BAB 1

Romance Completed 14841

Jam di tangan ditilik berulang kali, jiwanya berbunga riang entah mengapa hari ini dunia dirasakan indah lebih dari biasa mungkin juga mengenangkan Hari ini merupakan hari pertama Amanda keluar dari ‘gua’ miliknya istilah lain bagi gua itu adalah rumah.

Almaklumlah Amanda merupakan anak bongsu dari lima orang adik beradik yang sudah bekerja dan mampu membantu bapa mereka yang bekerja sebagai jurutera yang berpengalaman disebuah syarikat swasta berbeza dengan Amanda merupakan seorang yang manja tahap maksimum,berbadan kecil dan agak rendah serta baru lepas menamatkan peperiksaan SPM.

Jadi sudah tiba masanya dia keluar dari kepompong, 'masa untuk menjadi rama-rama yang cantik, yabeda bedu!'' bisik hatinya.

Sepatutnya Amanda kini menyambung pelajarannya namun kerana dia seorang anak yang manja dan dimanjakan..ibunya merayu kepada bapanya agar dia diberikan ‘cuti’ selama setahun dengan alasan agar dia dapat merehatkan mindanya selepas bertahun-tahun bertungkus lumus untuk SPM dan permohonan tersebut diluluskan bapa mereka memandangkan keputusan Amanda yang agak memberansangkan.

Selepas hampir setahun dia ber ‘hibernasi’ di ‘gua’,ibu dan bapanya mula menyuruhnya keluar untuk mencari kerja sementara tempoh setahunnya itu tamat.Amanda tersedar dari lamunannya apabila mendengar bunyi enjin bas yang sudah semakin dekat.Beg tangannya disandang di bahu dan ikatan rambutnya diperketatkan.

‘Amanda..get ready..3,2,1..’hati Amanda berkira-kira sebelum bas betul-betul berhenti dihadapannya.Ramai penumpang mula menolak satu sama lain begitu juga dengan Amanda namun dia hampa apabila dia adalah orang terakhir yang masih belum menaiki bas dan paling menyayat hati adalah hanya tangga sahaja tempat yang ada untuknya.Mulutnya mula mencebik sedih.

“dik..nak naik tak?..abang nak jalan dah ni..”soal pemandu bas tersebut.Sambil mencebik sedih Amanda menggelengkan kepalanya.Pintu bas terus tertutp dan meninggalkan Amanda yang masih mencebik sedih.Amanda menunduk lalu kembali berjalan kearah kerusi yang terdapat di perhentian tersebut.Dia terus duduk tanpa melihat tempat tersebut. ‘eh..kenapa lembut ni?..diorang ada letak bantal ke?..’hati Amanda tertanya-tanya sebelum..

“hoi..agak-agak la kalau nak duduk pun..tengok la dulu..”ujar seorang lelaki lalu menolak Amanda sehingga hampir terjatuh.Amanda mengerutkan dahinya sambil merengus keras,kedua-dua tangannya mengepal penumbuk.

“hisyy..”Amanda menegakkan badannya sebelum dia berpusing kearah lelaki tersebut niatnya yang sebenar adalah untuk memarahi lelaki tersebut namun lain pula jadinya..Mulut Amanda terlopong melihat jejaka yang segak berkemeja dengan briefcasenya yang terletak di sebelahnya dan kot yang terletak di ribanya.Gaya lelaki itu kelihatan seperti bukan calang-calang orang.

‘wah..hensemnya..ketinggian yang baik..badan yang agak sasa..mata yang galak..hidung yang mancung..kening yang menarik..rambut yang sedikit terpacak dan perang semulajadi..huh..dia ni sepupu Stephen Rahman ke?..’hati Amanda memuji.

“excuse me?..miss..awak ni pekak ke?..”ujar lelaki tadi sambil melambai-lambai dihadapan Amanda yang sedang mengelamun sambil memandang wajahnya,Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum menjentik dahi Amanda.

“auch..”Amanda mengaduh sakit sambil mengusap dahinya.

“hah tu la..orang tanya buat pekak je..awak ni memang tak tahu nak ucap maaf ,ye?..dah la awak senang-senang duduk atas riba saya..dah tu awak duduk atas kot saya pula tu..nasib baik tak renyuk..at least cakap la sorry ke apa ke..sakit hati betul kalau cakap dengan minah senget macam awak ni..”bebel Izzue Aslam kepada Amanda.Amada mengetap giginya sambil mengerutkan dahinya.

“ooh hello mr…”ujar Amanda lalu terdiam seketika.

“Izzue Aslam..”sambung lelaki itu spontan. ‘eh..kenapa aku beritahu nama aku..adoiyai..iz..iz..kau pun ngok ngek juga..’hati Izzue Aslam mengutuk dirinya sendiri.

“hah..Hello Mr.Izzue Islam..”ujar Amanda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience