Jam sudah menunjuk ke angka 6 petang.Dan ketika itu hanya dia dan Izzue sahaja yang tinggal di tingkat itu.Sebentar tadi Amanda sudah memaklumkan ibunya tentang kelewatannya hari itu dan syukur Puan Melinda menerima alasan anak bongsunya itu.Amanda mengikat rambutnya satu sebelum berjalan menuju ke bilik Izzue.Pintu diketuk.
“masuk..”
“erm..encik Izzue..meeting tu bukan ke patutnya start dalam pukul tujuh?..” soal Amanda sedikit berhati-hati sejak kejadian yang agak ‘mengerikan’ tadi.Izzue Aslam yang sedang menyelak-nyelak helaian dokumen itu pantas memandang wajah Amanda yang kelihatan letih. ‘kesian dia..penat agaknya..’hati Izzue Aslam berkata-kata.
“sekejap ya..saya ada sedikit lagi dokumen nak tanda tangan..awak duduk la dulu kat sofa tu..”ujar Izzue Aslam.
“ehh..tak apa la encik Izzue..saya tunggu kat luar je..”tolak Amanda.Izzue Aslam memandang Amanda dengan wajah tidak puas hati dan kemudian wajahnya kembali tenang.
“kalau awak terdengar bunyi apa-apa awak jangan takut tau..awak bacalah ayat apa-apa..biasanya petang-petang ni memang ada ‘benda’ tu kat syarikat kita ni..”ujar Izzue Aslam selamba.Amanda mula mengerutkan wajahnya tanda dia sudah terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Izzue Aslam.
“betul ke encik Izzue?..”soal Amanda dengan nada cemas.Amanda memang seorang penakut.Alangkah dirumahnya sahaja dia harus tidur berteman inikan pula di tempat lain.
“betul la..awak tengok muka saya ni macam penipu ke?..”soal Izzue Aslam meneruskan lakonannya.
“erm..okay la kalau macam tu encik Izzue..saya tunggu encik Izzue kat sini je la..”ujar Amanda lalu duduk di sofa yang terdapat diruangan itu.
Share this novel