chapter 8

Romance Series 23932

sebulan berlalu, Rahbiatull Masih tidak tahu Yang suami nya telah beristeri dua.kerana Megat Haikal tidak berubah baik dari peri laku atau rutin harian nya.hanya kalau waktu habis bekerja sahaja Megat Haikal selalu balik lambat ke rumah.itu biasa bagi nya kerana Megat Haikal kadang-kadang Ada meeting atau keluar makan dengan client Di luar.
Dan Rahbiatull juga fikir Megat Sudah lupa hasrat nya untuk berkhawin lagi kerana topik itu tidak pernah Di bangkit Kan lagi.dia senang kerana tidak perlu berkongsi suami atau kasih dengan wanita lain.

"sayang.....ermmm apa Kata kalau Kita buat IVF lagi?Dan I janji I Akan selalu stay kat rumah Dan Tak nak busy Kan diri lagi Lepas ne"

Rahbiatull memaut mesra lengan suami nya ketika mereka berdua berbaring Di atas Katil.
serta merta Megat Haikal tersentak mendengar bicara isteri nya sebentar tadi.

"mimpi apa you tetiba saja nak stay kat rumah?bukan ke you seorang Yang selalu busy dengan bisnes?"

wajah Rahbiatull Di tatap nya Dalam seakan tak percaya dengan apa Yang baru iya dengar.

"iyaa..I janji kali ini.dan please lah setuju untuk program IVF Tu"

rahbiatul merengek manja.kepalanya Di lentokkan ke bahu Megat haikal.jemari nya mengelus mesra dada bidang suami nya Yang Tak berbaju itu.
Megat Haikal serasa mati kutu.bukan dia Tak mahu,tapi ini dh belasan Kali mereka program IVF.dan sekarang dia sudah Ada Aleeya .Yang dia andal Kan untuk memberi zuriat nanti.

"sayang..kenapa senyap jak?tak nak ke?"

Rahbiatull Masih lagi menghadapkan jawapan.

"ermm...tapi Kali ini last.kalau Tak berhasil juga,tak perlu lagi lain Kali"

Megat Haikal memberi syarat.bibir munggil Rahbiatull mengukir senyum bahagia.di peluk nya dengan erat Megat Haikal sambil menghadiah Kan ciuman demi ciuman ke segenap dada suami nya Itu.

pagi Yang cerah,matahari awal Sudah mencanak Naik.Aleeya menghayunkan langkah Kaki nya menuju tempat kerja Yang Tak jauh dari rumah nya.

"amboi..amboi....hepi jak Hari ne"

munirah sahabat dekat nya mengusik bila melihat Aleeya menyanyi kecil sambil menyiapkan peralatan untuk mencuci nanti.

"oh ya lupa nak bagitau awak.saya ada teman sekarang"

wajah Aleeya tampak ceria.

"teman?teman Yang mana?"

munirah sedikit bingung bila mendengar.

"tempohari terjumpa Kucing orang buang.kesian irah..Masih anak lagi.jadi Aku pungut lah.dah Tu Aku Bela sampai sekarang.itu Yang Ku maksudkan teman tadi"

tersengih-sengih Aleeya becerita.

"hampehh betul lah.ku Kira manusia"

munirah melempar span ke arah Aleeya.aleeya ketawa mengekek bila Di lihat nya munirah mencebik geram.

pintu terkuak.Aleeya menoleh.di depan pintu Yang terbuka itu,tersembul wajah Megat Haikal Dan Rahbiatull.Aleeya Yang tadi nya Sedang mengelap cermin,tiba-tiba serasa dada nya berdegup kencang.
sudah agak lama juga isteri bos nya Itu tidak ikut ke ofis.baru Kali ini muncul.Aleeya serba Tak kena dibuat nya.yelah...kalau dulu dia biasa sahaja kerana dia adalah pekerja disitu.tapi Kali ini berbeza..Di depan nya itu adalah Madu nya.
Madu Yang jauh sekali perbezaan dengan dia.ibarat merak Dan pipit.rahbiatull nampak elegan,kulit putih bersih,wajah glowing Tanpa noda.bergaya Dan mewah.
"selamat pagi bos"

Aleeya berusaha untuk menutup gemuruh nya.megat Haikal berlagak seperti biasa.kerana bagi nya Aleeya hanya seorang isteri.isteri Di atas kertas.tanpa Ada cinta atau sayang.di tempat kerja begini dia Tak Ubah hanya menganggap Aleeya itu Salah seorang pekerja dia.

"pagi..errr..Aleeya,siap Kan kopi untuk Kita berdua"

Arah Megat Haikal.

"iya bos"

Aleeya meletakkan Kain lap Dan spray pembersih tingkap Di atas almari Buku.
dengan segera dia menuju ke pantry untuk membuat kopi.
Sedikit sebanyak Hati Aleeya dijentik sesuatu Rasa bila melihat Megat Haikal Dan Rahbiatull sebentar tadi.namun dia serta merta menepis Rasa itu.dia tahu,Rasa Itu tidak layak Ada.

dua cangkir kopi Aleeya letakkan dengan berhati-hati Di atas meja.

"sayang...kata doktor Jura appointment Kita pukul sembilan setengah.lepas ne elok Kita ke Sana terus takut terlambat.lagipun..doktor Jura Kata bagus untuk sel sperma dulu Di ambil"

Rahbiatull memegang handphone nya sambil membaca chat Di wasap dari doktor jura.laitu doktor specialist sakit puan Dan sekaligus merangkap ketua untuk IVF.

"ermm...iya.tunggu I siap kan ini sekejap.lepas Tu Kita berangkat"

Megat Haikal terbata bata bersuara sambil mencuri pandang ke arah Aleeya Yang baru meletakkan kopi Di atas meja.riak wajah Aleeya bersahaja Dan berlalu pergi untuk menyiapkan tugas nya Yang belum selesai tadi.
sambil menaip Di laptop sambil itu juga sesekali Megat Haikal meliarkan Mata nya ke arah Aleeya Yang ralit mengelap cermin.ada sedikit Rasa bersalah Di hati nya.dia menikahi Aleeya hanya kerana zuriat.tapi kali ini dia juga besetuju untuk program kehamilan dengan Rahbiatull.

setelah selesai Aleeya bekemas untuk keluar dari dalam ofis Megat Haikal.keduanya Masih disitu.Rahbiatull ralit dengan handphone nya manakala megat Haikal Masih kusyuk Di depan laptop.
Diruang Rehat Aleeya duduk setelah hampir setengah jam bebersih Di bilik kerja Megat Haikal.dia beteleku sejenak.kenapa ingin menikahi Ku kalau Masih berusaha punya anak sendiri?boleh saja bagi pinjam duit ke Aku dan Di tolak dari gaji Ku setiap bulan.tanpa perlu mengorbankan hidup Ku untuk semua ini.aku tak Kan lari dari bayar hutang.apa lagi duit Itu untuk menyembuh Kan ayah Ku.biarp sampai bertahun lama nya aku kerja disini demi untuk bayar hutang sampai selesai...Hati kecil Aleeya berbicara.sendu Hati nya Dan relung jiwa serasa sesak.

"Aleeya....Malam nanti saya singgah makan dirumah.boleh masakkan ikan masin pari masak lemak?"

Megat Haikal sudah berada Di depan Aleeya Yang sedari tadi termenung.serentak itu juga Aleeya terbangun kerana terkejut Yang teramat sangat.bagaimana bos nya Itu boleh Ada Di depan nya Sedang Kan tadi mereka Di dalam ofis Sana.
perasaan nya baru sebentar tadi dia keluar dari Sana.

"aa...a...iya bos.kenapa bos ke sini?Datin Di mana"?

Aleeya tergagap-gagap bertanya.mata nya melilau mencari kelibat Rahbiatull.memang Di ofis orang memanggil Rahbiatull dengan gelaran datin kerana memang sudah pangkat dia Dan megat Haikal,datin dan dato.tapi Megat haikal lebih senang di panggil bos oleh staff nya.

"saya haus.nak air putih"

Megat Haikal lalu mencapai cawan Dan mengambil air dari Despenser.setelah ITU dia berlalu pergi.
Aleeya menggaru kepala nya Yang Tak gatal bila melihat Megat Haikal Yang begitu.sedang Kan Di bilik nya Sana Despenser ada.dan satu lagi,kalau pun dia nak singgah makan Malam..dia boleh sahaja chat Di wasap bagitau ke Aleeya.
Request dia pula selalu lauk-lauk kampung.apa maid kat rumah dia Sana tak reti Ka masak lauk kampung,getus Aleeya Dalam hati.
ehhh,tak boleh lah gitu..apa pun dia suami.harus Di layan Dan Di turuti apa dia Mau..Hati kecil nya seolah menyahut.

setelah ke hospital Dan menghantar Rahbiatull balik ke rumah,Megat Haikal singgah Di kedai barang kemas.dia mengambil pesanan Yang telah dibuat minggu lepas.
makan tengahari Megat Haikal sengaja Minta dibungkus untuk dibawa ke ofis.entah kenapa Hari ini dia Malas untuk duduk Di kedai makan.nasi ayam steam Dan sayur tauge itu Yang Di pesan nya tadi.
setelah membayar harga makanan tadi,dia bergegas menuju ke ofis.

"boleh saya join sekali"

Megat Haikal menarik kerusi kosong lalu duduk.munirah hampir tersembur nasi dari mulut bila melihat Megat Haikal ikut serta mereka berdua makan diruang Rehat itu.aleeya Diam tidak berkutik.Aleeya juga terpana namun dia berusaha untuk tetap biasa.

"kenapa bos makan disini?biasa bos keluar makan kat kedai.?"

munirah Bertanya kehairanan.

"saja,tukar mood.kenapa?,tak boleh Ka?ini Kan ofis saya"

seloroh Megat Haikal dengan tersenyum.

"ehhh bukan gitu bos.nanti kalau Ada Yang nampak...bos makan diruang sempit ne"

munirah berharap bos nya faham apa Yang dia Cuba sampaikan.

"biar Kan lah.dah..jom makan"

Aleeya Dan munirah saling pandang memandang.dan meneruskan suapan.
entah apa bos nya makan tadi pagi sampai berubah pelik Gini,Aleeya berbicara Dalam hati.suasana hening Kerana masing-masing menikmati makanan.tidak seperti kebiasaan mereka berdua selalu heboh becerita ketika waktu Rehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience