Keesokkan harinya..
Amanda masuk ke pejabat dengan wajah ceria sekali kerana gembira dengan perubahan Izzue Aslam yang dianggap seperti suatu keajaiban.Tiba-tiba dia tercengang apabila melihat ruangannya yang selalunya terletak dihadapan bilik Izzue Aslam kini sudah tidak berada ditempatnya.Amanda berjalan ke bilik Izzue Aslam lalu mengetuknya dari luar.
“masuk..”kedengaran suara Izzue Aslam yang sedikit berlainan dengan hari-hari lain yang selalunya serius.Amanda masuk.Beg tangannya yang elok tersangkut dilengannya hampir sahaja terjatuh ke lantai disebabkan terkejut melihat perubahan yang sedemikian.Mulut Amanda sedikit terlopong.
“a..aw..awak..dah alihkan meja saya ke sini?..”soal Amanda sedikit gagap kerana tidak menyangka bahawa lelaki itu akan bertindak sedemikian.Izzue Aslam tersenyum puas.
“ye..”balas Izzue Aslam selamba dengan nada ceria.
“t..tapi kenapa?..”soal Amanda perlahan.
“sebab..sebab saya nak awak duduk sini la..senang kerja awak nanti..tak payah keluar masuk bilik saya sebab awak memang dah ada kat sini pun..lagipun nanti tak adalah orang-orang yang nak mengatal kat tempat awak tu..awak ingat saya tak tahu?..”soal Izzue Aslam serius.
“alaa..tapi saya pun nak bergaul dengan pekerja-pekarja kat sini juga..”ujar Amanda dalam nada sedih.Izzue Aslam yang sedang menanda tangani dokumen segera mengangkat pandangannya dan memandang Amanda dengan pandangan tajam.
“saya bos awak atau awak bos saya?..”soal Izzue Aslam tegas.Amanda menunduk lalu mengambil tempat diruangannya yang terletak dibilik Izzue Aslam.
“erm..ye la..awak bos..sampai hati awak buat saya macam ni..saya ingat awak dah berubah..”ujar Amanda perlahan dalam nada sedih namun masih didengari oleh Izzue Aslam yang berpura-pura sibuk.Amanda mengesat air matanya yang mula bertakung ditubir mata.Dari hujung mata Izzue Aslam tahu Amanda sedang menangis namun dia harus bertindak kejam sebegitu agar gadis pujaan hatinya itu tidak akan terlepas ke tangan pekerjanya yang lain.
Sepanjang hari Amanda hanya mendiamkan diri.Sepatah yang ditanya oleh Izzue Aslam,sepatah jugalah jawapannya membuatkan Izzue Aslam semakin dicengkam rasa bersalah.Sedang Izzue Aslam sibuk menyiapkan kerjanya,Amanda bangun lalu keluar dari bilik tersebut tanpa memberithau Izzue Aslam kemana hala tujunya.Izzue Aslam berasa pelik lalu pantas pen ditangannya diletakkan diatas meja sebelum dia mengekori Amanda.Dia menyangka bahawa Amanda akan pergi berjumpa Razman namun sangkaannya meleset sama sekali apabila Amanda memasuki tandas wanita.Izzue Aslam tersenyum malu kerana dia merasakan bahawa dirinya terlalu mengawal segala pergerakan gadis itu.
Share this novel