chapter 21

Romance Series 23932

lima Hari empat Malam admit kat ward,akhirnya Aleeya Sudah Di boleh Kan untuk discharge.bertapa gembira nya dia kerana Sudah terlalu bosan duduk Di ward.tidak dapat kemana mana.selama Megat Haikal tahu dia admit,selama itu juga Megat selalu menjenguk nya selain kedua ibu bapa nya.
Megat Haikal mencadangkan Aleeya Dan kedua mertua nya tinggal dulu Di rumah Yang kat Bandar tu.sehingga Aleeya benar-benar pulih baru lah balik kampung lagi.takut nanti Asma nya nya menyerang balik.jika tinggal Di situ agak dekat dengan hospital Dan senang untuk mendapat bantuan.
namun Pak Akob terpaksa balik ke kampung kerana rumah Sudah agak lama Di tinggalkan.biarlah isteri nya munah Yang menemani anak mereka Aleeya Di sini.pun Ada menantu juga selalu ke situ menjenguk Aleeya.

sejak dari terkena serangan Asma tempohari,Aleeya Jaga makan nya Dan Yang lain.takut batuk atau selsema menyerang lagi.dan dekat dengan kucing.selama dia masuk hospital,si tompok selalu Di bagi makan oleh manan sepupu nya.

"bos,keadaan Datin bagaimana?"

aleeya Bertanya ketika mereka berdua minum teh Di balkoni petang itu.sebelum balik ke rumah dari ofis,Megat Haikal singgah sebentar Di rumah aleeya.

"ermm..begitulah.tiada nampak perubahan.malah agak semakin teruk.kadang bercakap sendiri dan Selalu nangis"

"sudah Di bawa ke pakar"

"sudah,setiap Bulan ada temujanji ke pakar Dan terapi juga.ubat pun Ada Di beri.sekarang ini Ada nurse khas saya upah untuk merawat dia.kerana kadang saya sibuk tak dapat untuk mengurus dia setiap masa"

raut wajah Megat Haikal tampak sedih.isteri Yang dia cintai Dan sayangi berubah 360 darjah.dari seorang Yang berpewatakan menarik suka berhias Dan terlalu menjaga penampilan.tapi sekarang tidak terurus sudah.rambut kusut Masai,berat badan Turun mendadak Dan wajah cengkung.wajah pucat,bawah Mata Hitam kerana Susah tidur.
kedua orang Tua Rahbiah sedih dengan keadaan anak mereka saat ini.tidak menyangka kehilangan anak benar-benar membuat Rahbiah terpuruk segitu sekali.pelbagai rawatan Di buat ke atas Rahbiah,namun keadaan tetap sama.rahbiah tetap murung Dan Tak mahu makan.deperesi Yang Di alami nya sudah teruk sekali.

aleeya terdiam bila mendengar perjelasan dari megat Haikal Akan keadaan rahbiah.rasa simpati Dalam diri nya membuak.apakan data dia tiada daya untuk membantu.

"bos,saya Minta maaf jika pertanyaan saya ini membuat bos marah."

"apa dia?"

"setelah anak ini lahir nanti,Kita bercerai Kan?kerana Itu Yang Kita sepakati tempohari sebelum rujuk lagi"

aleeya teragak agak untuk berbicara.kerana takut akan menyinggung Megat Haikal saat itu.

"ermm...kalau menurut saya,saya tak nak bercerai.saya nak awak jadi isteri saya selama Allah inzinkan.apa lagi berjauhan dengan darah daging sendiri,saya Tak nak kalau boleh.tapi..kalau awak berkeras untuk bercerai.."

Megat Haikal terhenti Di situ Dan Tak menghabiskan kata-kata nya.rasa hiba menyelimuti hati.sedih,Akan nasib Yang menimpa diri nya saat itu.isteri pertama Yang Di cintai berdepan dengan depresi Yang Maha hebat.isteri kedua Yang Sedang mengandungkan zuriat nya,bakal meminta cerai setelah anak lahir.biarpun dia Banyak duit,namun tidak semuanya dapat dibeli dengan duit contoh nya seperti Yang sekarang ini.

"sekurang kalau Kita bercerai bos boleh fokus menjaga datin.soal saya Dan anak ini nanti,tau lah saya menjaga diri.lagipun Masih Ada mak Dan ayah Yang tolong.jika saya kerja saya pasti Akan simpan Di nursery"

aleeya meyakinkan Megat Haikal Bahawa dia Akan baik-baik saja misal nanti mereka bercerai.

"aleeya..saya dah mulai sayang awak.apa lagi anak ini.buat masa ini,tolong lah jangan ungkit dulu soal cerai.serahkan Pada Yang Maha Esa.biarkan dia Yang mengatur"

Megat Haikal bersuara lirih.bagi nya penceraian bukan jalan terbaik.biarpun dulu dia pernah khilaf kerana menceraikan Aleeya.kali ini kalau boleh dia nak buat Yang terbaik.dia nak baiki kesilapan nya Yang dulu.
aleeya terdiam,dia Tak tahu nak jawab apa.kalau soal sayang,sejujurnya Ada sedikit kerana Megat Haikal selalu care dengan nya.tapi,kalau soal cinta rasanya belum Ada di hati.
memang Kata orang semuanya boleh hadir dengan masa Yang Allahualam Aleeya tidak dapat menentukan apa Yang terjadi ke depan nya.

Megat tergesa gesa keluar dari ofis setelah mendapat panggilan.kereta nya meluncur laju menuju ke hospital.rahbiah...cuba membunuh diri dengan memakan pil tidur dengan dos Yang banyak.nurse Yang menjaga nya rehat sebentar untuk makan Dan solat.masa itu lah dia menelan pil tersebut.
ketika nurse masuk ke bilik,Rahbiah Sudah pengsan.selama ini ubat Dan pil memang tidak Di simpan ketat Ditempat lain.kerana Rahbiah tidak pernah begitu.

Megat Haikal menunggu dengan sabar Di luar bilik kecemasan.rahbiah Masih Di dalam dengan lampu Di depan bilik Masih terpasang merah menandakan Ada pesakit Yang Dalam Kritikal Di rawat.
berkali Kali wajahnya Di Raup.hati nya gelisah.tiada seorang pun doktor Yang dah keluar dari bilik Rahbiah Di rawat.

"Rahbiah bagaimana Megat?"

Fridaus,ayah Rahbiah Bertanya sebaik saja tiba Di hospital.disebelah nya mariani emak Rahbiah.keduanya tampak seperti mengah mungkin tergesa gesa ke hospital.

"belum tau lagi pa.masih Di dalam"

megat Haikal menjawab lemah.

"ya Allah selamatkan anak Ku ya Allah.minta di jauhkan dari hal Yang Tak Di ingini"

mariani berkata sambil menangis.hati nya Di runtun bila melihat nasib Yang menimpa satu-satu nya anak tunggal perempuan nya Itu.

syukur Allhmdulilh Rahbiah terlepas dari tahap bahaya.pil Yang dia telah iya tekan berjaya Di sedut keluar dengan cepat.namun kini dia terpaksa Di rawat Di icu untuk sementara waktu kerana badan nya lemah sekali.denyut jantung nya tidak stabil Dan spo Dalam badan menurun drastik.rahbiah terpaksa Di tidurkan.
meraung mariani bila melihat anak nya terbaring Kaku dengan sekujur tubuh nya berselirat wayar melingkar Di badan.jemari Rahbiah Di elus nya dengan penuh kasih.air Mata seorang ibu tidak dapat iya bendung.memang dari tadi bercucuran jatuh.
Megat Haikal memandang kosong Rahbiah Yang terbaring bagai jasad Yang tidak bernyawa.sesekali bunyi mesin menyentakkan lamunan nya.tiub besar oksigen terpasang Di dalam mulut rahbiah.paru-paru nya tidak mampu untuk mengepam oksigen untuk masuk ke dalam.makanya terpaksa Di Bantu dengan saluran oksigen.sesekali dia meramas Mata nya,kerana bening-bening jernih seakan mengumpal di tubir mata.serasa dunia menghempap dada bila melihat wanita Yang paling iya kasihi terbaring kaku.hanya dada Yang turun Naik menandakan nafas Masih menghuni tubuh itu.

"encik Megat Haikal,boleh Kita bicara sebentar?"

doktor Yang muncul tiba-tiba Di depan mereka,menyapa Megat Haikal dengan tersenyum mesra.

"iya"

dia membuntuti doktor tersebut masuk ke sebuah bilik kecil Yang Tak jauh dari situ.

"encik,kes isteri encik ini agak berat.depresi dia terlalu parah.sampaikan Cuba bunuh diri.di sini Kami Saran Kan ke encik,jika nanti dia sudah keluar dari hospital..adalah lebih baik encik menghantarnya untuk ke hospital sakit jiwa.maaf encik jika saya menyinggung encik dengan berkata begini.tapi ini demi kebaikan Dan keselamatan dia."

panjang lebar doktor Di depan Megat Haikal menerangkan.

"Kali ini dia makan pil untuk bunuh diri,lain Kali mungkin dengan benda lain.bukan Kita mendoakan tapi tidak mustahil semua itu terjadi.kerana,dari pengalaman saya jika dah Cuba sekali mesti Akan Ada ke dua atau ke tiga"

Megat Haikal termenung mendengar setiap bait Kata doktor Di depan nya.

"iya doktor saya faham apa Yang ingin doktor sampaikan.tapi biarlah dulu saya bincang dengan kedua orang Tua nya.kerana biarpun saya suami nya namun saya Tak boleh membelakang orang Tua nya juga"

"iya saya faham.bincang Dan ambil lah masa Akan hal Yang saya sampaikan tadi."

"iya doktor.terima kasih kerana saran tersebut"

"iya Sama-sama"

keduanya segera keluar dari bilik tersebut.megat Haikal menuju Katil Rahbiah manakala doktor tadi beralih ke Katil pesakit lain Yang Ada Di ruangan situ.

Share this novel

Sal
2024-12-22 16:21:50 

menarik..nk lg please


NovelPlus Premium

The best ads free experience