chapter 22

Romance Series 46997

Tepat Hari jumaat pukul Lima Subuh,Aleeya selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.4kg secara normal.tangisan bayi comel memenuhi ruang bersalin.Aleeya tidak dapat menahan haru,setitik demi setitik air Mata nya membasahi pipi.disebelahnya Megat Haikal menemani dengan menggengam erat jemari Aleeya.
setelah Di bersihkan,bayi comel dengan kulit putih melepak Di letakkan Di dada Aleeya untuk proses skin to skin dengan si ibu.pipi mungil Di cium Aleeya berkali kali.bau bayi sungguh mendamaikan hatinya.megat Haikal mengelus lembut buah Hati nya Yang baru lahir itu.bibirnya tak henti-henti mengucapkan Kata syukur.
lahir dengan kulit putih bersih,dengan bibir merona kemerahan serta satu lesung pipit Di sebelah kiri.sungguh comel sehingga Aleeya tidak berhenti henti mencium pipi nya berkali Kali dengan air Mata berlinang.

setelah beberapa minit Di dakapan sang ibu,Megat Haikal mengambil alih menggendong bayi comel untuk mengazankan nya.dengan penuh syahdu Megat Haikal memlaungkan azan untuk si buah Hati.seketika bayi comel seakan Akan mengerti dengan membuka Mata nya sedikit.
Di sudut tepi Aleeya memandang semuanya dengan perasaan bahagia sekali.

setelah semua Di pastikan sihat Dan tidak ada apa apa masalah,Aleeya Dan sang bayi comel Di pindah Kan ke satu bilik untuk tinggal semalam.jika tiada masalah esok sudah boleh Discharge.pak Akob Dan munah antara orang Yang paling gembira sekali.keduanya serasa tidak percaya sudah bergelar atok Dan nenek kerana terlalu bahagia.

"mak Dan ayah balik dulu lah.rehat dirumah nanti driver saya hantar.sudah semalaman juga kurang tidur Dan Rehat sebab berjaga.nanti saya urus Aleeya"

Megat Haikal memberi saran kerana Di lihat nya wajah keduanya penat biarpun Di tutupi dengan bahagia bila melihat cucu.sejak dari semalam keduanya berkampung Di hospital situ menunggu Aleeya bersalin.

"errr Tak apa Ka kalau Kita balik?risau nanti Aleeya bagaimana"

munah,ibunya Aleeya kalau boleh nak Jaga Aleeya sepanjang Di situ.

",Tak apa mak,nanti saya jaga.lagipun Di sini Ada nurse juga Yang Bantu"

Megat Haikal faham Akan apa Yang Dalam fikiran ibu mertua nya Itu.

"iya lah kalau macam tu.ayah nya,Kita balik dulu."

"iya lah.tapi jumpa dulu Aleeya kat Dalam bagitau Kita balik dulu"

saran Pak Akob.mereka bertiga masuk ke dalam bilik Aleeya.

"Aleeya,mak Dan ayah balik dulu ya."

Pak Akob duduk menghadap Aleeya Yang Masih terbaring.di Sisi nya bayi comel tertidur nyenyak setelah menyusu.

"elok lah tu.dari semalam ayah Dan mak tak Rehat.jangan risau Kan Aleeya Di sini."

"pergi dulu ya.assalamulaikum"

aleeya bersalam Dan mencium kedua tangan ayah Dan emak nya.

"Ada nak makan apa apa Tak?"

Megat Haikal Bertanya setelah mertua nya berlalu pergi.

"tadi dah makan,Kan dah di sedia Kan hospital makanan."

aleeya menjawab.menu Di sini pun sedap juga kerana hospital tempat Aleeya itu adalah swasta.segala layanan pelengkapan Dan makanan memang tiptop.

"siapa tahu nak makan Yang lain"

tambah Megat Haikal lagi.

"tak ada..buah Ada juga dorang bagi.ermm..bos dah jenguk datin Ka Hari ini"

aleeya Bertanya lembut.

"aishhh..dah keluar pun baby Kita Masih lagi panggil bos.aleeya,Cuba biasakan diri panggil Abang boleh tak?"

Rasa jengkel Di Hati bila Aleeya sering memanggil nya bos tiap saat.

"ermmm...iya maaf."

tergagap gagap Aleeya menjawab.kadang segan sebenarnya nak panggil dengan Nama lain selain bos.

"Rahbiah Masih begitu.semalam sebelum ke sini sempat jenguk sekejap.hari ini belum lagi.biar lah dulu.lagipun Ada Yang Jaga Di sana.saya upah satu penjaga khas untuk Jaga dia Dalam bilik Tu selain dari staff Di situ."

Rahbiah Sudah Di masukkan ke hospital sakit jiwa sebulan Yang lalu.demi kebaikan dia juga.di Sana lebih baik kerana Di Jaga,terapi Dan makan ubat juga teratur.meskipun kedua orang Tua nya berat melepaskan namun mereka sedar itu untuk kebaikan Rahbiah.
serta itu juga,Megat Haikal berterus terang perihal dia beristeri dua kepada mertua nya Itu.awal nya mereka marah Dan meletakkan kesalahan pada Megat Haikal..akhirnya mereka perlahan menerima hakikat.mereka sedar Megat Haikal juga perlukan seseorang Yang menjaga nya Dan untuk meneruskan keturunan.lagipun Megat Haikal mampu Dalam semua hal.dan juga mereka akui Megat Haikal memang orang Yang baik.buktinya tetap merawat Dan memberi perhatian ke anak mereka biarpun sakit begitu.tidak pernah ingin menceraikan Dan meninggalkan anak mereka juga.

"boss..ehhh Abang,Kita nak nama Kan anak ini dengan Nama apa?"

aleeya membuat lamunan Megat Haikal tersentak.

"aleeya sudah Ada nama?"

Tanya Megat Haikal balik.aleeya menggeleng kepala.

"nanti lah saya fikir kan.awak Rehat lah dulu.bawa tidur dulu..tentu penat semalaman nahan kontraksi.saya nak keluar sekejap Beli sesuatu"

Megat Haikal bangun dari duduk nya lalu mengecup lembut dahi si bayi comel sebelum pergi.sungguh,kasih nya serta merta tumpah bila anak itu melihat dunia.tangisan pertama nya membuat Megat Haikal ikut menangis.terharu,bahagia Dan suka bila bergelar seorang bapa.

malam itu megat Haikal tidur di hospital bersama dengan Aleeya.di bilik tersebut Segala kemudahan Di sediakan.katil untuk penjaga,sofa,TV Dan lain-lain.
si bayi comel tidak berapa nyenyak Malam itu.selalu berjaga dan gelisah.tidak menangis tapi seperti merengek manja Dan tidak mahu tidur lama.

"awak tidur lah.biar saya Jaga.lagipun awak Dah pumping Susu untuk stok.nanti kalau dia nak susu saya boleh bagi."

Megat Haikal kesian melihat Aleeya Yang menahan ngantuk.bayi comel mau nya Di gendong baru diam.aleeya menganggukan kepala lalu merebahkan kepala nya Di atas Bantal.tidak menunggu lama,diri nya terlena.
jam Di dinding menujukkan pukul dua pagi.si bayi comel Masih Segar mata nya.sesekali rengekkan halusnya membuat Megat Haikal menepuk lembut paha nya sambil berselawat.berharap si bayi comel segera tidur.

"Napa ne Tak nak tido?tak ngantuk ke?"

Megat Haikal merangkul manja si bayi comel sambil mencium penuh kasih pipi gebu nya.megat berdiri sambil menimang si bayi dengan tidak berhenti berselawat.di atas Katil Aleeya tertidur sambil berdengkur halus.
perlahan lahan Megat Haikal menghampiri Aleeya,selimut Di tarik menutup tubuh nya sampai paras dada.satu ciuman lembut Megat Haikal singgah Di dahi Aleeya.entah kenapa dia spontan berbuat begitu.rasa kasih Makin menebal setelah melihat pengorbanan Dan Susah payah Aleeya ketika melahirkan zuriatnya.bertarung nyawa untuk membawa satu nyawa untuk melihat dunia.sungguh Hati lelaki nya terhenyak melihat jerih perih saat melahirkan.

Share this novel

Mythic 20 Ronaldojr7
2024-12-27 17:21:12 

tq update tahniah Aleeya dah dapat baby semoga megat kekal sebagai suami Aleeya

Norzilawati
2024-12-27 16:56:06 

tq update ..


NovelPlus Premium

The best ads free experience