BAB 3

Romance Completed 14841

Beberapa minit kemudian Amanda tersedar dari tidurnya dan melihat-lihat kawasan disekelilingnya. ‘alamak..dah lepas satu perhentian..aduh.. macam mana boleh tertidur ni..Manda..Manda..betul-betul macam panda’hati Amanda mengutuk dirinya.Butang merah yang terdapat didalam bas tersebut ditekan serentak itu juga kedengaran seseorang turut menekan butang yang sama.Amanda melihat gerangan yang menekan butang tersebut,ternyata ianya Izzue Aslam yang kelihatan sedikit kelam kabut.Sejurus bas berhenti,Izzue Aslam dan Amanda bertolakkan di pintu bas tersebut.

“isyy..kau ni boleh tak ketepi..aku dah lambat ni..dah la terlepas satu station..tepi lah!..”ujar Izzue dalam keadaan kelam kabut.

“hey..dey..nak turun bas pun mau gaduh ka?..sorang-sorang la turun..”ujar pemandu bas dengan nada sedikit marah.Akhirnya Amanda terpaksa membenarkan Izzue Aslam pergi dahulu maklumlah kerana yang tua harus dihormati,yang muda harus disayangi jadi Amanda hanya akur pada arahan pemandu bas tersebut.

“thank you uncle..”ujar Amanda lemah kepada pemandu bas tersebut.Ini adalah salah satu kebaikan dan nilai-nilai murni yang ada pada Amanda iaitu berterima kasih dan mesra alam kerana sejak dari kecil lagi ibubapanya telah mendidik mereka adik beradik untuk sentiasa berterima kasih kepada sesiapa yang telah membantu mereka walaupun mereka membayar untuk mendapatkan sesuatu.

“welcome..tapi nanti adik..ini uncle mau kasi nasihat sikit la..adik manis…tak baik gaduh-gaduh..nanti lama-lama itu cinta jatuh..banyak susah mau bangun la..sama macam uncle dengan isteri uncle..gaduh..punya gaduh..punya gaduh..akhirnya tengok ini gambar..anak suda banyak.”ujar lelaki india itu sambil menunjukkan gambar keluarganya yang terpampang dicermin tingkapnya.Amanda tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal dan beredar dari situ.

‘hisyy..ada-ada aje uncle tu..sibuk je..biar la aku nak gaduh ke apa..ada ke patut dia samakan aku dengan wife dia..isyy..’hati Amanda bermonolog sendirian.Tiba-tiba dia teringat sesuatu. ‘ehh..mana mamat sengal tadi tu ek?..’hati Amanda tertanya-tanya sambil dia melilau-lilau kearah kiri dan kanannya.Setahunya sebentar tadi jejaka yang memperkenalkan dirinya sebagai Izzue Aslam ada menyebut bahawa dia tertinggal satu perhentian.Tiba-tiba Amanda menepuk dahinya. ‘alamak..macam mana aku boleh lupa ni..aku pun tertinggal satu perhentian..’.Amanda segera menahan sebuah teksi sebelum dia dibawa ke destinasinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience