BAB 9

Drama Completed 2840

“Saya nak hantar dia kat Tioman ni, Naim tu nak cuti lima hari. Jadi saya ingat nak suruh Paan jaga projek kat sana buat sementara… boleh Mas?” Natalia tergelak. Encik Thieyra man minta izin macamlah dia berkuasa untuk membuat keputusan.

“Tak boleh pun, kena boleh jugak.” kata Encik Thieyra man lagi, tapi dalam nada bergurau.

“Encik Thieyra man call lah dia…” saran Zana. Natalia cuma angguk-angguk.

SYAMEL terlewat. Hampir satu jam Natalia menunggu dia di pejabat. Semua pekerja sudah pulang ke rumah, yang tinggal cuma beberapa pekerja asing yang memang menginap di asrama dekat pejabat.

Syamel bukan sengaja terlewat. Semuanya kerana bas yang sepatutnya membawa Thieyra dan Irfan ke Kuala Lumpur lambat tiba, Syamel tak sampai hati nak tinggalkan mereka berdua. Semasa keretanya memasuki perkarangan pejabat, dia sudah nampak tunangnya tercongok menunggu di atas kerusi.

“Nak pergi bazar tak?” Syamel memecah kesunyian apabila Natalia hanya membisu sejak masuk dalam kereta tadi. Natalia mengeleng.

“Esok saya ke Tioman lima hari. Awak hantar saya ke jeti ya? Lepas tu bawa balik kereta ni kat rumah awak, pergi sendiri kerja okay?”

“Ni memang kereta saya pun.” Syamel sedikit tersentak. Terasa darah menyerbu mukanya mendengar kata-kata Natalia.

“Saya sedar, saya takda harta. Menumpang harta orang aje. Takpelah wak, lepas ni saya pergi kerja naik motor aje.” Balas Syamel. Natalia masih membisu, namun dalam hatinya merasa menyesal kerana berkata begitu. Tapi dia tidak tahu apa lagi cara untuk buat Syamel sedar yang dia sedang marah.

“Esok office bagi duit tambang bot dan makan saya kat sana, awak ambil lah dua ratus duit awak tu…” sambung Syamel lagi. Nampak macam merajuk dan jauh hati. Sebenarnya sengaja mahu membuat Natalia serba salah dan rasa menyesal dengan apa yang dia ucapkan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience