BAB 10

Romance Completed 14841

Amanda tersedar dari lenanya apabila terdengar bunyi muzik sentimental.Matanya dibuka luas. ‘eh..aku kat mana ni?..’hati Amanda tertanya-tanya.Segera dia menegakkan badannya.

“hah..dah bangun pun..ingat nak tidur terus tadi..”ujar Izzue Aslam yang sedang memandu.Amanda mengelipkan matany beberapa kali untuk mengingat apa yang terjadi.

“ehh..Encik Izzue..bukan ke tadi kita kat pejabat?..macam mana saya boleh sampai kat sini?..jangan-jangan..”pantas Amanda menutup mulutnya lalu memeriksa pakaiannya samaada masih lengkap ataupun tidak.Wajahnya kelihatan cemas menyebabkan Izzue Aslam tergelak kuat.Amanda menjengkelkan matanya kearah Izzue Aslam yang galak mengetawakannya.

“awak ni kalau sekali tak buat saya rasa nak tergelak,tak boleh ke?..”soal Izzue Aslam dalam sisa tawanya.Amanda mencebikkan bibirnya.

“hah..tu mencebik-mencebik..saya cium nanti baru tau..”usik Izzue Aslam.Amanda menekup mulutnya lalu menjauhkan sedikit kedudukannya walhal dia sedang duduk disebelah pemandu,semestinya dia akan rapat dengan Izzue Aslam. Isy..dia ni dah buang tabiat ke apa?..ada juga yang kena panampar gila ni..’hati Amanda berkata-kata.Geram juga dia dengan perangai Izzue Aslam yang agak pelik pada malam ini yang berbeza sekali dengan layanan lelaki itu sebelum ini.

“Encik Izzue..tolong la beritahu kita nak pergi mana ni?..kata tadi nak pergi meeting dengan klien..sekarang ni dah dekat pukul sembilan malam dah..satu batang hidung klien pun kita belum jumpa..encik jangan main-main dengan saya ye..walaupun saya ni kecik macam ni tapi banyak ilmu mempertahankan diri yang saya dah belajar tau..”ujar Amanda geram.

“Amanda..awak tak pernah rasa penat ke asyik nak bergaduh dengan saya je?..saya rasa macam dah penat la nak gaduh dengan awak..apa kata kita berbaik-baik?..nak?..”soal Izzue Aslam kepada Amanda dengan nada mengharap.Amanda terdiam seketika untuk memikirkan apa yang dikatakan oleh Izzue Aslam.Tiba-tiba Amanda meletakkan tangannya ke dahi Izzue Aslam manakala sebelah lagi tangannya diletakkan didahinya.

“awak ni dah kenapa?..”soal Izzue Aslam lalu mengalihkan tangan Amanda.Sebenarnya dia agak berdebar apabila tangan gadis itu menyentuhnya sebentar tadi.

“tak ada la..saya nak check je mana la tau encik demam ke apa ke..”ujar Amanda.

“hah..lagi satu..saya tak suka la awak panggil saya dengan panggilan ‘encik’ tu luar waktu bekerja.”ujar Izzue Aslam.Kereta yang dipandunya dibelokkan memasuki parkir.Baru Amanda perasan bahawa mereka berdua sedang memasuki tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah.

“ehh..encik..ops..awak nak bawa saya pergi mana ni?..kenapa klien kita pilih tempat pelik-pelik macam ni pula?..”soal Amanda dengan wajah pelik.

“Amanda..awak ni masih tak dapat tangkap lagi ke?..klien kita tu tak ada pun..dan sejujurnya tak ada meeting pun hari ni..”ujar Izzue Aslam tenang.

“laa..kalo tak ada baik saya balik aje petang tadi..buang masa je saya tunggu tadi kat pejabat lama-lama..”rungut Amanda.

“hey..awak patut rasa bangga tau saya ajak awak keluar malam ni..date dengan bos..tak suka ke?..”soal Izzue Aslam sambil tersenyum.

“hurm..suka tu memang la suka..eehh..kejap..kejap..awak tadi cakap apa?..date?..biar betul?!..”ujar Amanda dalam nada kurang percaya.

“awak tak percaya?..sebenarnya saya pun tak percaya..tapi lama-lama nanti awak akan tahu sesuatu yang awak betul-betul rasa tak masuk akal langsung..saya pun pada mulanya macam tak percaya tapi lama kelamaan saya memang kena percaya..”ujar Izzue Aslam teruja.Dahi Amanda sudah berkerut-kerut apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Izzue Aslam. ‘hisy..terbelit-belit macam ular ayat dia pening kepala aku..yang aku paham cuma percaya je..apa yang diperaya tu pun aku tak tahu..”hati Amanda bermonolog sendirian.

“dah..jom kita jalan..sampai bila nak berbual aje macam ni..kita simpan dulu apa yang kita nak cakap kejap lagi kita sambung,ya?..”soal Izzue Aslam lalu keluar dari perut kereta sebelum membukakan pintu kereta buat Amanda.Amanda mengelip-ngelipkan matanya. ‘biar betul ni?..’

Pipinya ditampar untuk menyedarkannya. ‘eh..aku tak mimpi la..kenapa dia pelik macam ni?..’

“Amanda..kenapa awak tampar pipi awak tu?..dah cepat la keluar..kita nak tengok wayang lagi 20 minit ni..”ujar IzzueAslam. ‘Manda..kau ikut je la mamat sengal ni..’.Amanda hanya akur sahaja dengan permintaan Izzue Aslam.

Malam itu mereka berdua telah melalui satu malam yang penuh dengan gelak tawa dan kenangan bersama.Pada Amanda pula,dia bagai tidak percaya bahawa yang bersamanya pada malam itu adalah Izzue Aslam yang dikenalinya sebelum ini.Izzue Aslam yang dikenalinya adalah seorang yang amat menyakitkan hati dan selalu membulinya tapi pada malam itu dia akui bahawa lelaki itu sedikit sebanyak menunjukkan sisi kebaikan yang ada pada lelaki itu.Pada Izzue Aslam pula,dia memang sudah jatuh cinta pada Amanda tanpa dia ketahui sejak bila namun perasaannya amat kuat kepada gadis itu membuatkan dia nekad untuk membuat Amanda merasai apa yang dirasainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience