BAB 7

Drama Completed 2840

“Bukan.. macam tu, sekarang keadaan dah lain Thieyra, tolonglah faham…”

“Faham? Awak nak saya faham? Lelaki memang bertuah kan, dia boleh Thieyra akkan mana-mana perempuan yang dia suka, lepas tu bila nak kawin, cari perempuan baik.” Syamel terkesima. Salahkah dia memilih Natalia ? Wanita yang membuka hatinya menuju ke jalan kebenaran. Salahkan dia tidak memilih Thieyra kerana bimbang dia akan terus hanyut?

“Pergilah, nanti tak sempat pulak awak terawih. Lepas tu terus balik rumah awak.” Suara Thieyra mengendur, walau esak tangisnya masih ada. Syamel mengeluh. Sebelum melangkah pergi dari bilik tersebut, dia mengucup dahulu dahi Irfan. Empat tahun lepas, itulah anak haram hasil hubungan terlarang dengan Thieyra.

PAGI yang cerah. Natalia merenung kaki langit. Sungguh indah ciptaan TUHAN. Awan yang bergumpal membentuk lukisan alam. Natalia duduk di tembok tepi pagar rumahnya sementara menunggu Syamel sampai.

Syamel tiba seperti biasa, tidak awal dan tidak lewat. Pagi itu dia menghadiahkan Natalia dengan senyuman manis. Natalia membalasnya, namun dalam hatinya menangis. Sudah berjumpa Thieyra, baru nampak ceria? Awak tak bahagia dengan saya ke Syamel ? Soalnya hanya dalam hati.

“Saya ingat, lepas raya kalau keadaan pejabat masih tak stabil, saya nak cari kerja lain.” Natalia tidak terkejut dengan pemberitahuan Syamel. Sesiapapun pasti akan lari kalau keadaan ekonomi tidak menentu.

“Kalau terus kerja dalam keadaan macam tu, macammana nak kumpul duit kahwin kan?” sambung Syamel lagi apabila melihat Natalia membisu. Dia mengagak, Natalia tentu takut untuk berjauhan dengan dia.

“Kalau ada kerja baru pun, sempat ke nak kumpul duit?” sengaja Natalia bertanya, mahu tahu apa alasan Syamel. Sedangkan mereka sudah bincang sebelum ini, mereka akan membuat pinjaman dari mana-mana bank, kalau hendak harapkan duit gaji memang tidak cukup.

“Kita kumpul sampai cukup. Kalau tak cukup, kita tangguhkan dulu, boleh?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience