BAB 2

Drama Completed 2840

Awak buka puasa kat rumah saya harini ya? Nanti saya bagitahu ummi

Natalia menanti pesanannya dibalas. Agak lama menanti namun tiada jawapan daripada Syamel. Jam hampir benar ke pukul 6.30 petang, Natalia gelisah, dia sudah berjanji mahu membantu ummi, perlulah dia biarkan sahaja tunangnya itu dalam kesusahan?

Saya segan. Takpalah wak. Bye

Natalia mengeluh. Kali ini dia meletak telefon bimbit di atas katil. Dia membuka telekung, selepas menyangkutnya dia membuka laptop yang terdapat di meja tulis. Dia masuk ke system bagi permindahan wang melalui online. Kemudian, dia mencapai telefon lalu membuat pengesahan. Setelah Berjaya, dia menghubungi Syamel.

Panggilan tidak berjawab. Tiga kali mencuba tetap sama. Natalia mengeluh lagi. Sebenarnya, hatinya berasa tidak sedap. Syamel banyak berubah sejak akhir-akhir ini. Mulanya dia menganggap mungkin kerana tunangnya itu tertekan dengan kelewatan gaji yang diterima, tapi itu bukanlah alasan untuk Syamel melayan dia hendak tak hendak aje.

Adakah Syamel sedang berubah? Berubah kepada sikapnya yang dahulu? Tapi sekarang mereka sudah bertunang, dan sedang menghitung hari untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Kalau tiada halangan, mungkin hujung tahun ini mereka akan bersatu. Natalia senyum bila membayangkan saat itu nanti. Lantas tangannya menaip pesanan.

Awak, saya dah transfer duit sikit dua ratus, inshaAllah cukup sementara kita dapat gaji bulan lima.

Awak, kenapa susah-susah? Saya baru nak call mama

Tak payah susahkan mama awak. Dia jauh kat KL. Lagipun kita kan dah janji nak susah senang sama-sama.

Thank you sayang

Natalia melakar senyum. Dia senang dapat membantu Syamel saat lelaki itu butuh pertolongan. Harapnya tidaklah Syamel melayannya dingin lagi. Natalia mengcongak duitnya yang berbaki dua ratus dalam bank dan seratus dalam beg tangan, moga-moga cukuplah untuk dia meneruskan hidup. Dia tidak perlu gusar kerana duduk bersama keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience