Completed
2840
“Entahlah, tengoklah lepas raya ni, kalau keadaan office macam tu, saya baliklah.” Jawab Syamel.
“Habis tu, tunang awak macam mana?” soal Thieyra. Rasa cemburu meresap ketika bertanya soal perempuan tersebut. Tekadnya, kedatangan dia kali ini mahu merebut kembali hati Syamel. Kalau waktu dahulu, dia senang untuk mengubah hati Syamel, bila lelaki itu di Kuala Lumpur, dekat degannya.
Tapi sekarang lain pulak bila selepas bertunang, Syamel berhijrah dekat Pahang, itupun kerana Natalia mendapatkan Syamel pekerjaan di situ. Kalau di Kuala Lumpur, Syamel tidak kerja tetap dan selalu sahaja bertukar kerja.
“Esok tiket bas pukul berapa?” Pertanyaan Thieyra tidak dijawab, Syamel mengubah topik perbualan dengan bertanya soal tiket.
“Pukul 3.00 petang, esok awak ambil cuti tak?”
“Esok saya sekerat hari, nanti tengahari saya datang hantar ke bus stand…”
“Lah, kenapa tak cuti aje?”
“Takda alasan nak cuti lah…”
“Eleh, padahal takut dengan betina tu…”
“Dia tunang saya awak. Saya kena hormatkan perasaan dia jugak.”
Thieyra diam. Entah kenapa, kata-kata Syamel menyakitkan hatinya sahaja. Dia cemburu bila Syamel berpihak kepada perempuan tersebut. Mata Thieyra berkaca. Tapi, Syamel menyibukan dirinya dengan melayan Irfan.
Sejak Syamel berpindah ke situ, Thieyra sudah semakin susah untuk menarik perhatian lelaki itu. Jika sebelum ini, banyak kali juga dia berjaya membuat Syamel meninggalkan Natalia dan kembali padanya, tapi kali ini, agak lama juga Syamel bertahan dengan Natalia, mungkin kerana mereka dekat. Sedang Thieyra melayan perasaan, azan maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka telah tiba.
NATALIA tersengguk. Bila dia membuka mata, dia sedang bersandar di birai katil sambil memegang naskah al-quran yang sudah tertutup. Dia tidak sedar masa bila dia terlelap. Natalia menjeling jam loceng di tepi katil. Sudah pukul tiga pagi.
Share this novel