Completed
2840
Natalia bangun mencapai tuala dan keluar bilik untuk mandi. Selepas membersihkan diri, dia menunaikan solat taubat, diikuti dengan solat tahajud dan istiqarah. Lagi lima belas minit pukul empat, Natalia bangun, menanggalkan telekung, sudah bersedia untuk menyiapkan menu bersahur.
Sudah bangun belum agaknya Syamel ? Detiknya dalam hati. Puasa pertama hari itu, Syamel yang mengejutnya. Semalam dia yang mengejut, hari ini nampaknya pasti dia lagi yang kena kejut, sebab dia tidak menerima sebarang pangilan dari lelaki itu. Pantas tangan Natalia mencapai telefon.
Terkejut bukan kepalang bila dia melihat satu pesanan nombor tidak di kenali, pesanan bergambar. Dua keping gambar. Pertama adalah gambar Syamel bersama seorang budak lelaki, dan kedua gambar perempuan yang sangat dia kenal. Perempuan itu adalah Thieyra, bekas kekasih Syamel. Gambar di dalam sebuah bilik, nampak seperti hotel.
Natalia mengucap, sambil mengusap dadanya yang berdebar-debar. Air matanya bertakung menanti pecah. Ini adalah kali pertama selepas dia dan Syamel bertunang. Kalau dulu, perkara seperti itu selalu sahaja berlaku. Sampaikan dia sudah tidak larat untuk makan hati. Apa yang harus aku lakukan? Natalia buntu.
BUNYIpanggilan menyentak Syamel yang sedang tidur. Dia bingkas bangun lalu mencapai telefon. Dia mendengar dengan masih bersisa rasa mengantuk. Suara Thieyra lembut bertanya dia sudah bangun atau belum.
“Nanti saya call awak balik.”Talian diputuskan. Syamel melihat jam. Selepas itu dia bergegas mencapai tuala lalu menuju ke bilik air. Usai mandi, dia mengejakan soalat sunat taubat dan tahajud.
Syamel merenung telefonnya. Perlukah dia menelefon semula Thieyra ? Bila ingat semula kata-kata Thieyra terhadapnya di hotel tadi, dia mula rasa bersalah. Adakah dia benar-benar teruk kerana membiarkan hati Thieyra sakit dan terluka atas apa yang pernah dia lakukan dahulu.
“Kenapa nak cepat-cepat balik ni? duduklah dulu, jauh-jauh saya datang dari Kl.” Pujuk Thieyra.
Share this novel