BAB 5

Romance Completed 14841

Amanda masuk ke dalam bilik temu duga dengan perasaan gementar.Resumenya diserahkan kepada wanita yang duduk dihadapannya.Wanita itu membaca beberapa maklumat mengenainya yang tertulis di resume tersebut.

“Nelydia Amanda binti Ezwan..”wanita yang dihadapannya menyebut namanya menyebabkan Amanda sedikit tersentak.

“iye..iye saya..”jawab Amanda sedikit gagap walhal yang menemu duganya pada hari itu adalah seorang wanita sahaja namun tahap gementarnya sudah mencapai maksimum menyebabkan lututnya sedikit terketar.Mujurlah pada hari itu dia memakai baju kurung menyebabkan wanita itu tidak dapat melihat lututnya yang terketar-ketar.

“may I know..kenapa awak tak terus sambung belajar walaupun awak dapat result yang excellent dalam SPM?..”soal penemu duga tersebut sambil memandang tepat ke wajah Amanda. ‘huh..soalan cepumas..hisy..mesti ke semua orang tanya..’hati Amanda mengeluh.

“erm..sebab..ma..mama saya suruh saya rest setahun sebelum sambung..dan kebetulan masih ada 6 bulan lagi tempoh percutian saya tu..jadi saya kerja la..”balas Amanda selamba walaupun dia sebenarnya sedang cuba mengawal gementarnya.

“ooh..macam tu..baguslah..syarikat kami pun nak cari pekerja untuk sementara je..erm..okay la kalau macam tu..tahniah..awak diterima kerja..bermula hari ini..”ujar wanita dihadapan sambil tersenyum manis.Amanda terlopong lalu menelan liurnya. ‘aik..cepatnya..dah terdesak betul syarikat ni.’hati Amanda bermonolog.

“selamat bekerja..nama saya Liya..panggil kak Liya je..dah jom la akak tunjukkan awak serba sedikit tentang tempat kerja baru awak ni..”ujar Liya sambil menarik tangan Amanda.Amanda hanya tersenyum. ‘mak ai..mesranya..tak apalah..lagi mesra lagi aku suka..sama spesis dengan aku..’hati Amanda bermonolog sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience