Bab 8

Drama Series 68

Damia asyik melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul 7.30 petang. Dia menghampiri receptionist untuk bertanyakan meja yang ditempah oleh Dato’ Razak.
"Excuse me, miss."
"Yes, may I help you, miss?"
"Boleh saya tanya, ada Dato’ Razak buat tempahan untuk malam ini?"
Receptionist yang bertugas, Shila, mengerutkan kening.
"Sebentar ya, cik. Saya semak dahulu dengan bahagian tempahan."
Shila berlalu ke belakang kaunter. Tidak lama kemudian dia kembali dengan senyuman.
"Cik Damia, malam ini cuma ada satu tempahan atas nama RZ Sdn. Bhd. pada jam 8.30 malam, bertempat di Manja Coffee House."
"Oh, itu syarikat tempat saya bekerja. Terima kasih, Cik Shila."
Damia sempat bertanya tentang tempat solat. Shila segera memanggil seorang bell boy untuk menunjukkan arah surau kepada Damia.
Selepas solat, Damia mengisi masa dengan membaca Surah Yassin. Jam menunjukkan 8.15 malam. Dia segera ke lobi. Setibanya di situ, Shila memaklumkan bahawa Dato’ Razak sedang menunggunya di Executive Lounge. Damia terkejut. Dia segera bergegas ke sana.
"Assalamualaikum, Dato’. Maafkan saya sebab terlewat."
"It’s okay, Damia. Saya pun tiba lebih awal. Lagipun saya lupa nak maklumkan masa yang tepat. Sementara tunggu makan malam, awak boleh teliti dokumen ini. Ini latar belakang klien kita malam ini."
Dato’ Razak menghulurkan satu fail. Sedang Damia meneliti isi fail itu, Dato’ Razak menghulurkan satu bungkusan.
"Ini iPhone untuk awak. Jangan risau, semua bil ditanggung syarikat."
Damia tergamam.
"Tapi Dato’, saya tak perlukan telefon ini."
"Sebagai setiausaha saya, awak perlu ada kemudahan untuk komunikasi. Semua eksekutif pun dibekalkan telefon. Saya harap awak terima."
Damia mengangguk perlahan.
"Terima kasih, Dato’."
Makan malam bersama wakil syarikat Bena Sdn. Bhd. berjalan lancar. Mereka bersetuju melantik RZ Sdn. Bhd. sebagai setiausaha syarikat. Jam menunjukkan 11 malam. Dato’ Razak menawarkan tumpangan kepada Damia.
Sampai di rumah, banglo Irfan sudah gelap. Damia terus ke rumah melalui pintu belakang. Kelihatan, Mak Piah masih menunggu.
"Assalamualaikum, mak. Kenapa mak belum tidur lagi?"
"Macam mana nak tidur, nak. Dah lewat sangat. Ibu mana tak risau."
"Mak, Mia kerja. Bukan buat benda tak elok. Jom masuk mak, nanti mak sejuk."
Mak Piah menurut. Matanya sudah berat.
________________________________________
Damia semakin selesa bekerja di RZ Sdn. Bhd. Asma banyak membantunya. Kini Damia mempelajari trengkas dan shorthand, sambil menyambung pengajiannya secara dalam talian. Pensyarahnya sangat membantu.
"Cik Damia, saya rasa rugi kalau cik tak sambung belajar. Cik sangat pintar. Di Open University Malaysia pun ada kursus fleksibel."
"Sebenarnya Asma, saya di tahun akhir dalam bidang undang-undang. Bulan depan saya ada peperiksaan akhir. Doakan saya, ya."
Asma kagum. Akhirnya Damia berterus terang.
"Wah! Saya dah agak. Orang biasa takkan mudah faham apa yang saya ajar."
"Saya cuma manusia biasa, Asma. Allah beri kelebihan tertentu. Macam awak juga. Kalau tak kerana awak, saya tak faham pun bahasa cacing ni."
"Saya tak layak digelar guru, Damia. Diploma pun tak habis lagi."
"Guru tak semestinya lulusan universiti. Ibu kita guru pertama kita. Mengajar kita berjalan, makan, bercakap. Mereka membentuk kita sejak kecil."
Asma terdiam, tersentuh dengan kata-kata Damia.
"Betul, Cik Damia. Tak pernah saya fikir begitu. Semuanya bermula dari rumah."
"Alhamdulillah…" bisik hati Damia.
Dato’ Razak masuk ke pejabat. Asma segera sediakan kopi O. Damia pula ke biliknya.
"Assalamualaikum, Dato’. What are you feeling today?"
"Waalaikumussalam. I feel so great today. Have a seat."
"Are you ready for your schedule today, Dato’?"
"Yes, please."
"12.30 tengah hari Dato’ ada lunch dengan Syarikat Tunas Padu di Hyatt Regency. Jam 3 petang, anak lelaki Dato’ nak jumpa Dato’ di rumah."
"Itu saja?"
"Ya, Dato’."
"Baik. Pastikan selepas lunch tiada temujanji lain."
Damia mengangguk.
"Asma, pastikan tiada klien buat appointment dengan Dato’ lepas lunch. Anak lelaki dia nak jumpa."
"Ok, Cik Damia. Nanti Cik ikut Dato’ jumpa Encik Iqwal. Orangnya kacak. Sesuai sangat kalau dijodohkan dengan Cik Damia. Bertuah siapa dapat dia."
"Banyaklah kau, Asma. Saya kerja di pejabat saja. Tapi kalau awak nak, cubalah. Awak pun cantik. Tak macam saya."
"No comment, Cik Damia. Saya comel sikit je. Tapi Encik Iqwal tu usahawan berjaya. Entah siapa wanita bertuah tu."
"Oklah, Asma. Saya sambung kerja. Awak pun ya."
Damia membuka emel. Ada tugasan baharu dari pensyarah. Dia muat turun dan mula mencari maklumat. Peperiksaan akhir tinggal dua minggu. Selepas ini, dia perlu berulang-alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
Dia perlu kuat. Demi maruah dan impian ayahnya.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience