Langit Yang Pernah Mendung

amien khya

Drama Series 68
0
(0 ratings)

Synopsis

Langit Yang Pernah Mendung Amien Khya “Langit yang mendung bukan akhir cerita. Kadang dari situ, tumbuh cahaya paling jujur.” Damia Humaira hanyalah anak seorang penoreh getah, tetapi impiannya tinggi menjulang — mahu mengubah nasib keluarga, mahu menjadi peguam demi mengangkat maruah arwah ayahnya. Namun hidup tidak seindah perancangan. Dalam perjuangannya menamatkan pengajian, takdir membawanya ke lembah gelap — diculik, dipukul, dan dipaksa membayar harga pengorbanan ayah yang disayanginya. Terkurung dalam penjara dunia bersama ibunya, Damia memilih jalan paling pedih: menjadi hamba dalam banglo seorang lelaki kejam — Irfan, si along berwajah buas yang menyimpan rahsia luka silamnya sendiri. Namun di sebalik wajah bengis itu, ada jiwa yang pernah kehilangan… dan mungkin… ada cinta yang perlahan-lahan tumbuh dalam diam. Langit Yang Pernah Mendung bukan sekadar kisah tentang kesedihan dan penderitaan. Ia adalah cerita tentang cinta yang tidak terucap, ketabahan seorang anak gadis, dan keajaiban doa seorang ibu. Sebuah kisah yang akan menyentuh hati, menggetar jiwa, dan membuatkan pembaca percaya — bahawa badai sekuat mana pun, tidak akan menutup cahaya selama-lamanya.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

amien khya

3 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience