Completed
2840
“Dia perempuan baik, Tak tinggal solat. Pandai jaga maruah. Dia selalu tolong aku waktu susah. Dia sentiasa ada…” kata Syamel perlahan.
“Aku tahu dia baik…” perlahan juga suara Shahdan. Namun terdengar sedikit sebak. Syamel menoleh. Sedikit berasa hairan, tapi dia abaikan sebab waktu itu mereka sudah sampai di tapak projek.
“Apa kerja aku kat sini?” soal Syamel. Mereka berdua jalan seiring mendekati pekerja yang sedang bertukang. Walaupun cuaca panas, ditambah dengan bulan puasa kerja tetap berjalan seperti biasa.
“Tengok aje orang buat kerja. Kalau ada barang tak cukup ke, kau inform dekat pejabat. Nanti orang kat darat uruslah.” Syamel angguk.
“Jom duduk sana.” Shahdan menunjuk ke arah batu besar. Sekali lagi mereka beriringan ke situ.
“Malam ni, buka rumah aku ya?” pelawa Shahdan.
“Kau masak ke?” Walaupun baru bertemu,Syamel sudah semakin mesra dengan pengurus operasi tersebut.
“Bini akulah….”
“Oh, dah kawin…” Shahdan ketawa kecil. Dia nampak macam masih bujang ke? tangannya menepuk peha Syamel.
“Rugi kawin lambat-lambat ni…” katanya dalam nada bergurau. Pukul lima waktu bekerja tamat. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Shahdan berhenti di masjid. Di sana dia dan Syamel menunaikan solat Asar. Selepas itu, Shahdan membawa Syamel menikmati keindahan pulau.
“Kadang-kadang, kita tak semestinya bersatu dengan orang yang kita sayang. Tapi kalau kita bersama dengan orang yang kita sayang, pasti sebuah perkahwinan tu lagi best kan.” Shahdan meluahkan sesuatu. Syamel hanya mendengar. Walaupun agak hairan, tapi dia layankan aje.
“Kau betul-betul ke sayangkan Mas tu?”
Share this novel