petang jumaat Aleeya sudah terpacak Di stesen bas untuk menunggu bas Yang akan menuju ke kampung nya.awal-awal dia sudah bagitau ke Megat Haikal dia nak Balik kampung sampai ahad.balik menjenguk kedua orang Tua nya.sudah beberapa Bulan dia Tak balik.rindu serasa menggunung Di Hati.
Megat Haikal menawarkan diri untuk menghantar namun Aleeya menolak dengan alasan nak singgah Di rumah kawan dulu.padahal tidak.Aleeya selesa bergerak sendiri.apalagi sekarang dia serasa ada kurang antara dia dan Megat Haikal setelah kejadian chat Salah hantar tempohari.aleeya serasa sangsi setiap Kali berdepan atau berdekatan dengan suami nya itu.ada perasaan takut melanda.
selang Lima belas minit bas pun sampai.dua beg plastik iya jinjit masuk ke dalam beg.semua nya barang makanan Dan buah buahan.kain baju dia Tak bawa kerana Di kampung memang Ada pakaian nya tinggal.
"ehh Aleeya.nak balik kampung Ka?"
satu suara menyapa dari belakang.aleeya menoleh..sudin,anak ketua kampung.
"ahaa.. .nak balik.dari mana?"
Aleeya melabuh Kan punggung Di kerusi bas Yang kosong.terus sudin pun duduk disebelah Aleeya.
"tadi hantar resume untuk temuduga nanti.dah Tu jalan-jalan sekejap kedong dah ke sini"
"temu duga kat mana"
"polis.saja adu nasib"
sengih sudin menampakkan baris Gigi nya yang putih bersih.
"ehh elok lah tu.sapa tau rezeki.lagipun Tak Salah mencuba.dapat Ka Tak ITU belakang Kira"
Aleeya memberi semangat sambil tersenyum.
"itu lah...sambil-sambil tunggu panggilan kerja tolong ayah dulu kat kampung Tu"
ulas nya lagi.
sudin memang layak kalau nak Mohon anggota polis.badan tinggi lampai.
"ehh Megat Tak ikut sekali Ka balik?"
sudin Bertanya lagi.
"tak..dia Tu sibuk.maklum lh bisnes Sana sini"
Aleeya berdusta.padahal memang dia Tak ajak pun Megat Haikal untuk balik kerana tahu itu Tak dapat.sesuatu Yang mustahil apa lagi kalau dah bermalam.kalau untuk hantar saja,dapat.tapi Aleeya tidak mahu menyusah Kan kerana dia sendiri boleh Dan biasa sendiri Dalam apa-apa hal.
Malam itu menu cukup buat air liur Aleeya kencur.aneh nya walau sedang berbadan dua,dia tiada mengalami mual-mual atau selera makan bekurang.awal mula dulu saja dia Terasa mual.sesudah itu tiada lagi.hanya pening kepala Dan sentiasa selalu nak dekat kalau dengan Megat haikal.itu Saja iya rasakan.
"mak...ayah mana?"
Aleeya melilau mencari kelibat ayah nya.
"ke warung Pak Haji samad.hantar pesanan ikan masin.kejap lagi sampai lah Tu.makan lah dulu."
munah mencedok nasi ke pinggan lalu menyua ke Aleeya.
"mak dapat kat mana siput ne?"
Aleeya mencedok siput yang bewarna itu Hitam ke pinggan nya.siput masak lemak pucuk ubi.benar-benar mengoyah selera makan nya.
"Ada tadi orang jual.ingat Kamu nak balik.tu Yang mak beli.tau benar Kamu Tu memang suka siput masak begini"
munah menggaul nasi nya dengan kuah masak lemak.ikan masin kembung cicah limau Dan cili.kerabu mangga Dan umai ikan tenggiri.berpeluh Aleeya makan dek kerana pedas.
"assalamualaikum"
Pak Akob muncul Di ambang pintu.
"walaikumsalam"
serentak Aleeya dan munah menjawab.
"ayah,makan"
pelawa Aleeya.sambil dia bangun mengambil nasi untuk Pak Akob.
"udah lah jangan Banyak sangat nasi.tadi ayah baru habis minum kopi dengan makan kuih koci.serasa Masih kenyang gamak nya"
Aleeya mensenduk nasi sedikit seperti Yang ayah nya minta.sambil makan mereka bertiga sesekali bersembang Dan ketawa.suasana begini Yang Aleeya rindukan.tinggal Di Bandar,sepi iya rasakan.apa lagi kalau Malam tiba.
Megat Haikal hanya singgah makan Dan berehat sebentar.dah Tu balik lagi.untung saja Ada anak Kucing Yang iya pungut dulu.itulah peneman dia.sekarang anak Kucing itu dia tinggal Kan Di klinik haiwan Yang Ada menawarkan hotel kucing.satu Malam sepuluh ringgit Di charge.makanan Kita Yang sedia Kan sendiri.diaorang hanya bagi makan Dan tukar pasir tempat Kucing membuang.memang terjamin kalau Di tinggalkan Di situ.
si tompok...itulah nama Kucing nya.kerana bulu nya bertompok Hitam putih.
selesai makan Dan bekemas dapur...Aleeya duduk diruang tamu melihat emak nya mengelap daun Pisang untuk nasi lemak esok pagi.dia pun dah rindu benar dengan nasi lemak air tangan munah.tak sabar Rasa nya nunggu esok untuk makan nasi lemak.
munah sesekali menjeling ke arah anak nya Aleeya yang asyik dengan handphone Di tangan.munah seakan perasan badan Aleeya sedikit berisi.memang begitu kalau dah menikah,Kata hati kecil munah.badan akan berisi Dan selera makan Akan bertambah berbanding sebelum menikah.
dia Sama sekali tidak tahu Yang Aleeya tengah berisi.Aleeya memang sengaja merahsiakan dari semua orang.bukan niat,hanya saja dia berdiam dulu untuk saat ini.akan Ada masa nya nanti orang tahu.seiring berjalan nya waktu perut pun Akan membesar juga.
masuk bulan ke tiga nanti..dia plan untuk buat Buku pink.itu pun dia buat diam-diam juga.lagipun cek up sendiri boleh ke klinik Tanpa perlu bawa suami.hanya saja bawa sijil nikah.untuk buat pendaftaran.dan salinan photocopy ic.
"mak..Aleeya masuk bilik dulu ya.rasa nak baring.penat Rasa badan"
Aleeya meminta izin untuk masuk ke bilik tidur.
"pergi lah.berehat sana.lagipun dah penat Tu tadi Siang kerja."
munah melipat elok daun Pisang Yang telah iya lap.
"esok pagi sisa Kan sedikit nasi lemak ya mak.aleeya nak sarapan Tu esok pagi"
"yea..mak Tau lah.tanpa Kamu ingatkan pun mak pasti Akan simpan Kan"
munah tersenyum memandang Aleeya Yang dah tersengih Di muka pintu bilik tidur nya.
dia faham benar kesukaan anak tunggal nya itu.
Pak Akob Masih Di anjung rumah menyedia Kan pukat untuk esok pagi.daun-daun Yang melekat Di pukat dibuang semua Dan dibersihkan.
harap nya esok Ada tangkapan lebih.ada nanti Aleeya bawa balik,gumam Hati nya.
Share this novel