Walaupun baru memulakan kerja pada hari itu Amanda telah berjaya mendapat ramai kenalan.
“okay Amanda..ini tempat saya buat masa ni tapi lepas sepuluh hari awak akan ambil alih kerja saya sebab tu saya kena turunkan segala ilmu saya ni secepat mungkin pada awak memandangkan bos kita tu agak cerewet walaupun baik hati..”ujar Liya sambil tersengih-sengih memuji bos mereka itu. ‘so far..sepanjang hari aku kat sini dah dekat satu level ni asyik duk puji-puji bos mereka tu..isyy..nak juga aku kenal dengan bos diorang a.k.a bos baru aku tu..’.Sedang Liya mengajar Amanda serba sedikit tentang kerja yang patut dia lakukan,interkom di meja tersebut berbunyi.
“ye bos?..”soal Liya kepada bos mereka ditalian.Amanda hanya memerhati Liya yang sedang bercakap sesuatu kepada bos mereka itu sambil sekali sekala tergelak. ‘mak ai..dengan bos boleh bergayut macam cakap dengan boyfriend..biar betul kak Liya ni..bukan ke dia tu dah kahwin?..erm..ni kena siasat ni..’hati Amanda berkata-kata dan secara spontannya dia mengerutkan dahinya sambil mengusap-usap dagunya seperti gaya seorang detektif.Liya hanya menggelengkan kepalanya. ‘ada..ada aje budak ni..boleh pula dia mengelamun..dah tu siap dengan gaya pula tu..Amanda..Amanda..’hati Liya berkata-kata sejurus dia mematikan perbualannya bersama Izzue Aslam.
“Amanda..hello..are you still here?..”soal Liya dengan senyuman sambil melambai-lambai dihadapan Amanda.Secara automatik Amanda tersedar dari lamunannya.
“amboi anak dara..tak elok tau mengelamun macam tu..”tegur Liya namun senyumannya masih tidak lekang dibibir.
“tak ada la kak..saya pelik la..bos tu dengan akak ada kaitan ke?..”soal Amanda dengan memek muka seakan-akan mempunyai masalah negara yang tidak dapat diatasi.
“maksud awak..kaitan macam mana?..”soal Liya dengan keningnya yang sedikit terangkat seperti gaya Ziana Zain.
“maksud saya..erm..erm..macam..err..akak jangan mara tau..err..macam ada scandal jerr..”ujar Amanda takut-takut.
“hoii..mana ada..suka hati awak je..akak ni lebih tua dari dia tu sepuluh tahun tau..dah kahwin lagi tu..ni hah baby siapa pula ni?..”soal Liya sambil menunjuk kearah perutnya yang sedikit memboyot.
“oohh..hehe..sorry..tapi..tapi..kalau akak cakap akak lebih tua dari dia tu..maksudnya dia tu muda la sebab akak nampak macam masih muda je..”ujar Amanda sambil menunjuk kearah bilik bos mereka yang terletak berdekatan dengan meja mereka.
“ooh..akak nampak muda eyh?..thanks dear..love you..hihi..ye..bos kita tu anak kepada pemilik syarikat ni..so sebab tu la dia masih muda dan dapat jadi CEO kat sini..hah..kalo nak kenal dengan bos besar..tu hah..dia duduk kat tingkat tiga bangunan ni..”beritahu Liya sambil menunjuk kearah atas tanda bos besar mereka iaitu Datuk Erwan,bapa kepada Izzue Aslam.Sedang mereka berdua bergelak ketawa,tiba-tiba meja mereka diketuk sedikit.Liya yang sedang duduk di kerusi terus berdiri tegak seperti seorang askar manakala Amanda hanya menurut sahaja pergerakan ‘sifu’nya itu.
“selamat pagi,Datuk..”ucap Liya dengan senyuman dibibir.
“hisyy..awak ni..lupa ke awak tu tengah sarat mengandung..slow-slow la sedikit..seram saya tengok awak berdiri laju-laju macam tu..”tegur Datuk Erwan sambil matanya sekali-sekala melirik kepada Amanda.
“hihihi..lupa pula..”ujar Liya sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Amanda hanya senyum dan menunduk sedikit kearah bos besar mereka itu tanda hormat.
“ni siapa pula?..tak pernah tengok pun sebelum ni..”soal Datuk Erwan penuh minat.
“ooh..lupa nak kenalkan pada Datuk..ni Nelydia Amanda..penganti saya sewaktu saya bercuti nanti..”beritahu Liya ramah.
“oohh..”belum sempat Datuk Erwan menyambung ayatnya,tiba-tiba pintu bilik bos muda mereka itu terbuka.
“papa..kenapa berdiri kat situ?..”soal Izzue Aslam lalu berjalan kearah eja setiausahanya itu.Wajah Amanda beruba apabila melihat gerangan bos mereka itu. ‘mak ai..mamat sengal tu?!..bos aku?!..’hati Amanda menjerit.Kedudukan Amanda sedikit tersorok disebalik pokok hiasan membuatkan Izzue Aslam tidak perasan akan kehadirannya.Datuk Erwan hanya tersenyum melihat gelagat Amanda yang semakin lama semakin menyembunyikan dirinya dibelakang pokok tersebut apabila melihat anak terunanya itu menghampiri meja Liya.
“hah..Liya..mana pekerja yang awak nak kata dah start kerja hari ini tu?..”soal Izzue Aslam.
“ni dia..”ujar Liya sambil menunjuk disebelahnya.
“hah..awak ni biar betul? saya tengok ada pokok je..”jawab Izzue Aslam sambil mengerutkan dahinya.Datuk Erwan sudah menutup mulut menahan tawanya.Liya mengerutkan dahinya lalu memandang kearah kirinya ternyata apa yang dikatakan oleh Izzue Aslam adalah tepat.Liya menepuk dahinya.
“kejap eyh Encik Izzue..”ujar Liya sambil tersenyum sedikit.Dia terus menarik Amanda yang sembunyi dibelakang pokok tersebut.
“ehh..tak apa la kak..saya malu la..”ujar Amanda perlahan namun masih didengari oleh Datuk Erwan dan Izzue Aslam.
“hey..jangan ngada-ngada la nak malu-malu pula..”balas Liya sambil menarik Amanda keluar dari belakang pokok hiasan tersebut.Akhirnya Amanda tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi. Sejurus dia keluar dari belakang pokok tersebut dia terus tersengih bagai kerang busuk kearah Izzue Aslam yang sudah membulatkan matanya sambil menghalakan jari telunjuknya kepada Amanda.
“awak?!..”
“hehe..hai..kita berjumpa lagi Encik Izzue Aslam..”ujar Amanda sambil melambai dihadapan Izzue Aslam seperti sudah lama berkenalan namun diwajahnya jelas kelihatan wajah kepura-puraan.Tiba-tiba Datuk Erwan tergelak kuat.Amanda,Liya dan Izzue Aslam mengerutkan dahi mereka lalu memandang Datuk Erwan yang masih dengan sisa tawanya.
“kenapa papa ketawa?..”soal Izzue Aslam pelik.
“nothing..I like her..she’s so cute and funny..”ujar Datuk Erwan sambil memandang wajah Amanda dan Izzue silih berganti.
“huh?..cute?..funny?…oh my gosh papa..Iz rasa papa dah silap menilai ni..”ujar Izzue Aslam sinis sambil memandang wajah Amanda.Amanda hanya tersenyum kelat sebelum tertunduk. ‘hah..amik kau Amanda..tadi bukan main lagi kau kutuk dia..tengok sekarang..dia dah jadi bos kau..hah..terpaksa diam aje la..’hati Amanda mengutuk dirinya sendiri.
“Izzue Aslam..kan papa dah kata never messed up personal matter and our job..”tegur Datuk Erwan kepada anaknya.
“erm..ye la papa..hah..papa jom la masuk bilik Iz..ada benda nak bincang ni..”
“erm..okay..Iz masuk dulu..papa ada benda nak cakap dengan Amanda..”balas Datuk Erwan sambil tersenyum kepada anaknya.Izzue Aslam hanya mengangguk lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya.
“erm..Amanda..jangan ambil hati ya dengan kata-kata Iz tadi..dia tu memang kurang matang sikit..maklumlah anak tunggal jadi manja dia lebih sikit..by the way..selamat bekerja..nanti kalau ada apa-apa Amanda boleh beritahu pada Liya,Iz atau kalau tak pun uncle..okay?..”soal Datuk Erwan mesra.
“erk..baik,Datuk..”jawab Amanda agak kekok kerana Datuk Erwan membahasakan dirinya sebagai ‘uncle’. ‘mak ai..kenapa dengan Datuk ni..baik sangat..siap ber ‘uncle-uncle’ lagi dengan aku..tengok anak dia tu..huh..jauh panggang dari api..’monolog Amanda.Datuk Erwan hanya tersenyum lalu masuk ke bilik anaknya.Liya turut tersenyum melihat kemesraan bos-bosnya itu.Mereka berdua memang baik sekali jika hendak dibandingkan dengan bos-bos dari syarikat lain kerana di syarikat ini Izzue Aslam dan Datuk Erwan melayan pekerja mereka seperti kawan-kawan menyebabkan mereka lebih senang bekerja dengan dua orang bos itu.
“kak Liya..Datuk tu memang mesra alam eyh?..”soal Amanda pelik.
“ye Amanda..Datuk,Datin dan Encik Izzue tu memang baik sangat…sebab tu la akak masih bertahan sampai sekarang bekerja kat sini dari masa akak baru graduate dulu..”beritahu Liya. ‘ohh..macam tu rupanya..’.
Share this novel