguh Rahbiatul tidak rela.
genangan air Mata menunggu masa untuk tumpah menuruni pipi nya.Rahbiatul memusingkan badanya membelangkangi Megat sambil menyeka air Matanya.
"belum..."
singkat sahaja jawapan Megat lalu dia berdiri keluar dari bilik tidur menuju ke balkoni.udara Malam itu Terasa dingin.namun jalan Raya tak pernah lengang dengan kenderaan Yang lalu lalang.
Megat tahu,permintaan nya sebentar tadi bagaikan belati menusuk ke hati Rahbiatul.namun Di satu Sisi dia perlukan keturunan.bertahun lama nya dia mendambakan kehadiran cahaya mata.dia ingin rumah mewah nya Itu dipenuhi oleh gurau senda Dan tangis tawa anak kecil.
tapi dia buntu,kemana dia mencari calon untuk dia jadikan istri kedua nya itu.wanita memang ramai Di sekeliling dia.apa lagi dia seorang pembisnes.dikenali Dan disegani.ibarat Kata orang,petik jari berbaris Yang mahu.
dia mahukan wanita sederhana sahaja.yang boleh mendidik Dan menjaga anak selayaknya ibu.yang tidak hanya membiarkan pengasuh untuk menjaga.
arghhh...Megat Haikal menghela nafas dalam-dalam.
Di bilik tidur Rahbiatul Masih beteleku menahan rasa.selama ini dia sibuk dengan kerja.turun kerja pagi,balik selalu Malam kerana dia seorang business woman.
dia mempunyai salon kecantikkan,butik Dan restoran.masa nya dengan Megat hanya Malam sahaja.itupun suami nya Itu terkadang Sudah tidur ketika dia sampai Di rumah.
rawatan IVF berkali-kali sudah Di jalani namun selalu gagal.doktor menyarankan dia berehat dahulu dari kesibukan supaya badan Banyak Rehat Dan rawatan bekesan.namun Rahbiatul Susah menuruti.kerana dia merasakan dia nya perlu kerja Dan turun Padang Di setiap bisnes Yang iya jalankan.
Megat Haikal dah jenuh memberi nasihat,namun ibarat mencurah air ke daun keladi.
Share this novel