Lantai kayu jati diruang bilik tidur direnung Megat Haikal Tanpa berkelip.entah kenapa Mata nya sudah lelap Malam itu.Rahbiah disebelah nya sudah nyenyak dibuai mimpi bersama dengkuran halus nya.fikiran Megat Haikal teringat Kan Aleeya.
meskipun beberapa Bulan sahaja bergelar Suami isteri namun berbekas sekali Di Hati nya.layanan Aleeya ke dia Yang Tak dia dapat selama ini,dia dapat dari Aleeya.kadang-kadang dia rindu dengan masakan Aleeya Yang kena sekali dengan tekak nya.namun tak pagi dia nikmati.
biarpun mereka berdua menikah Tanpa Rasa cinta.entah kenapa Megat Haikal Terasa kehilangan Yang teramat sangat.kebiasaan setiap Kali habis kerja,dia akan singgah di rumah Yang ditempati Aleeya.kini dia hanya memandang sepi bila limpas di situ.
apakah ini rindu?arghhh...tak mungkin lah.megat menggaru kepala nya yang tak gatal.handphone di ambil...Di buka nya nombor aleeya.rasa ingin dia nak hantar chat namun bila melihat jam,Sudah menunjukkan ke angka sebelas.Aleeya pasti sudah tidur.
dia membatal Kan hasrat nya lalu menyimpan kembali handphone Di atas meja kecil sebelah Katil.
pagi itu Megat Haikal terpandang satu sampul Surat putih Di atas meja.setelah meletakkan beg Di atas meja dia langsung menggapai sampul tersebut.dan lalu membuka nya.dia terkesima membaca isi Di dalam nya seakan Akan tak percaya.
handphone Di saku seluar nya Di capai lalu mendail nombor seseorang.
"masuk office sekarang"Megat Haikal bicara dengan tegang.
Aleeya Sudah terpacak Di depan Megat haikal.dia berdiri mematung sambil pandangan mereka berdua bertatapan.
"kenapa nak resign?Bulan lalu beriya nak terus stay kerja kat sini"
Megat langsung ke inti cerita.
"ermm....saya nak balik kampung bos.nak tolong mak ayah macam dulu.lagipun mereka sekarang selalu Tak sihat."
Aleeya beralasan Yang mudah.
"habis rumah disini awak Tak tinggal lagi lah?"
Megat Haikal seolah olah tak dapat mengendalikan emosi nya.sejujur nya dia Tak nak Aleeya berhenti kerja.dia serasa ingin selalu Aleeya Di Mata nya biarpun hanya Di office sahaja.
"sesekali saya Akan ke sini bos untuk menjenguk rumah Dan membersihkan nya."
Aleeya seolah olah tidak dapat menyelami apa Yang Megat Haikal rasakan saat itu.
"jadi nya nanti awak Tak kerja Di mana-mana lagi lah?tinggal terus dikampung gitu?
bertubi tubi soalan dari Megat Haikal.
"tak pasti juga bos.yang sekarang saya nak balik kampung dulu untuk jangka waktu Yang saya pun tak tahu sampai bila.selepas itu mungkin saya Akan kembali ke rumah Itu untuk bekerja.soal kerja,bumi Allah ini luas bos.asal Kan rajin pasti rezeki itu ada."
panjang lebar Aleeya menjawab.sehingga membuat Megat Haikal terdiam seketika.
"ermmm...ok.jadi awak kerja sampai hujung bulan ini saja?"
Megat Haikal Masih lagi Bertanya walau Dalam Surat tadi telah tertulis.
"iya bos"Aleeya menggangukkan kepalanya.
"saya perasan dua tiga Bulan ini badan awak seperti berisi.apa selera makan makin bertambah Ka?"
entah kenapa Megat Haikal tiba-tiba menyedari perubahan badan nya Yang memang semakin membulat sekarang ini.
"err...iya bos.kerana sekarang saya rajin masak Yang sedap-sedap Dan Ada lagi teman makan laitu munirah.jadi nya selera makan pun menjadi"
Aleeya berharap jawapan nya Itu memuaskan Hati megat Haikal.
"yelah...tapi jujur,sekarang wajah awak nampak beseri tak seperti yang sudah-sudah"
Megat Haikal berkata sambil tersengih.
"janda memang selalu Di depan bos Dan aura janda itu lain macam"
dammm!!!
Megat Haikal terkena sebijik oleh jawapan Balas dari aleeya.Aleeya berusaha untuk bersikap tenang saja disaat mengucapakan itu.
Megat mengangkat kedua dahi nya sebagai isyarat Tak mampu lagi berkata-kata.
"kalau tak ada apa-apa lagi saya Minta izin untuk pergi bos sebab Masih Ada kerja Di Sana"
"haa...yelah."
Aleeya mengatur langkah untuk pergi.di belakang Megat Haikal memerhati sahaja Aleeya Yang berlalu pergi.
memang sekarang Aleeya berisi badanya.pipi Makin chubby.perut pun makin besar Dan nampak disebalik baju nya.megat Haikal ingat perut membesar kerana boroi oleh lemak.tidak dia tahu Di dalam nya Ada benih dia Yang semakin Hari semakin tumbuh membesar.
sesampai Di bilik Rehat Aleeya menghela nafas lega.dia takut sekali jika Megat perasan kalau dia tengah hamil.mujur lah Megat Haikal ingat dia berisi sebab Banyak makan.kerana Aleeya biasa sahaja kalau di office.makan pun biasa saja tiada Rasa mual seperti kebanyakkan orang.
mak Dan ayah nya sudah dia beritahu setelah mereka sah bercerai Bulan lalu.semua Yang mak Dan ayah dia Tak tahu selama ini,Aleeya cerita Kan dari A sampai Z.emak nya menangis bila mendengar cerita aleeya.dia tidak tahu anak nya melalui ujian yang amat berat Di hidup nya selama ini.
Dan kini telah hamil.aleeya bepesan supaya kedua orang Tua nya jangan sesekali memberitahu Megat Haikal perihal diri nya Yang hamil.
Megat Haikal tidak perlu tahu Akan kewujudan anak itu Di dunia ini.
setelah resign nanti dia bercadang untuk pulang ke kampung sampai melahirkan.setelah anak itu lahir nanti baru lah dia Akan membawa ke Bandar Dimana rumah Yang Megat Haikal berikan kepadanya.
disitu nanti dia Akan kembali bekerja atau buka usaha sendiri.kembali bekerja tapi bukan Di tempat Megat haikal.semuanya Masih Di Dalam perancangan.madih Belum jelas.jika dia buka usaha sendiri,dia boleh bekerja dari rumah sambil mengasuh anak nya nanti.dan jika dia bekerja dia tiada pilihan,terpaksa menghantar anak nya ke nursery.
Aleeya meraba perut nya Yang sudah ketara tegang ke depan sedikit,belum nampak sangat.masuk Bulan ke tiga sudah.dia tersenyum bahagia.di Dalam beg nya tersimpan Buku pink.dan Di depan Buku pink tertera nama dia Dan Megat Haikal sebagai ibu Bapa.kerana sewaktu dia membuat buku pink itu mereka masih suami isteri.
entah kenapa Hati nya sayu.bagaimana Nanti nasib anak nya setelah lahir nanti.nafas Di hela perlahan.rasa nyesak dada nya bila memikir Kan pekara ke depan nya.
Share this novel
kesian Aleeya bg pengajaran sikit kpd megat senang-senang buang Aleeya