Beberapa minit kemudian,doktor mengesahkan keadaan Izzue yang sudah stabil namun dia masih lemah.Dia juga telah dipindahkan ke wad biasa.Amanda sahaja yang masih belum dijumpainya selepas dia menyedarkan diri.Sedang Amanda duduk dihadapan wad Izzue,Datuk Erwan dan Datin Suria keluar dari wad tersebut bersama senyuman.
“Amanda..he wants to meet you..”ujar Datuk Erwan dengan senyuman gembira.Datin Suria turut tersenyum.
“aunty tau Amanda adalah harapan kami selain doa..”bisik Datin Suria ketika Amanda ingin memasuki wad tersebut.
Amanda menolak pintu wad tersebut dan kelihatan Izzue Aslam sedang duduk sambil memandangnya tajam.Amanda menunduk namun jaraknya amat jauh dari katil Izzue Aslam.
“Amanda..come here..”ujar Izzue Aslam serius.Amanda mendekatkan diri beberapa tapak.
“closer Amanda..”ujar Izzue Aslam lagi. ‘hisy..mamat ni..sedar je terus nak buli aku..geram betul..nasib baik aku sayang tau..kalu tak dah lama aku simbah air kat dia bagi lemas..’hati Amanda merungut.Amanda berdiri dihujung katil Izzue Aslam.
“here,Amanda..closer..”ujar Izzue Aslam sambil menunjuk ke sebelahnya.Amanda menunduk lalu berjalan kearah yang ditunjuk Izzue Aslam.Izzue Aslam menaikkan dagu Amanda agar gadis itu memandang ke matanya.
“kenapa awak pergi dari hidup saya,Amanda?..”soal Izzue Aslam serius.Amanda menelan liurnya. ‘alamak..soalan apa ni?..macam mana nak jawab..’.
“err..sebab saya pergi sambung belajar?..”ujar Amanda sambil membuat muka seposen seperti tidak bersalah.Izzue Aslam menahan tawanya. ‘ada aje jawapan dia ni tau..Amanda..Amanda..sebab tu la aku sayang gila kat kau ni tau..’hati Izzue berkata-kata.
“ohh..sibuk betul ek awak belajar sampai saya call berkali-kali awak tak jawab..”ujar Izzue Aslam selamba menggunakan nada yang sama seperti Amanda.Amanda mengangkat keningnya sambil terangguk-angguk mengiakan apa yang diperkatakan oleh Izzue Aslam.
“okay..then..saya nak tanya awak satu lagi soalan..apa yang awak buat pada saya tadi?..”soal Izzue Aslam dengan mata yang dikecilkan sedikit.Pipi Amanda membahang namun dia masih memandang mata Izzue dengan muka selamba.
“erm..apa maksud awak?..mana ada saya buat apa-apa..saya masuk wad awak..then saya keluar sebab awak dah sedar..tu aje..”ujar Amanda selamba.Izzue Aslam cuba menahan tawanya namun akhirnya dia tewas.Dahi Amanda berkerut.
“kenapa awak ketawa?..lawak ke jawapan saya?..”soal Amanda.Izzue Aslam mendekatkan wajahnya ke Amanda sehingga jarak mereka hanya beberapa inci sahaja.
“awak tahu tak..sebab awak yang cute ni la saya seribu kali jatuh cinta pada awak..”ujar Izzue Aslam sambil memandang tepat ke anak mata Amanda.Perlahan air mata Amanda menitis kerana terharu.Izzue Aslam mengusap air mata Amanda perlahan.
“will you marry me,Amanda?..”ujar Izzue Aslam melamar.Amanda tergamam namun perlahan dia mengangguk sambil tersenyum.Izzue Aslam terus menarik Amanda ke dalam dakapannya.
“I know you’ll become my wife one day,Amanda..I really love you..promise me that you’ll never leave me again until the end of our life..”ujar Izzue Aslam.
“I promise,Iz..and you also promise me that you’ll never hurt my feelings again and protect me with you love..”ujar Amanda yang membalas pelukan Izzue Aslam.
“I promise,Amanda..I really sorry for what have I done to you..”ujar Izzue Aslam dalam nada penyesalan.Pelukan dirungkaikan.Amanda kembali memandang mata Izzue.
“but..saya pun minta maaf pada awak..”ujar Amanda perlahan dengan pipi yang merah padam.
“kenapa?..”
“sebab tadi tu..”ujar Amanda perlahan sambil menunduk.Izzue Aslam sudah menangkap apa yang dimaksudkan oleh Amanda pantas mendapat idea untuk mengenakan gadis itu.
“tadi?..kenapa dengan tadi?..awak ada buat apa-apa ke pada saya?..”soal Izzue Aslam seperti tidak mengerti apa-apa.
“err..tak ada apa-apa la..”ujar Amanda dengan wajah yang masih merah padam.Izzue Aslam tergelak nakal.
“saya tak dapat balas perbuatan awak tu sekarang..tunggu nanti lepas kahwin..saya akan bagi lebih dahsyat dari yang awak buat kat saya tadi..by the way..I like when you call me ‘abang’..”bisik Izzue Aslam ke telinga Amanda membuatkan pipi Amanda semakin memerah.
‘alamak..bomba..superman..spiderman..bad man..iron man..tolong aku..macam mana dia boleh dengar tadi..malunya..’.Tiba-tiba kedengaran deheman dari pintu masuk wad tersebut.Amanda bangun dari duduknya disebelah Izzue Aslam namun Izzue pantas menarik pergelangan tangan Amanda sehingga gadis itu terduduk kembali dikatil tersebut. ‘alamak..mamat ni..time ni la nak tunjuk kasih sayang dia tu..depan mak bapak dia pula tu..memang nak makan sup selipar dari Jepun..’hati Amanda berkata-kata.“amboi..dah dapat jumpa kekasih terus lupa kat papa dan mommy ke?..”usik Datin Suria.
“tak lupa..tapi kena ikat dulu cik adik kita ni kuat-kuat..nanti takut lari pula..kesian Iz nanti kena pendam perasaan ni..silap-silap boleh meroyan kalau dia lari..”balas Izzue Aslam selamba.Amanda hanya menunduk kerana malu.
“so..I guess..there’ll be a wedding in this year..”ujar Datuk Erwan sambil tersenyum gembira.
“no papa..there’ll be a wedding in this month..”ujar Izzue Aslam memperbetulkan bapanya.Mata Amanda membulat lalu dia memandang Izzue Aslam.
“sayang..jangan la buat muka macam tu..tau la dia comel..kenapa?..is it too long for you?..okay then..next week,nikah..”ujar Izzue Aslam kepada Amanda dengan senyuman.Datuk Erwan dan Datin Suria sudah tersenyum simpul melihat mereka berdua.
“hey..cop..cop..cop..kenapa cepat sangat?..kot ye pun..tunggu la awak dah sembuh sikit..”ujar Amanda dengan nada tidak puas hati.
“tak nak juga..saya nak kahwin dengan awak secepat mungkin..lagi satu..saya cuma cedera kat kepala dan tangan je..kaki masih okay lagi..so I don’t care..saya nak nikah dengan awak minggu depan juga..”ujar Izzue Aslam seperti anak kecil.
“Iz..jangan la degil..nanti kalau awak sakit macam mana?..lagi susahkan..tunggu bulan depan je la..”ujar Amanda memujuk.Izzue Aslam sudah memasamkan mukanya tanda protes.
“okay..okay..jangan gaduh..isy..korang ni..tadi bukan main loving-loving..ni dah gaduh..macam budak-budak..macam ni la Amanda..Iz..kita tengok dulu apa doktor kata..kalau keadaan Iz dah stabil dan okay..kita ikut cadangan Iz..tapi kalau tak..kita ikut cadangan Amanda,okay?..Iz pun kalau nak nikah cepat kenalah cepat sembuh..kaki awak tu memang la okay tak patah tapi retak..so awak kena rehat dulu sempai kaki tu dah okay..”ujar Datin Suria.Amanda hanya mengangguk tanda setuju dengan cadangan Datin Suria.
“so,Iz..are you agree with me?..”soal Datin Suria.
“erm..ye la..tapi Iz nak Amanda yang jaga Iz sepanjang masa Iz nak sembuh ni..”ujar Izzue Aslam dalam nada seakan-akan merajuk.
“tapi..lagi beberapa hari saya dah nak kena masuk belajar dah..”ujar Amanda.
“ahh..tak kira juga..saya nak awak yang jaga saya..”ujar Izzue Aslam seperti anak kecil.
“okay..okay..nanti uncle bincang dengan ayah dan mak Amanda..”ujar Datuk Erwan.Amanda tersenyum lalu mengangguk.
“papa..”ujar Izzue Aslam tiba-tiba.
“apa?..”soal Datuk Erwan.
“tak..Amanda patut panggil papa tu papa bukan uncle..dan aunty tu tukar pada mommy..okay?..”ujar Izzue Aslam sambil memandang Amanda yang duduk disebelahnya.
“erm..betul tu..Amanda kena panggil mommy dan papa mulai sekarang..”ujar Datin Suria.Amanda hanya tersenyum.Izzue turut tersenyum melihat Amanda.Kini dia sudah bisa mengambil nafas lega kerana tak lama lagi dia bakal disatukan dengan gadis yang amat dicintainya itu.Tangannya mengenggam kemas tangan Amanda walaupun gadis itu menjengkelkan mata kepadanya.Saat itu dia berasa amat bahagia disamping Amanda yang bakal menjadi miliknya secara sah tidak lama lagi.
Share this novel