BAB 14

Drama Completed 2840

ESOK Syamel akan pulang ke darat, bermakna itu adalah hari terakhir dia berbuka di rumah Shahdan. Sejak malam pertama di Pulau Tioman sampai hari itu dia menerima perlawaan Shahdan untuk berbuka di situ.

“Nak kawin nanti jangan lupa jemput Kak Zan pulak.” Isteri Shahdan berkata sambil menghulur bekas beisi lauk dan nasi buat Syamel bersahur. Anak bongsunya Mira yang berusia empat tahun berpaut pada lengan Syamel, sekejap sahaja mereka sudah mesra.

“InsyaAllah kak, kalau ada jodoh.” Jawab Syamel. Selepas itu dia terus pergi ke arah kereta. Shahdan sudah menunggu Syamel di dalam kereta, dia bersama anak sulongnya. Mereka hendak ke terawih.

Zan melihat sehingga kereta menghilang. Kemudian dia memimpin Mira masuk ke dalam rumah. Dalam hatinya berasa lega, akhirnya Natalia akan berkahwin juga. Dia bersyukur kepada Allah kerana Natalia bertemu kebahagian dia yang tersendiri. Sekurang-kurangnya, tidur Zan akan lena setelah bertahun-tahun menjeruk pilu.

NATALIA menolak pintu pejabat dan melangkah masuk ke biliknya. Zana waktu itu sedang membaca sesuatu di sekeping kertas dengan muka berkerut.

“Paan bagi notis 24 jam.” Natalia tersentak. Lalu merampas kertas di tangan Zana. Dia membaca sekali imbas. Selepas itu dia terduduk lemah di kerusi.

“Kak Mas gaduh dengan dia ke?” Natalia mengeleng.

“Habis, kenapa tiba-tiba aje?” Natalia geleng lagi.

“Bila dia bagi surat tu?”

“Tadi, dia sampai dari Tioman pagi tadi, terus singgah pejabat…” Natalia senyap. Apa yang hendak dia katakan lagi? Lagipun Syamel memang pernah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja pun. Natalia bekerja seperti biasa. Cuma hari itu dia kurang tumpuan.

Sampai di rumah petang itu, dia lihat motor Syamel di luar rumah, apabila masuk dia melihat Syamel diruang tamu, sedang berbual-bual dengan abah. Natalia menuju ke bilik, selepas menunaikan solat asar, dia membantu Puan Mariam menyiapkan juada berbuka. Syamel akan berbuka bersama mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience