Bab 7

Romance Series 63286

Hadif menghela nafas kasar. Geram. Tangannya menggenggam kuat fail Zareen. Matanya tajam menatap Zareen yang berdiri tegak di hadapannya, wajahnya tenang seolah-olah tidak terusik dengan ketegangan yang menyelubungi pejabat itu.

Dia bangun dengan kasar, kerusi yang didudukinya terdorong sedikit ke belakang.

“Excuse me for a moment,” ucapnya sambil melemparkan senyuman kelat.

Hadif keluar dari pejabatnya. Langkahnya deras menuju ke arah meja Ivan dan Zayan yang terletak tidak jauh dari pejabatnya. Kedua-duanya sedang leka menatap skrin telefon, jari mereka lincah mengawal permainan yang sedang berlangsung.

Hadif menghentikan langkahnya dengan kasar di hadapan mereka.

“That’s the new bodyguard you told me about?” Nada suaranya tegang, matanya menikam tepat ke arah Ivan.

Ivan, yang sedikit tergamam dengan sergahan Hadif, berkedip beberapa kali sebelum menjawab, “A-A… yes, sir. You agreed with my decision at that moment, sir.”

Hadif menghela nafas, berusaha menahan kemarahan yang mendidih dalam dada. “It’s a girl, Ivan!” tekan Hadif dengan nada yang semakin meninggi.

Ivan mengangkat kening, masih belum mengerti mengapa Hadif begitu marah. “Nope, it’s a woman. And she was in UTK, just like me before. What’s wrong, sir?” soalnya polos, tidak sedar perangkap yang sedang menjerat mereka.

Hadif mengetap gigi. “I don’t need protection from a woman,” katanya tajam.

“I can’t hire her. It’s dangerous for her.”

Ivan menghela nafas panjang. Matanya beralih kepada Zayan, seakan meminta bantuan, tetapi Zayan hanya diam.

“You already signed the contract. And it’s exclusive. You can’t cancel it. That contract will expire in two years.” Ivan mengingatkan dengan nada serius.

Hadif mendengus kasar sebelum berpaling dan melangkah kembali ke arah pejabatnya dengan wajah yang kelat menahan marah.

Ivan dan Zayan saling berpandangan.

“Tak sangka bos tak mahu bodyguard perempuan.” Ivan menggaru kepala yang tidak gatal.

Zayan menelan liur. Dia menoleh ke kiri dan kanan sebelum berbisik kepada Ivan. “Kau jangan bagitahu bos yang aku dan Zareen adik-beradik.”

Nada suaranya rendah, hampir bergetar. Kalau Hadif tahu, mampus!

---------------------

Tangan Hadif menghentak kabinet fail di luar pejabatnya dengan kasar. Tangannya menekan pelipis, cuba menenangkan perasaan. Mustahil dia harus menerima situasi ini.

Perempuan? Jadi bodyguard dia? Apa yang Ivan fikir sebenarnya?

Dari cermin kaca bilik pejabatnya yang separuh gelap, Hadif dapat melihat Zareen masih berdiri tegak di hadapan mejanya, tenang seperti tadi. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.

Deringan telefon memecah keheningan. Dia menekan butang jawapan tanpa melihat skrin.

“Wendy, how’s the contract?” soalnya kasar.

“Boss, ini kontrak eksklusif ar. Tak boleh cancel," jelas Wendy dengan slanga Cinanya.

Hadif mengetap gigi. “Shit.”

“Zareen bukan sebarangan orang. Dia bekas skuad khas, pengalaman dia sama macam Ivan dan Zayan.” Wendy menambah dengan nada santai, seolah-olah perkara ini bukan isu besar.

Hadif menghempas tubuh ke kerusi di meja stafnya yang kosong. matanya sekali lagi memandang ke arah Zareen di dalam bilik pejabatnya.

“So, I can’t do anything?”

“Nope.” Wendy tersenyum kecil di hujung talian.

Hadif mendiamkan diri. Dia tahu Wendy tidak main-main. Kontrak itu sah dan eksklusif, dan kalau dia mahu menamatkannya lebih awal, penalti yang perlu dibayar jauh lebih mahal daripada gaji tahunan seorang pengawal peribadi biasa.

“Fine.” Suaranya dingin.

Hadif menghela nafas panjang. Dia membuka pintu pejabatnya lalu dihempas kasar. Dia duduk di kerusinya sambil menyilangkan kaki.

Hadif meneliti wanita itu dari kepala hingga kaki. Tinggi Zareen separas rahang Hadif. Tinggi Hadif 187 sentimeter. Tubuhnya tegap dan atletik, berbeza daripada stereotaip seorang wanita biasa. Tapi tetap hakikatnya… dia seorang wanita.

“Mulai hari ini, kau bodyguard aku.” Hadif menekankan setiap patah perkataannya, memberi amaran tersirat. “Tapi jangan ingat kerja di sini senang.”

Zareen hanya mengangkat kening sedikit. “Baik, tuan.” Matanya menatap terus ke wajah lelaki kacukan Melayu-Inggeris itu.

Tiada nada hormat dalam suaranya. Tiada ketakutan.

Dan itu membuatkan Hadif makin geram.

Tapi sesuatu dalam dirinya berbisik—wanita ini bukan sekadar wanita biasa.

--------------------

Zareen menghempaskan tubuh ke kerusi yang disediakan khas untuknya. Otaknya terasa berserabut. Dia mengharapkan hari pertama bekerja ini disambut dengan senyuman mesra atau sekurang-kurangnya layanan profesional. Tapi lain pula jadinya.

Hadif jelas tidak menyukainya. Kenapa? Apa masalah lelaki itu? Mereka bukan saling mengenali pun. Atau Hadif sememangnya seorang yang panas baran?

Suka atau tidak, dia tetap perlu berhadapan dengan lelaki itu setiap hari. Kontrak sudah ditandatangani pagi tadi di meja Wendy. Mahu tarik diri sekarang bukan pilihan.

Tiba-tiba, pintu pejabat Hadif dikuak kasar. Zareen menoleh ke arah meja Zayan dan Ivan. Hadif melangkah keluar dengan wajah tegang.

"Zareen, ikut saya."

Nada suaranya pendek, tiada ruang untuk bantahan.

Tanpa bertanya, Zareen segera bangun dan mengekori Hadif. Ivan dan Zayan berpandangan sesama sendiri, terpinga-pinga.

Selama mereka bekerja dengan Hadif, biasanya mereka hanya mengekori lelaki itu dari belakang dengan kereta lain. Ini kali pertama seorang bodyguard diajak naik kereta yang sama dengannya.

"Apa tujuan bos ni? Nak susahkan Zareen ke?" Ivan berbisik, masih dalam dilema.

Zayan mengangkat bahu. Dia pun tidak pasti. Namun, melihat keadaan itu, mereka berdua pantas bangun dan bergerak mengekorinya.

Ting!

Pintu lif terbuka. Hadif melangkah masuk, diikuti rapat oleh Zareen. Mereka turun ke tempat parkir.

Bip! Bip!

Bunyi kunci automatik menandakan kereta telah dibuka. Zareen tidak menunggu arahan. Dia terus melangkah menuju ke Mercedes-Benz GLE milik Hadif. Berdasarkan bunyi itu, dia tahu di mana kenderaan tersebut berada.

Tanpa ragu, dia membuka pintu pemandu.

“Kau nak buat apa tu?” Hadif menyoal, keningnya berkerut.

“Bawa kereta.” Jawapan Zareen ringkas.

Hadif mendengus kecil. “Tak payah. Duduk sebelah.”

Zareen terdiam sejenak sebelum menghela nafas perlahan. Dengan muka kelat, dia menutup pintu pemandu dan bergerak ke bahagian penumpang. Dia masuk dan menutup pintu dengan tenang, walaupun hatinya sedikit geram.

Hadif menghidupkan enjin dan mula memandu keluar dari tempat parkir. Suasana dalam kereta terasa berat.

"Kita nak ke mana?" Zareen akhirnya bersuara.

Hadif tidak menoleh, hanya fokus pada jalan di hadapan. "Hometown Restaurant. I have a meeting with a client."

Zareen mengerutkan kening. "Saya perlu tahu butiran pertemuan untuk keselamatan."

Hadif menjeling sekilas. "Cuma makan-makan dengan rakan bisnes. Klien penting."

Zareen mengangguk perlahan. Jika itu sekadar pertemuan biasa, tugasnya lebih mudah. Tetapi dia tetap perlu berjaga-jaga.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di restoran eksklusif di tengah kota. Hadif meletakkan kereta di kawasan parkir VIP sebelum keluar. Zareen mengikut di belakangnya, memerhati keadaan sekeliling.

Seorang pelayan restoran menyambut mereka di pintu. "Selamat datang, Encik Hadif. Klien anda sudah menunggu di bilik khas."

Hadif mengangguk tanpa banyak bicara dan melangkah masuk. Zareen berjalan rapat di belakang, mengekori Hadif. Pertama kali dia masuk ke restoran mewah seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience