BAB 11

Drama Completed 2840

Tepat pukul dua, Shahdan sampai. Dia membawa hilux putih dan memakir betul-betul di hadapan chalet Syamel. Dia tidak menunggu dalam kereta sebaliknya turun dan menuju ke arah Syamel. Syamel memerhati lelaki kurus tinggi itu menghampirinya.

“Apa khabar? Sihat?” Shahdan menghulur tangan. Syamel menyambutnya. Kemudian Shahdan menepuk-nepuk bahu Syamel. Bagi Syamel mungkin itu cara Shahdan menunjuk keramahan.

“Jom…” Ajak Shahdan. Syamel angguk dan mula mengatur langkah membontoti Shahdan. Dia mengambil tempat di sebelah pemandu.

“Pertama kali ke sini?” soal Shahdan. Dia memandu dengan tenang.

“Kali kedua. Pertama masa pergi dengan Natalia hari tu…”

“Oh, bulan madu ke?”

“Ish taklah. Kami pergi ramai-ramai dengan family…masa belum tunang lagi.” Jawab Syamel. Dia tahu Shahdan sedang bergurau. Syamel merenung ke luar tingkap, menikmati keindahan pulau tioman. Lautnya membiru. Shahdan menurunkan cermin.

“Baru segar sikit.” Kata Shahdan.

“Bila nak kawin? Ke dah kawin?” kening Syamel berkerut mendengar pertanyaan Shahdan yang berkias itu. Shahdan masih berlagak tenang.

“Hujung tahun kot…”

“Ingatkan dah…”

“Dia bukan perempuan macam tu.” cepat Syamel memintas. Dia tidak mahu Shahdan berfikiran kolot terhadap semua perempuan. Dia tahu, lelaki memang suka menguji. Masing-masing nak tahu akan baik dan buruk pasangan masing-masing. Untuk buat perbezaan barangkali. Ataupun untuk masuk jarum.

“Aku gurau aje.Jangan ambil serius sangat.” Shahdan menepuk peha Syamel. Risau juga kalau Syamel merasa tidak selesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience