BAB 7

Romance Completed 14841

Sedar tak sedar sudah masuk bulan yang ketiga Amanda bekerja di syarikat itu..Sejak Amanda mengambil alih tugas Liya,Izzue Aslam kerap membuli Amanda namun gadis itu hanya menurut sahaja segala perintah lelaki itu.Baru sahaja Amanda duduk di mejanya,interkom berbunyi.

“iye Encik Izzue..boleh saya bantu?..”soal Amanda dengan matanya yang memandang ke atas tanda dia sudah bosan dengan perangai bosnya itu.

“masuk bilik saya sekarang..”arah Izzue Aslam.

“tapi Encik saya baru..”belum sempat Amanda menghabiskan ayatnya,Izzue sudah memotong.

“now!!..”ujar Izzue dengan nada yang sedikit tinggi sebelum mematikan perbualan mereka. ‘hisy..hari-hari nak menyakitkan hati..’.Amanda menghentak sedikit kakinya sebelum berjalan menuju ke bilik Izzue Aslam.Pintu diketuk dari luar.

“masuk..”kedengaran suara Izzue Aslam dari dalam.Pintu dibuka dengan malas.

“Iye Encik Izzue..Encik panggil saya ke?..”soal Amanda perlahan.Izzue Aslam tersenyum melihat penampilan Amanda yang comel dimatanya. ‘erm..baju warna peach..I like..sesuai dengan kulit putih dia tu..’hati Izzue Aslam memuji lalu segera dia berdehem sebelum membuat muka serius.

“malam ni…awak kena over time..ada meeting dengan klien dan awak kena ikut sekali..”arah Izzue Aslam.Amanda mengeluh.

“tapi Encik..saya takut mak ayah saya tak kasi pula sebab..saya kena balik naik bas Encik..takkan la saya seorang nak naik bas malam-malam..”ujar Amanda meminta simpati.

“no excuse..bawak sini nombor telefon ayah awak..biar saya sendiri yang beritahu dia yang saya nak bawa awak pergi meeting dan saya sendiri akan hantar awak balik..”ujar Izzue Aslam.Amanda terus membulatkan matanya.

“eehh..tak payah la encik..nanti saya beritahu sendiri..err..lagi satu Encik..saya mushkil la encik..bukan ke encik tak ada kereta macam mana encik nak hantar saya?..”soal Amanda sambil mengerutkan mukanya,memang comel mukanya jika dibuat begitu.Izzue Aslam juga tutut menahan tawanya melihat memek muka gadis dihadapannya itu.

“Amanda sayang oi..saya ni tak bawa kereta bukan bermakna saya ni taka da kereta..”ujar Izzue Aslam selamba.Amanda sudah tergamam. ‘erk..telinga aku salah dengar ke ni?..dia panggil aku apa tadi?..sa..sa..sayanggg…OMG..sah memang Encik Izzue ni dah tak betul..’hati Amanda berkata-kata.

“oohh..hehe..okay la encik..kalau taka da apa-apa saya keluar dulu ye?..”ujar Amanda.

“ehh..ada saya suruh awak keluar?..as usual..saya nak awak buatkan saya milo satu..’arah Izzue Aslam sebelum Amanda keluar dari bilik tersebut.Sejurus pintu bilik Izzue ditutup,Amanda mengomel sendirian sambil kakinya berjalan kearah pantri.Tangannya lincah mengambil mug dan sepeket milo yang berada disitu lalu membancuh air tersebut untuk Izzue.Tiba-tiba dia disapa dari belakang.

“hai,Amanda..”ujar satu suara garau dari belakangnya.Amanda memusingkan badannya dan memandang gerangan yang menegurnya ternyata ianya Razman atau nama samarannya Aman.Jejaka itu adalah antara orang yang rapat dengan Amanda sejak dia berkerja di situ.Sejak ketiadaan Liya,Razmanlah yang kerap menemani Amanda ketika waktu rehat sehingga ramai yang menyangka mereka berdua mempunyai hubungan istimewa.

“hey..Aman..tak de kerja ke?..ni kenapa duk sorang-sorang ni?..”soal Amanda lalu duduk bertentangan dengan Razman.Tanpa dia sedari,dia terlupa akan niat sebenar dia datang ke situ.

“erm..saya ade problem sikit la Amanda..”ujar Razman sambil meraup wajahnya. ‘huh..Aman..kuatkan semangat kau..aku tau kau boleh luahkan perasaan kau pada dia..’hati Razman berkata-kata memberi semangat padanya.

“problem apa tu Aman?..awak boleh kongsi dengan saya..saya kan kawan awak..”ujar Amanda cuba menenangkan hati Razman.Namun Amanda agak tersentak apabila Razman mencapai tangannya yang terletak dimeja itu.Amanda memandang wajah Razman dengan mata tidak berkelip.

“Amanda..saya sebenarnya dah lama suka kat awak..dari sejak pertama kali Liya kenalkan saya pada awak..saya tahu masih awal lagi untuk saya meluahkan perasaan saya tapi..sudi tak awak terima cinta saya?..”soal Razman mengharap.Amanda masih lagi tergamam dengan situasinya.

“tak apa,Amanda..saya akan beri awak masa untuk berfikir..tapi saya harap jawapan awak tidak mengecewakan saya..”ujar Razman. ‘huh..Aman.kau memang kacak,berkarisma,bergaya dan baik..tapi aku tak tahu la nak cakap macam mana..’hati Amanda berkata-kata sendirian namun dia tidak sampai hati untuk mengeluarkan kata-kata tersebut kepada Razman.Tiba-tiba pintu pantri ditolak dari luar.Pantas Amanda menolak tangan Razman yang tadinya elok memegang tangannya.Kelihatan wajah Izzue Aslam yang agak tegang masuk ke dalam pantri tersebut.

“Amanda..mana air yang saya minta tadi?..”soal Izzue Aslam dengan wajah mencuka.Amanda menelan liurnya.

“err..ni dia encik Izzue..”ujar Amanda lalu menghulurkan air milo yang sudah suam-suam kuku kepada Izzue Aslam.Izzue menyentuh mug tersebut sehingga tangannya tersentuh jari jemari Amanda yang memegang tangkai mug tersebut.Amanda sudah tertunduk akibat takut.

“Razman..boleh awak keluar?..saya nak bercakap dengan Amanda sekejap..”arah Izzue Aslam.Razman agak berat hati untuk meninggalkan mereka berdua namun dia terpaksa kerana itu adalah arahan dari bosnya.Sejurus pintu pantri tertutup,Izzue terus mengunci pintu tersebut dari dalam.Amanda agak terkejut dengan tindakan Izzue namun dia hanya berlagak selamba.Amanda meletak semula mug yang dipegangnya ke kabinet.Izzue Aslam mendekati Amanda dengan wajah tegang.Amanda berundur beberapa tapak sehingga dia tersandar ke dinding.Izzue Aslam semakin mendekat sehingga jarak wajahnya beberapa inci sahaja dari Amanda.

“awak..jangan berani-berani nak main cinta dengan mana-mana pekerja kat sini ya..ini adalah amaran dari saya..faham?”ujar Izzue Aslam tegas namun nadanya seakan-akan berbisik.Amanda mengangguk perlahan.Namun Izzue Aslam bagai tidak berpuas hati dengan Amanda,dia meletakkan tanganya ke dinding dan menghalang Amanda untuk beredar dari situ.Wajah Amanda sudah pucat lesi akibat ketakutan.

“awak faham ke tak ni?..”soal Izzue Aslam sedikit keras.

“fa..faham..en..encik Izzue..”jawab Amanda.Izzue Aslam tersenyum puas.Rambut Amanda yang sedikit menutupi wajah Amanda ditolak kebelakang.Izzue Aslam menelan liurnya ketika matanya memandang tepat ke wajah putih kemerah-merahan milik Amanda. ‘cantiknya…baru aku perasan tentang kecantikan budak ni..’.Pantas Izzue Aslam menjauhkan dirinya dari Amanda.Jantung Amanda turut berdegup kencang selepas kejadian sebentar tadi.Izzue Aslam membetulkan kolarnya kemejanya sedikit.

“ingat pesan saya tadi tu..awak jangan ingat apa yang jadi dalam syarikat ni saya tak tahu..kalau saya tahu awak bercinta dengan mana-mana pekerja..siap awak..”ujar Izzue Aslam ketika mengambil mug yang berisi milo yang sudah sejuk lalu keluar dari ruangan itu.Amanda terduduk di kerusi pantri. ‘kenapa dengan dia tu siap nak bagi amaran segala..aku rasa tak salah pun kalau bercinta dengan mana-mana orang..kak Ayu tu bercinta dengan encik Ishak..tak nak pula dia beri amaran segala..pelik betul la mamat sengal tu..’hati Amanda berkata-kata sebelum dia membetulkan rambutnya sedikit sebelum kembali ke tempatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience