Bab 13

Romance Series 63451

Empat bulan kemudian. Kelab Malam "Eclipse", Thailand.

Lampu neon berkelip-kelip, memantulkan warna merah dan biru di cermin-cermin dinding. Bunyi dentuman muzik elektronik bergaung di dalam ruang eksklusif kelab malam Eclipse yang terletak di tengah kota raya Bangkok.

Tuan Idris duduk di sudut VIP, mengacau gelas whisky yang tidak diminumnya. Matanya tajam memerhati sepasang kekasih yang baru melangkah masuk ke ruangan itu.

Thanakorn Jirasak dan Alexandra Monroe, lebih dikenali sebagai 'Nirat dan Fern' dalam dunia gelap, adalah pembunuh upahan yang terkenal dalam aktiviti jenayah di Thailand.

Nirat mengenakan jaket kulit hitam, wajahnya tenang tanpa ekspresi. Di sisinya, Fern tampil elegan dalam gaun merah gelap yang melekat pada tubuh langsingnya. Bibirnya mengukir senyuman kecil, tetapi matanya penuh curiga.

Mereka menghampiri meja Tuan Idris.

“Mr. Idris.” Suara Nirat berat, langsung ke tujuan.

Fern menarik kerusi dengan santai dan duduk bersilang kaki, mengambil segelas martini dari pelayan.

"I heard you have an offer for us," katanya dengan nada menggoda namun terselit aura berbahaya.

Tuan Idris menghela nafas perlahan. Dia melontarkan sebuah sampul ke atas meja.

Nirat menyentuh sampul itu dengan hujung jari, tetapi tidak terus membukanya.

“You want him dead?" soal Fern dengan nada menggoda namun tegas.

Tuan Idris menggenggam tangannya. “I want him gone from this world. Make sure he doesn't live to regret it."

Fern tersenyum, mengambil sampul itu dan membukanya. Gambar Hadif terjatuh ke atas meja.

“Hm. Quite handsome. I don't like kiling handsome men,” dia berseloroh, tetapi matanya tajam. "Tell me, why do you want him dead?”

Tuan Idris menelan air liurnya. Matanya menatap tajam wajah wanita Amerika itu. “He killed my daughter”

Nirat dan Fern saling berpandangan, membaca bahasa tubuh satu sama lain. Mereka bukan sekadar pembunuh upahan. Mereka profesional. Setiap tugasan dinilai dengan teliti.

Nirat akhirnya mengangkat pandangannya. “When do you want it done?"

Tuan Idris menatap mereka dengan wajah penuh dendam. Dia menghela nafas kasar.

"As soon as possible."

Fern menyandarkan diri ke kerusi, menyentuh bibir gelasnya dengan jari.

"You know our price, don't you?"

Tuan Idris menghulurkan satu lagi sampul. Kali ini lebih tebal.

Nirat mengambilnya, mengira pantas isi dalamnya sebelum mengangguk kecil.

"We will make sure he disappears."

Fern tersenyum sinis. “In a beautiful way."

Tuan Idris tersenyum puas. Dendamnya sudah dimeterai.

Hadif tidak akan hidup lama lagi.

---------------------

Seminggu Kemudian

Pejabat Hansel Group Auto

Pintu pejabat Hadif dikuak dari dalam. Serentak, Zareen, Zayan, dan Ivan bangun dari kerusi. Hadif melangkah keluar dari pejabat menuju ke pintu lif sambil diekori rapat oleh mereka bertiga.

Seperti biasa, Zayan dan Zareen bergerak ke hadapan, memastikan mereka berada di antara Hadif dan sebarang potensi ancaman.

Setibanya di lif, butang G ditekan untuk turun ke tempat parkir.

Ting!

Pintu lif terbuka.

Mata Zareen dan Zayan segera meliar ke seluruh tempat parkir bawah tanah yang suram. Cahaya lampu malap mencipta bayangan panjang di lantai tempat parkir, Sudah pukul 7 malam. Semua staf Hansel Auto Group sudah pulang pada pukul 5.30 petang tadi.

Zayan memberi isyarat tangan kepada Zareen sebelum bergerak keluar dahulu untuk melakukan pemeriksaan keselamatan. Zareen mengikuti dari sisi bertentangan, langkahnya ringan dan senjata tersembunyi di pinggang bersedia untuk dicapai bila-bila masa.

Setelah yakin semuanya selamat, Zayan memberi isyarat kepada Hadif dan Ivan untuk bergerak.

Ivan berjalan santai di sisi Hadif, namun matanya tak lepas dari setiap sudut parkir. Zareen pula sentiasa waspada, jari sudah hampir ke pemegang pistol di pinggangnya.

Dor!

Satu das tembakan dilepaskan!

Pantas tangan Zareen mencapai Sig Sauer P365 dari sarung di pinggangnya.

Peluru melantun di dinding konkrit, menghasilkan percikan kecil.

"Shit! Sniper!" Ivan menggertap gigi, matanya cuba mencari sumber tembakan.

Ivan bertindak pantas, menolak Hadif ke belakang sebuah kereta untuk berlindung. Nafasnya stabil meskipun situasi bertukar genting. Glock 19 Gen 5 sudah tersedia dalam genggaman, jari telunjuknya bersiap sedia di luar picu, menanti saat yang tepat untuk bertindak.

Di hujung lorong, Zayan dan Zareen juga bertindak refleks. Mereka segera berlindung di sebalik SUV hitam yang terparkir, masing-masing bersedia dengan senjata di tangan. Mata Zayan tajam, menilai keadaan dengan cepat, manakala Zareen mengimbas persekitaran, mencari sebarang ancaman yang mungkin bersembunyi dalam bayang-bayang.

Hening seketika. Hanya bunyi nafas dan deruan enjin jauh yang kedengaran. Detik ini boleh menentukan hidup atau mati.

Ivan menjeling ke arah Hadif, menahan nafas. “Kita kena keluar dari sini sekarang.”

Namun, Hadif terkaku. Matanya tidak tertumpu pada dirinya sendiri, tetapi pada Zareen. Dia lebih risaukan wanita itu berbanding dirinya sendiri.

Dor! Dor!

Dua lagi tembakan dilepaskan!

Satu peluru menghentam bonet kereta, satu lagi melantun di lantai simen, hanya beberapa inci dari kasut Hadif.

“Lari ke arah pintu keluar! Aku bagi perlindungan!” Zayan memberi arahan lantang.

Tapi Hadif bagai terpukau. Fikirannya bagai terpisah dari realiti.

Matanya hanya tertumpu pada Zareen. Langkahnya terasa berat.

"Bos, ikut arahan sekarang!" Zareen menekan suara, nadanya penuh arahan. Geram dengan Hadif masih terpaku.

"Bos?!"

Dan ketika itulah—

Dor!

Satu tembakan terakhir melepasi ruang sempit antara kereta, dan—

"Arghh!"

Zayan tersentak ke belakang.

Peluru menembusi pahanya!

Dia jatuh terduduk, nafasnya berat, tangan menekan tempat luka yang kini berlumuran darah.

"Zayan!"

Zareen tergamam seketika sebelum terus meluru ke arah adiknya.

Darah membasahi seluar hitam Zayan, mengalir laju ke lantai konkrit. Wajahnya berkerut menahan sakit, tetapi dia masih cuba bertahan.

Hadif tersentak. Dia bagaikan tersedar dari lamunannya. Matanya terus menangkap kelibat Zayan yang terduduk sambil memegang pahanya yang sudah dibasahi darah. Mata Hadif membulat. Terkejut.

Zareen menoleh ke arah Hadif, matanya membara.

"Kau—" Suaranya bergetar menahan marah.

Hadif menelan air liur, lidahnya kelu.

"Ivan, bawa bos keluar!" tempik Zareen.

Nadanya keras, tiada ruang untuk bantahan.

Ivan segera menarik lengan Hadif. “Kita kena pergi sekarang!”

Nafas Hadif terasa berat.

Dia ingin membantu, tapi dia sedar dia telah buat kesilapan besar.

"Kita kena keluar sekarang. Kau boleh jalan tak, Zayan?" suara Zareen lebih lembut, tetapi nadanya tetap tegas.

Zayan menggigit bibir menahan sakit sebelum mengangguk perlahan. "Aku boleh... jangan risau."

Zareen pantas merangkul bahu Zayan, membantu adiknya berdiri.

Ivan pula menarik Hadif ke arah pintu keluar, kali ini tanpa sebarang kompromi.

Zareen hanya sempat menjeling tajam ke arah Hadif sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Zayan.

Hadif hanya mampu menurut. Namun dia perasan wajah Zareen yang penuh amarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience