BAB 4

Romance Completed 14841

Izzue Aslam masuk ke pejabatnya selepas tamat mesyuarat dengan pagawai dari syarikat mereka dicawangan lain.Tali lehernya dilonggarkan sedikit sebelum dia duduk di kerusinya.Interkom ditekan.

“Liya..masuk office saya sekejap..”arah Izzue Aslam kepada setiausahanya.

“baik ,Encik Izzue..”ujar Liya.Beberapa minit kemudian pintu biliknya diketuk dari luar.

“masuk..”ujar Izzue Aslam.Liya membuka pintu bilik bosnya itu sebelum masuk dengan membawa buku catatan.Izzue Aslam memandang wajah setiausahanya yang sudah sarat mengandung itu dengan wajah simpati.

“Liya..dah berapa kali saya cakap dengan awak..ambil je cuti..saya tengok perut awak tu dah macam nak ter ‘bersalin’ je..”ujar Izzue Aslam dengan penuh prihatin.Liya hanya tergelak kecil.

“Encik Izzue..kalau saya cuti sekarang nanti baby lahir nak bayar pakai apa..suami saya tu dah la kerja biasa-biasa saja..lagipun baby saya ni kembar,Encik Izzue tu yang nampak macam nak bersalin tu..”balas Liya sambil mengusap perutnya dengan wajah keibuan.

“tak apa..tak apa..awak apply je cuti..nanti saya approve..cuti bergaji..jangan risau..pasal papa nanti saya cakap dengan dia..”ujar Izzue Aslam.Senyuman diwajah Liya semakin lebar.

“betul ke ni Encik Izzue..terima kasih banyak-banyak ya..jasa Encik memang akan saya kenang,..Encik la bos yang paling saya sayang..”ujar Liya sedikit teruja.Izzue Aslam turut tersenyum melihat cahaya kegembiraan yang jelas terpancar dari mata setiausahanya yang sudah hampir 7 tahun bekerja disyarikatnya itu.

“sama-sama..anggap ni sebagai hadiah untuk baby awak tu ya..hah..by the way..awak dah iklankan kat surat khabar belum,yang kita nak cari pekerja untuk ganti awak sementara awak cuti?..”soal Izzue Aslam.Liya mengangkat ibu jarinya tanda beres.

“mengikut jadual..hari ini sepatutnya Encik kena ikuti temu duga untuk pemilihan setiausaha tu..”ujar Liya dengan wajah ceria.

“erm..tak apa la Liya..saya serahkan tugas temu duga ni pada awak..lagipun saya busy sikit hari ini..awakkan dah pro dalam hal-hal ni..awak je la yang uruskan..”arah Izzue Aslam.

“baik bos..ada apa-apa lagi?..”soal Liya sambil mencatit sesuatu di buku yang dipegangnya.

“nope..you may go now..tapi pasal cuti awak tu..memandangkan sekarang ni dah masuk 20 haribulan..boleh tak saya bagi awak cuti bermula minggu depan..which is 1 haribulan?..”soal Izzue Aslam.Liya mengangguk.

“bos dah bagi saya cuti pun saya dah bersyukur sangat..jangan risau bos..saya akan turunkan segala ilmu saya ni pada anak didik saya tu dalam masa 10 hari ni..bos jangan risau..everything is going to be just fine..just leave it to me..”ujar Liya menyakinkan Izzue Aslam sebelum beredar dari bilik bosnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience