BAB 10

Drama Completed 2840

“Pernah ke saya mintak awak bayar?” sekali lagi kata-kata Natalia menikam jantung Syamel. Lain benar tunangnya petang itu. Dalam hati dia mengakui semua kata-kata Natalia. Dari dulu lagi, malah sejak belum bertunang, Natalia selalu membantunya. Tapi, langsung tidak pernah wanita itu meminta dia membayar.

“Awak ni kenapa?” Syamel tidak tahan lagi menyembunyikan rasa tidak puas hati. Pertanyaan dia dengan suara yang sedikit keras.

“Thieyra hantar msg bergambar pada saya pagi tadi.” Akhirnya apa yang terpendam Natalia luahkan juga. Syamel terkedu.

“Kan saya dah cakap, kalau awak layan dia, awak dengan dia sama aje.” Balas Syamel. Natalia mengeluh. Dari dulu sampai sekarang, itu sahaja jawapan yang akan Syamel jawab. Jawapan hendak melepaskan diri dari dikatakan bersalah. Apa yang Natalia mahukan adalah pembelaan. Atau sekurang-kurangnya permohonan maaf.

“Awak jumpa dia kan? dia ada datang sini kan?” soal Natalia Syamel tidak jawab. Dia menekan kuat pedal minyak, melajukan kenderaan, tanda yang dia tidak senang dengan stuasi itu. Stuasi yang bakal menjerat dia.

Natalia tidak bersuara lagi. Masing-masing diam. Sampai di rumah, Natalia terus keluar, menutup pintu kereta dan terus berlalu memasuki pagar rumah. Syamel menurunkan cermin kereta, dia mengamit wanita itu. Suaranya jelas memberi salam. Namun, salam tak bersambut. Tunangnya menghilang.

BOTsampai di Jeti Pulau Tioman, Kampung Tekek ketika hari masih pagi, iaitu pukul 9.00. Itu adalah kali pertama sejak bekerja di Pahang Syamel menjejakkan kaki di Pulau Tioman. Dia disambut oleh pembantu pengurus yang memang bertugas di situ. Syamel dibawa ke chalet dan disuruh berehat terlebih dahulu.

“Rehatlah. Karang aku suruh Shahdan ambil kau dan bawa ke tapak projek. Pukul 2.00 petang ya.” Pesan pembantu pengurus.

“Shahdan tu siapa?”

“Dia pengurus operasi.” Syamel angguk. Dia tidak kenal yang mana satu Shahdan, tapi pernah berurusan dengan lelaki itu di telefon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience