BAB 6

Drama Completed 2840

“Saya nak solat maghrib ni, nanti terlepas waktu pula.” Syamel melirik jam di tangannya. Thieyra bangun. Dia menuju ke arah almari. Lantas dia mencapai sejadah yang memang tersedia. Sejadah itu dia hulurkan kepada Syamel.

“Itu arah kiblat.” Kata Thieyra sambil menunjuk ke atas. Syamel tiada alasan lagi. Dia menghilang ke bilik air mengambil wudhu.

Thieyra duduk di atas katil sambil merenung Syamel yang sedang bersolat. Sesekali tangannya menepuk-nepuk Irfan yang sudah terlena. Alangkah bahagianya kalau mereka memang satu keluarga. Thieyra membayangkan yang Syamel sedang mengimami solat dan dia makmunnya.

“Awak tak solat ke?” soal Syamel.

“Err… saya uzur.” Thieyra beralasan. Dia malu hendak cakap yang dia tidak bawa telekung. Dia taknak Syamel fikir yang dia memandang remeh pada solat, walau hakikatnya ya! Sekali lagi, Thieyra merasa cemburu pada Natalia. Ternyata wanita itu berjaya membuat Syamel berubah.

“Saya balik dulu ya, nak kejar terawih.” Perkataan ‘balik’ yang keluar dari mulut Syamel memanah hati Thieyra. Sakit.

“Lepas terawih datang sini semula ya.” Syamel diam. Thieyra membuatkan dia rasa serba salah. Dia mahu menolak, tapi bila difikirkan semula dia yang mengajak Thieyra datang membawa Irfan berjumpa denganya di situ.

“Hem… tengoklah.” Kata Syamel perlahan.

“Tidur sini ya…” Thieyra macam mengodanya bila tangan Syamel ditarik lembut. Perbuatan Thieyra membuatkan Syamel tersentak.

“Apa ni!” tengking Syamel. Dia menarik kasar tangannya semula. Ikutkan hati mahu sahaja dia menampar pipi perempuan itu. Tidak tahu hormatkan bulan yang mulia ini.

“Kenapa? Awak jijik dengan saya? sebab apa? sebab saya kotor? Saya perempuan yang pernah mengandungkan anak haram?” Thieyra membulatkan matanya menikam anak mata Syamel. Matanya berair dan merah, dia sudah mula menangis teresak-esak. Tidak pernah Syamel menengkingnya seperti tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience