BAB 2

Romance Completed 14841

“bukan Islam tapi Aslam la..”ujar Izzue memperbetulkan namanya.

“hah..apa-apa je la..awak tu yang duduk situ kenapa?..saya yang nak duduk dulu..lagipun saya bukan nampak awak pun tadi..so saya bukan sengaja pun kan?..”ujar Amanda.

“lagi satu..awak kata nama awak Izzue Aslam?..hahaha..agaknya mak awak ni memang dah silap..patutnya letak Mangkuk Tingkat ke atau Tempayan Pecah atau..hah..nak nama moden kan?..taruk nama Duzz Bein ke?..baru sesuai..ni Izzue Islam konon..dah la dia tu saya punya idola..buat malu je jumpa orang yang sama nama dengan dia tapi perangai..isy..isy..isy..kucing belakang rumah saya pun lagi baik..”ujar Amanda dalam nada geram. ‘hah..ini baru Amanda yang sebenar..pantang apabila ada yang mula mencari pasal dengannya..segala-galanya akan dihamburkan melalui perkataan tidak mengira bangsa,agama dan negara kecuali umur..’hati Amanda bermonolog sendirian.

“hey..suka hati awak je eyh cakap macam tu..by the way nama saya Izzue Aslam okay?..Aslam…dan awak jaga sikit mulut awak tu ye..nasib baik awak tu perempuan kalau tak dah lama saya..eee..saya back hand awak kat sini..”ujar Izzue Aslam sambil mengangkat tangannya kearah Amanda seperti hendak menampar Amanda.Amanda membulatkan matanya.

“ohh..hello..awak nak back hand saya,ya?..biar saya bagi awak triple kick saya biar awak sedar sikit awak tengah bergaduh dengan siapa..”balas Amanda tidak mahu berputus asa.Izzue Aslam ingin membalas kata-kata Amanda,tiba-tiba bahu mereka dicuit.Amanda dan Izzue Aslam memandang kearah gerangan yang mencuit tersebut.

“adik manis sama abang hensem..saya bukan nak masuk campur tapi sebenarnya saya sudah lama itu tunggu punya tunggu punya tunggu..you orang tak tahu penat ka?..itu bas saya masih kosong..kamu berdua tak mahu naik bas ka?..”soal lelaki india yang berumur lingkungan lima puluhan.Kelihatan beberapa orang penumpang duduk ditepi tingkap sambil menyaksikan pertikaman lidah antara Amanda dan Izzue Aslam.

“ohh…ye ke uncle..maaflah saya tak perasan tadi..hihihi..”balas Amanda sambil membuat muka comel sebelum memandang kearah Izzue Aslam dengan wajah bengis dan menunjuk gaya seperti seorang samseng..ibu jarinya diangkat dan dilalukan dilehernya seperti ingin membunuh Izzue Aslam.Izzue Aslam menjengkelkan matanya kepada Amanda sebelum Amanda mengibas rambutnya yang panjang ke wajah Izzue Aslam ketika dia hendak menaiki bas.Izzue Aslam yang geram dengan perbuatan Amanda segera menarik sedikit rambut Amanda sehingga dia terdorong ke belakang lalu Izzue Aslam dengan selambanya menaiki bas tersebut.

“hoi..saya yang dah naik dulu kan..paling pun jangan la tarik tocang saya ni..”ujar Amanda sambil memperbetulkan rambutnya yang diikat satu seperti ekor kuda.

“ade saya kesah?..dah la macam bontot kuda je saya tengok..”ujar Izzue Aslam selamba sebelum mengambil tempat didalam bas tersebut.Pemandu bas yang berbangsa india itu hanya menggeleng namun senyumannya masih terukir dibibir.

“aduh..ini budak dua orang gaduh saja..bikin pusing kepala..tapi tak apa la..ini dua orang ingatkan saya pada isteri saya Kencana..diaorang samala macam saya dengan isteri saya dulu..apa itu orang melayu selalu cakap..gaduh-gaduh sayang..”ujar lelaki india itu kepada seorang remaja lelaki yang duduk berdekatan dengannya.Remaja itu mengecilkan matanya seperti sudah kebosanan.

“iya la uncle..ni..bila saya nak sampai sekolah ni kalau uncle tak jalan lagi?..”soal remaja tadi.

“ayoyo..adik sorry la..uncle lupa mau jalan la..”ujar lelaki itu lagi sambil tergelak kecil.Remaja tadi hanya menggelengkan kepalanya sambil menunjuk riak kebosanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience