Petang itu Izzue Aslam bercadang untuk memujuk hati gadis pujaan hatinya itu dengan membawa gadis itu ke tempat yang agak istimewa.
“Amanda..petang ni awak busy ke?..”soal Izzue Aslam tenang.
“erm..kenapa?..”soalan Izzue Aslam dibalas dengan soalan.
“tak ada apa-apa saja je tanya..”ujar Izzue Aslam penuh rahsia.
“err..saya busy sikit..”jawab Amanda tanpa memandang Izzue Aslam yang kelihatan hampa apbila Amanda seakan-akan cuba menjauhi dirinya.
“oohh..ye ke..kalau macam tu saya hantar awak balik?..”soal Izzue Aslam tidak berputus asa.“awak..kan saya dah cakap saya busy..saya rasa awak memang bos kat sini tapi awak bukan kekasih saya atau suami saya..jadi boleh tak kalau awak bertindak sebagai bos saya kat sini aje..”ujar Amanda kasar sebelum bangun dari duduknya dan ingin beredar dari ruangan tersebut memandangkan waktu bekerja sudah tamat.Izzue Aslam tercengang melihat perubahan Amanda yang agak ketara namun dia tidak menahan gadis itu semasa gadis itu keluar dari biliknya.Izzue Aslam pantas mengambil briefcasenya untuk pulang kerana sebenarnya dia ingin melihat kemanakah Amanda akan pergi sehingga dia memberitahu Izzue Aslam bahawa dia sibuk. ‘erm..baik aku siasat..buat apa sampai busy sekali petang ni..’hati Izzue mula bermonolog.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Amanda sedang memeluk seorang jejaka kacak di lobi syarikatnya dan lebih membakar hatinya apabila jejaka tersebut dengan selambanya mencium pipi Amanda sebelum mereka berdua menaiki kereta milik jejaka tersebut. ‘kurang ajar punya jantan..senang-senang je dia cium pipi Amanda..dan Amanda pun satu..yang dia biarkan aje lelaki tu buat macam tu kenapa?..tak apa..biar aku ekori diorang berdua tu..’.Izzue Aslam pantas berjalan kearah keretanya lalu menghidupkan enjin keretanya sebelum mengekori kereta milik jejaka yang membawa Amanda.
Share this novel