chapter 34

Romance Series 61548

Di dalam bilik yang sunyi sepi,Aleeya berbaring kepenatan.Siang tadi kerjaan agak banyak.Maklum lah musim cuti sekolah,ramai parent yang mengambil kesempatan untuk membawa anak anak untuk jalan jalan.Di sisi nya baby nurin tertidur setelah meragam dari mahgrib tadi.Baby nurin batuk dan flu.Itu yang membuat nya sering meragam.Esok mak siti menyuruh Aleeya untuk cuti sahaja untuk membawa baby nurin ke klinik.

Fikiran Aleeya terbang melayang teringat kan umbai.Masuk dua minggu setelah umbai balik,aleeya masih belum memberikan kata putus untuk diri nya.Masih juga dia,belum menimang kan apa keputusan nya nanti.Orang tua nya sudah dia khabar kan di kampung.Mereka menyerahkan ke Aleeya untuk mengambil keputusan.Apa pun keputusan yang akan aleeya ambil nanti,mereka terima.Bagi mereka,yang nak berkhawin anak,dan menjalani nya pun diaorang juga.Sebab itulah mereka hanya mengikut apa yang aleeya rasa betul untuk hidup nya ke depan.

bunyi chat masuk mengejutkan lamunan aleeya.Chat dari megat haikal.

"bagaimana dengan nurin?"

"agak ok sudah.Tadi saja menangis waktu nak tidur.Hidung sumbat susah dia nak tidur"

"esok bawa ke klinik.Nanti saya bank in duit"

"eh tak apa lah.Duit yang tu hari awak kirim masih ada dan belum lagi saya pakai"

"tak apa,simpan saja.Siapa tau nanti nak guna.Esok ke klinik naik apa?"

"naik grab saja.tak nak menyusahkan pak cik wahab.Lagipun di sini banyak kerja"

"Aleeya....Bulan depan saya bercadang nak beli kan awak kereta.Sebelum itu awak ambil lesen dulu.Supaya senang ke mana mana.Saya dah bincang dengan rahbiah soal ini,dia pun setuju."

"jangan lah.segan saya nak terima.Tu bukan benda murah."

"anggap saja saya bagi untuk Nurin.Awak tak perlu risau bayar bulanan,semua saya yang tanggung dan uruskan"

aleeya berhenti seketika menaip chat ke megat haikal.Dia berfikir seketika.Dia tak mahu masalah di kemudian hari.Bagi nya kalau pun dia nak beli,biar lah pakai duit hasil titik peluh nya.

"saya tak mahu di suatu saat nanti ada masalah."

"jangan lah risau.Insyallah tiada.Lagipun saya ikhlas bagi untuk nurin.Harap dapat membantu awak berdua"

Megat haikal masih lagi berusaha memujuk supaya aleeya menerima.

"ermm...Baik lah kalau macam tu."

akhirnya aleeya mengalah.

"nak yang model macamana?"

Nanti saya suruh PA saya tolong cari.

"ehh tak payah yang mahal.Yang biasa saja dan harga berbaloi.Kecik saja.Lagipun saya dan nurin saja.Awak lah yang tolong pilih kan"

"yelah kalau macam tu."

Setelah itu aleeya menyimpan telefon bimbit nya di atas meja bersebelahan katil nya.Dia cuba memejamkan mata agar dapat tidur.


seperti biasa,setelah solat subuh umbai selalu melantun kan ayat ayat suci dari alquran.Setelah itu dia ke dapur untuk menyediakan sarapan.
wasap di segera di buka nya untuk melihat chat di group kerja.Di bawah nya ada wasap aleeya..Serasa ingin menghantar chat untuk aleeya namun umbai membatal kan hasrat hati nya.Sejak dia balik,aleeya belum pernah untuk wasap dia.Dia pun tidak..Kerana segan sebenarnya.Lagipun tidak tahu nak mulakan kata dulu.

Teringat akan lamaran nya tempohari.Umbai tidak tahu kenapa hati nya terpaut pada aleeya walau kenal hanya singkat sahaja.Bagi nya ada sesuatu yang istimewa pada aleeya yang meluluh kan hati nya.Selama ini dia tidak pernah tergerak hati untuk berkasih dengan mana mana wanita.Di tempat kerja nya berlambak wanita,namun hati nya tidak terbuka untuk berkasih.
Di tempat kerja dia hanya fokus ke urusan kerja.Setelah habis urusan kerja,dia terus balik ke rumah sewa nya.Begitu lah setiap hari.Di media sosial pun dia tak berapa aktif seperti kebanyakkan orang.Dunia nya hanya rumah dan tempat kerja.


"assalamulaikum mak.Mak buat apa tu"

Umbai video kol dengan mak cik siti setelah sampai di office.Masih ada bebelas minit untuk mula kerja,umbai mengambil keputusan untuk video kol kerana hampir beberapa hari ini dia tidak telefon sebab sibuk.

"walaikumsalam.Dah masuk office ke tu?"

"dah mak."

"mak pun baru sampai ne di homestay.nak ke homestay block A nanti sebab ada yang dah cek out.Suruh orang kemaskan nanti.Hari ini aleeya cuti"

"aleeya cuti rehat ka mak"?

"dia nak jumpa doktor hantar nurin dah berapa hari tak sihat."

"nurin tak sihat?"

"iya...Kalian berdua tak ada berwasap ka?macamana boleh tak tahu nurin tak sihat?"

Bingung pulak mak cik siti.Sedangkan sudah agak rapat juga.

"errr..Tak ada mak.Umbai pun beberapa hari ini sibuk.tu yang tak ada tanya khbar aleeya"

Umbai berharap jawapan nya itu boleh di guna pakai dan mak cik siti tidak berfikir yang bukan bukan.

"ohh..Yelah.Nanti kol lah dia.Tapi tadi dah pergi naik grab.nak di hantar dia kata tak payah.menyusahkan saja katanya,grab pun ada.Tau saja lah aleeya tu orang nya suka berdikari"

panjang lebar mak cik siti bicara.

"nanti lah umbai telefon dia.Sudah dulu mak umbai nak buat kerja dulu.Asssalamulaikum"

"walaikumsalam"

Umbai segera menghantar pesanan ringkas melalui wasap ke aleeya untuk bertanya keadaan nurin.Setelah itu dia mengeluarkan laptop untuk memulai kerja.

Megat haikal dan rahbiah meneliti satu persatu kereta yang di syor kan oleh PA nya sebentar tadi.

"sayang,yang ini cantik dan sesuai dengan aleeya"

Rahbiah menunjukkan sebuah kereta aruz bewarna hitam.

"agak besar sayang.Aleeya nak yang kecil saja dan senang di bawa"

Megat haikal berjalan lagi ke kereta yang lain.

"jangan lah kecil sangat,biar lah agak besar supaya boleh bawa banyak barang jika nak ke mana mana.Apa kata kita bagi suprise ke dia.Kita beli yang menurut kita terbaik untuk nya"

Rahbiah tersenyum manis.Bagi nya sekarang,aleeya ibarat adik pada nya.Tiada perasaan sangsi atau tidak baik pada aleeya.Di tambah lagi dengan kehadiran anak angkat nya,rahbiah berubah 360 darjah.

"ermmm elok juga tu.Kalau macam tu,sayang saja lah yang pilih kan.Nanti bagitau kalau dah sudah betul betul pilih.Urusan penghantaran biar nanti di urus kan."

Megat haikal memberi sepenuh nya pada rahbiah untuk memilih.

"baik lah sayang kalau begitu.Sayang balik dulu ya,tak betah tinggal kan aiman lama lama"

"yelah.Hati hati bawa kereta"

Setelah bersalam,rahbiah menuju ke arah kereta nya untuk balik ke rumah.dia nak cepat cepat balik untuk berjumpa dengan anak nya yang di tinggal kan dengan baby sitter di rumah.Bagi nya rahbiah lebih suka mengurus sendiri Aiman walaupun ada baby sitter yang di sedia kan oleh megat haikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience