BAB 14

Romance Completed 14841

Hari-hari berikutnya berjalan seperti biasa namun Amanda agak pelik dengan perubahan sikap Izzue Aslam yang seperti tidak mengenalinya.Mereka berdua hanya bercakap mengenai kerja sahaja dan tiada sebarang gurauan malah Izzue Aslam sudah tidak rapat dengannya sebagai seorang kawan lagi.Suatu hari Amanda berkira-kira untuk bertanya kepada Izzue Aslam yang kelihatan tekun membuat tugasannya.Amanda berdehem beberapa kali membuatkan Izzue Aslam menoleh kearah Amanda.Amanda membuat lambang ‘peace’ lalu tersenyum comel namun Izzue Aslam hanya memandng dengan wajah serius sebelum meneruskan kerjanya.Akhirnya Amanda bangun dan duduk di kerusi yang terletak dihadapan meja Izzue Aslam.

“Encik Izzue…”panggil Amanda namun Izzue Aslam tidak memberi sebarang reaksi.

“Encik Izzue Aslam..”panggil Amanda lagi dengan nada yang lebih manja membuatkan Izzue Aslam memandang kearah Amanda dengan wajah serius.

“awak nak apa ni?..jangan ganggu saya boleh tak?..awak ni tak ada kerja ke?”soal Izzue Aslam dengan wajah tegang.

“maaflah..tapi saya cuma nak tanya awak aje..kenapa awak dah berubah?..awak dah tak suka saya kerja kat sini ke?..”soal Amanda dengan nada sedih.

“Amanda..saya suka atau tak itu tak menjadi masalah sebab dalam pekerjaan..walaupun seorang bos tak sukakan pekerja dia,dia tetap tak boleh nak berhentikan pekerja dia sesuka hati..”ujar Izzue Aslam.

“habis tu kenapa awak berubah sampai macam ni sekali?..mana Izzue Aslam yang sebelum ni?..mana dia yang baik hati?..yang selalu usik saya?..mana?..kalau saya salah awak beritahulah saya..saya dah tak sanggup nak menghadap awak yang dingin aje macam ni..”ujar Amanda dalam nada sebak.Izzue Aslam tergelak sinis.

“awak sedih?..kalau awak rasa saya ni dah tak macam dulu lagi..why not awak pergi je dengan boyfriend awak tu?..mana tahu awak tak perlu bekerja macam sekarang lagi..awak just..just serahkan diri awak aje awak dah boleh dapat gaji yang lumayan..”ujar Izzue Aslam dengan perasaan marah.Amanda tercengang.

“sampai hati awak cakap macam tu..awak ingat saya ni apa?..pelacur?..tak ada maruah macam tu sekali..saya tak sangka awak macam ni sekali Izzue..saya betul-betul tak sangka awak akan cakap saya macam ni sekali..dah la Izzue..mungkin sudah tiba masanya saya berhenti..saya cuba berbaik dengan awak tapi ini yang awak cakap pada saya..thank you so much la Izzue sebab mengingatkan saya supaya sedar diri..sedar yang awak tu tak layak pun rapat dengan saya..”ujar Amanda dengan air mata yang mula mengalir laju.Izzue Aslam hanya mendiamkan diri.Dia berasa serba salah namun kerana ego yang tinggi,dia tidak memujuk Amanda.Amanda berjalan kearah mejanya lalu mengeluarkan satu sampul surat dan diletakkan diatas meja Izzue Aslam.

“apa ni?..”soal Izzue Aslam kasar.

“surat berhenti kerja..”jawab Amanda dalam tangisnya.

“oohh..maksudnya betul la sangkaan saya kan?..yang awak nak bekerja dengan jantan awak tu kan?..hah..pergi la..pergi kalau awak rasa awak tu bagus sangat..”ujar Izzue Aslam.

“stop it Izzue…Stop it..saya berhenti bukan sebab sesiapa..saya berhenti sebab saya dapat surat tawaran sambung belajar..and one more thing..jangan sesekali panggil abang saya dengan panggilan ‘jantan’ itu..awak nak hina saya,saya masih boleh sabar tapi bukan keluarga saya..”ujar Amanda lalu keluar dari ruangan Izzue Aslam selepas mengambil beberapa barangan miliknya.Izzue Aslam meraup wajahnya kasar. ‘apa yang aku dah buat ni?…kenapa aku tergamak cakap macam tu pada dia?..aku tak sanggup kehilangan dia..’hati Izzue Aslam merintih dan akhirnya setitis air mata lelakinya menitis buat gadis yang bernama Amanda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience