Completed
2840
Natalia senyum sinis. Senanglah bercakap kalau dalam hati tu memang takda rasa nak kawin.Takda rasa nak halalkan yang haram.
MATA merenung komputer, tapi jari jemari kaku tidak bergerak. Fikiran Natalia melayang jauh mengingati peristiwa pagi tadi. Walaupun gambar yang dikirim oleh Thieyra sudah dia padam, tapi kotak memorinya tetap tidak boleh menghilangkannya, malah rasa sakit masih jugak terasa.
“Hai, menulis ke?” teguran Zana di meja sebelah, menyentak lamunan.
“Eh, taklah.” Pantas Natalia menjawab. Dia membetulkan duduk, lalu kembali menggerakan jari.
“Manalah tahu. Biasa bulan puasa, ada aje cerita baru nak masuk dalam ilham tu…” sambung Zana lagi, dia yang sedang menyemak akaun syarikat mencuri waktu untuk berbual. Bukan apa, kalau terlalu memberi tumpuan, boleh letih otak. Tambahan bulan puasa.
“Hem, entahlah. Takda ilham pulak.” Balas Natalia.
Pintu bilik mereka berdua ditolak deras dari luar. Pengurus projek, Encik Thieyra man masuk terus memandang ke arah Natalia.
“Paan mana?” soalnya, dua belah keningnya terangkat, kepalanya sedikit mendongak. Natalia tidak terus menjawab, dia halakan kepala melihat jam di dinding, pukul 2.00 petang.
“Dia separuh hari hari ni.” Zana menjawab sebelum sempat Natalia membuka mulut.
“Lah, dia ke mana pula?” sekali lagi Encik Thieyra man memandang Natalia.
“Manalah saya tahu, dia tak cakap pun kat saya…” jawab Natalia perlahan.
“Paan tak beritahu Kak Mas? Habis balik karang macam mana?” Natalia mengangkat bahu. Dalam kepalanya berangapan yang Syamel bertemu Thieyra. Tapi dia lebih sedang menyimpannya seorang. Bukan tidak mahu mengadu kepada sesiapa, tetapi risau kalau mereka akan mempertikaikan dia yang buat keputusan melulu untuk bersama Syamel.
Share this novel