Completed
2840
SELEPAS memastikan wang sudah ada di dalam akaun bank, Syamel mengeluarkan semuanya. Dia mula berjalan keluar bank dan melintas jalan menuju ke arah kereta. Selepas itu dia mula bergerak menuju ke perhentian bas, di sana kepalanya tercongok-congok mencari seseorang. Tidak jauh dari situ, seorang perempuan yang sedang memimpin tangan budak lelaki melambai ke arahnya.
Thieyra memasuki kereta. Beg sederhana yang mengandungi baju dia dan anaknya Irfan diserahkan kepada Syamel. Syamel mengambilnya lalu mencapak di kerusi belakang. Selepas itu, Thieyra mengangkat Irfan ke ribanya. Syamel mencuit pipi Irfan yang kemerahan, anak kecil yang berusia empat tahun itu mengekek ketawa.
“Nak check in dulu ke nak berbuka dulu?” soal Syamel. Ketika itu dia sudah memandu keluar dari perhentian bas.
“Kita cari tempat berbuka lah. Dah nak masuk waktu dah ni.” Thieyra melihat jam di tangan. Syamel bersetuju.
“Berbuka kat KFC ya?” cadang Syamel. Thieyra angguk.
Mereka memilih tempat duduk yang paling hujung di tingkat atas. Bersebelahan dengan cermin kaca yang memisahkan dengan luar. Sambil itu mata Syamel liar juga melihat sekeliling, risau kalau ada orang yang mengenali dia, terutama budak-budak pejabat.
Walaupun kawasan itu bukanlah kawasan tempat dia bekerja. Tapi manalah tahu kalau di antara mereka ada yang hendak berbuka di KFC Bandar. Apa pula kata mereka kalau melihat dia bersama perempuan selain Natalia. Pasti itu akan sampai ke pengetahuan tunangnya juga nanti.
“Jadi tak nak balik kerja kat KL?” Thieyra memulakan bicara. Dia melirik Syamel yang sedang sibuk melayan Irfan makan. Sesekali tertelan juga air liurnya kerana waktu berbuka belum masuk lagi.
Share this novel