chapter 36

Romance Series 61548

"betul ka awak nak menikah bulan depan?"

Megat haikal bertanya lewat telefon ketika dia menelefon aleeya untuk memberitahu kereta sudah sampai di pelabuhan di bawa oleh cargo.

"ahaa..Insyallah."

Aleeya menjawab ringkas.Aleeya tahu megat haikal dapat info dari rahbiah kerana dia memang ada bagitau rahbiah sebelum ini.

"ohh patut lah rahbiah beriya nak pi bercuti ke sana nanti,rupa nya ada orang makan nasi minyak"

Usik megat haikal sambil berseloroh.

"nak bercuti ke sini ka?"

"iya..Kata nya nak try homestay awak situ.Kalau macam tu,elok juga saya ajak papa dan mama untuk bercuti sekali sambil jumpa nurin"

Megat haikal membelek belek laptop nya lalu membuka.Niat nak survey tiket untuk mereka sekeluarga nanti.

"elok sangat lah tu,sekalian jemput nanti datang untuk majlis akad"

"insyallah..Nak apa apa hadiah tak nanti tu?"

Megat haikal bertanya sambil ketawa.

"ehh tak payah lah.Dah datang jumpa nurin,saya dah berbesar hati"

"iya lah...Ok aleeya saya nak buat kerja dulu.Assalamulaikum"

"walaikumsalam"

Aleeya meletakkan telefon bimbit nya di atas meja.Sementara itu dia menuju ke bilik tidur untuk memandikan nurin.Hari ini,umbai mengajak untuk berjalan sambil mencari barang untuk pernikahan mereka nanti.Pertama sekali untuk beli cincin dan baju nikah.Acara nanti akan di buat di dewan.Senang untuk tetamu datang.
setelah mempersiapkan nurin,aleeya meletakkan di dalam stroller lalu berlalu keluar dari rumah menuju ke tempat kaunter kerana di situ umbai menunggu.

"alolo...Cucu nenek dah cantik ne.Nak ke mana ya?"

Mak cik siti langsung mengambil nurin dari stroller dan menggendong nya.

"semua dah siap?"

Tanya umbai lalu mencium pipi nurin dengan lembut.

"sudah..Tapi sebelum tu kita ke pelabuhan dulu nanti kerana kereta dah sampai.Tadi megat bagitau"

"ok boleh.Atau kita ajak ayah.Nanti dia bawa kereta tu balik,kita terus kan cari barang."

Usul umbai kepada aleeya.

"tak sibuk ka ayah?jangan lah kalau dia sibuk.Nanti menyusahkan."

Aleeya kurang bersetuju.

"sibuk apa nya.Tu haa..Dalam bilik nonton tv.Tapi tv yang nonton dia.Dia tu dah hanyut di bawa mimpi"

Mak cik siti mencelaH.Umbai dan aleeya ketawa serentak.Mak cik siti mengejutkan suami nya yang sedang tidur nyenyak.

"tinggal kan lah nurin di siNi.Ada juga kawan mak nanti.Lagipun korang berdua nak cari barang.Kesian nanti nurin penat di bawa ke sana ke mari"

Mak cik siti memberi cadangan.

"nanti macamana mak nak kerja?kadang kadang nurin meragam juga nanti"

Aleeya berat hati nak tinggal kan nurin dengan mak cik siti.

"aps sibuk nya mak ne.Duduk manis jak tunggu orang datang dan cek out.Insyallah mak tau lah cara nak handle kalau dia meragam"

"betul juga kata mak tu aleeya.Tinggal jak dengan mak.Nanti kita mungkin sampai petang baru balik.Banyak yang nak di urus kan"

umbai menambah dan menyokong cadangan mak nya.

"ermm...Baik lah kalau begitu"

Akhirnya aleeya mengalah.

setelah menyediakan kelengkapan nurin yang tinggal,mereka bertiga berangkat pergi.

Dato mukhlis menyambut baik rancangan anak nya untuk bercuti ke pulau borneo sambil menjenguk cucu nya yang sudah sekian lama tak iya temui.Serentak dengan itu juga,pernikahan bekas menantu nya.Dia menghela nafas lega kerana akhir dari semuanya berakhir bahagia dan gembira.
Mengingat pulau borneo,kenangan lama mengusik jiwa nya lagi.Entah kenapa sejak akhir akhir ini semua nya menjadi sering bermain di benak minda nya.

Tenghari itu,aleeya menjemput kedua orang tua nya di airport.Sengaja dia menyuruh orang tua nya untuk datang lebih awal dari hari nikah nyA.Dia ingin meluangkan masa yang lebih setelah sekian lama tak berjumpa.
hari itu dia memberanikan diri untuk memandu.Setelah sekian lama sudah mengambil lesen baru ini dia berani untuk memandu keluar jalan besar.Di sisi nya umbai bertindak sebagai pembantu nya jika berlaku apa apa.
Di car seat belakang nurin duduk sambil bermain dengan mainan nya.

"allhamdulilah..Akhirnya sampai juga.Jantung rasa nak tercabut bila awak yang drive"

Umbai mengurut dada nya sambil berseloroh.

"kenapa?takut ka?elehhh..Tu pun nak takut.Tak macho lah jantan takut naik kereta orang yang baru ambek lesen"

perli aleeya sambil tersengih.

Mereka bertiga duduk di kerusi di ruang menunggu.Flight kedua orang tua nya sampai taK lama lagi.

Mariam berkemas pakaian yang nak di bawa.Hari ini dia akan berangkat ke rumah anak nya.Umbai sengaja menyuruh nya datang lebih awal untuk meluang kan lebih masa.Kucing nya dia minta tolong kawan untuk jagA.peliharaan yang lain mariam mengupah oranv untuk mengurus sementara dia di sana nanti.
Di sudut hati nya yang paling dalam.Dia tak jemu jemu bersyukur ke hadrat ilahi.Doa nya yang sering dia minta di setiap sujud di kabul kan biarpun harus menunggu waktu berpuluh tahun lama nya.
tidak pernah iya sangka akan bertemu kembali dengan anak satu satu nya.Kalau Allah berkehendak..Tiada yang tidak mungkin.kun faya kun....

#hai teman teman semua.Terima kasih sudi singgah baca novel saya inI.Insyallah tinggal satu lagi chapter untuk episode akhir novel ini.Di chapter akhir nanti akan Ada kemuncak nya semua plot twist...Maaf sebesar nya kerana kadang lama untuk up setiap chapter.Selamat menjalani ibadah berpuasa semua u all☺insyallah...Novel baru akan meluncur setelah ini.

Share this novel

Zai Zai
2025-05-07 17:00:46 

next

Mythic 20 Ronaldojr7
2025-04-14 15:06:40 

bila nak sambung lg......

Ratnamalar Kesukartik
2025-04-08 18:53:37 

next chapter please


NovelPlus Premium

The best ads free experience