BAB 16

Romance Completed 14841

Amanda sampai ke hospital setengah jam kemudian.Dia berlari kearah wad icu yang menempatkan Izzue Aslam.Kelihatan Datuk Erwan dan isterinya sedang duduk dihadapan wad tersebut.

“uncle..Datin..”panggil Amanda ketika tiba disitu.Datin Suria terus memeluk Amanda dan menangis.Amanda agak tergamam kerana ini merupakan pertama kali dia berjumpa dengan ibu Izzue Aslam namun wanita itu seperti mengenalinya.

“Amanda..Iz cedera teruk..dia dah selamat membuat pembedahan tapi..dia belum sedarkan diri lagi..doktor kata sepatutnya dia dah sedar tapi keadaan emosinya sangat lemah membuatkan dia jadi lebih lemah..Amanda..you really need to see him..you’re our last hope..selama lima bulan Amanda berhenti kerja..Iz kerap sakit dan dia lebih banyak mendiamkan diri..”ujar Datuk Erwan.Datin Suria hanya mengangguk dan sesekali mengelap air matanya yang menitis.Tiba-tiba Datin Suria memegang tangan Amanda.

“Amanda..walaupun aunty baru kenal Amanda..tapi..aunty tau Iz cintakan Amanda sangat-sangat..dia tak boleh terima yang Amanda tinggalkan dia..dia memang ada cerita pada aunty tentang seseorang yang dia cintai..tapi lepas kejadian yang jadi lima bulan lepas..dia dah tak cerita lagi pasal orang tu..bila aunty tanya dia cakap..hati dia dah hancur dan dia bersalah sangat pada orang tu..”ujar Datin Suria. ‘apa?..Iz cintakan aku?..kenapa dia tak pernah beritahu aku?..kenapa?..’ hati Amanda berkata-kata.

“aunty..uncle..boleh Amanda masuk jumpa Iz?..”soal Amanda kepada kedua orang tua Izzue Aslam.Mereka mengangguk.

Sejurus Amanda masuk ke dalam wad yang menempatkan Izzue Aslam,air matanya sekali lagi menitis.Izzue kelihatan amat kritikal dengan wayar yang berada disana sini dan balutan dikepala.Amanda mendekati tubuh Izzue yang kaku diatas katil tersebut.Hanya sesekali sahaja dada Izzue Aslam turun naik tanda dia masih bernafas namun dia tidak memakai alat bantuan pernafasan kerana keadaannya stabil namun emosinya sahaja yang tidak menyebabkan dia tidak menyedarkan diri lagi selepas pembedahan.Amanda memegang tangan Izzue.Mulutnya didekatkan ditelinga Izzue Aslam.

“Iz..don’t leave me,Iz..saya minta maaf sebab lambat beritahu hal ni Iz..I really..deeply in love with you..selepas saya tinggalkan awak baru saya sedar tentang perasaan saya..saya tahu awak cintakan saya juga..sedarlah Iz..saya janji tak akan tinggalkan awak lagi..”Amanda menangis tersesak-esak.Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Izzue Aslam yang tenang namun ada kesan calar dipipi lelaki itu.

“saya cintakan awak,Iz..sepenuh hati saya..sedarlah,abang..”ujar Amanda dalam tangisnya lalu perlahan bibirnya bersatu dengan bibir Izzue Aslam.Setitis air matanya jatuh ke pipi Izzue Aslam.Amanda menjauhkan dirinya dari Izzue sebelum berjalan kearah pintu masuk.

“A..Amanda..”tiba-tiba kedengaran sura serak dari katil Izzue.Amanda berpusing kearah suara tersebut.Kelihatan Izzue Aslam sudah menyedarkan diri.Amanda pantas menekan butang ditepi katil bagi memanggil doktor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience