BAB 18

Romance Completed 14841

Amanda dan Izzue Aslam duduk diberanda bilik Izzue Aslam.Siang tadi mereka telah selamat dinikahkan selepas hampir sebulan Izzue Aslam menunggu kerana tahap kesihatannya yang tidak mengizinkan dia untuk menikah dalam masa terdekat namun dia bersyukur kerana Amanda sudi menunggu dan bersetuju untuk menikah dengannya.Angin malam meniup perlahan membuatkn rambut Amanda yang cantik berurai sedikit terbang kerana ditolak angina.Izzue Aslam memeluk pinggang Amanda.

“I love you,Mrs.Amanda..congratulation for being my wife..”ujar Izzue Aslam sedikit berbisik ditelinga Amanda.Amanda tersenyum manis.Kini dia pasti cintanya terhadap Izzue Aslam adalah cinta sebenar kerana dia sedar sepanjang dia berjauhan dengan Izzue Aslam,dirinya terasa sunyi dan kosong.

“I love you more than you know ,Mr.Izzue Aslam yang comel..”ujar Amanda lalu mengucup lembut pipi Izzue Aslam.

“awak lagi cute la..”ujar Izzue Aslam sambil mencubit manja pipi Amanda.

“nope..awak lagi comel..”ujar Amanda.

“awak ni degil tau..orang cakap dia cute tu..cute la..”ujar Izzue Aslam romantis.

“erm..ye la..ye la..saya cute,awak comel..puas?!..”balas Amanda.Izzue Aslam tergelak nakal.

“nope..belum puas lagi..”ujar Izzue Aslam sebelum megucup bibir mungil milik Amanda.

“Izzue Aslam bin Datuk Erwan..gatal tau awak ni..”ujar Amanda menunduk dengan pipi yang sudah memerah.

“ye sayangku..alaaa..saya gatal dengan awak je..dah jangan banyak cakap..jom ikut saya..”ujar Izzue Aslam sambil menarik tangan Amanda masuk ke bilik.

“laa..awal lagi ni..baru pukul 9 malam..nak pergi mana ni?..”soal Amanda pelik.

“nak pergi mana lagi..pergi mengatal la dengan awak..”balas Izzue Aslam nakal.

“hisy..mengada-ngada tau awak ni..”ujar Amanda lalu mencubit lembut lengan Izzue Aslam.

“dah jangan banyak cakap..malam ni siaplah awak kalau tidur…saya tak akan lepaskan awak..”ujar Izzue Aslam sebelum menutup suis lampu bilik mereka.Saat itu mereka berdua memanjatkan rasa syukur atas kurniaan cinta yang telah mereka rasai.

Untuk seketika mata mereka berdua saling berpandangan, walau tanpa kata mereka tahu bahawa mereka berdua dicipta untuk bersama. Walau sejauh mana mereka pergi membawa haluan hidup, andai sudah ditakdirkan cinta pasti bertamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience