Completed
2840
“Thieyra, lelaki memang akan datang kepada perempuan yang sanggup berikan apa sahaja bila dia bosan. Tapi, dia tak akan pilih perempuan macam tu.” kening Thieyra berkerut. Dia kurang faham maksud Natalia.
“Akak minta maaf, kalau apa yang akak cakap lukakan hati Thieyra. Tapi ini pendapat akak aje tahu. Thieyra, lelaki memang suka berdamping dengan perempuan yang senang-senang serahkan tubuh badan dia.” Natalia berhenti berkata-kata. Dia mencapai tangan Thieyra, dia risau kalau Thieyra salah anggap terhadap dia. Tapi Thieyra terlihat tenang. Dia tunduk.
“Tapi… kalau Thieyra tak buat macam tu, Thieyra mungkin akan hilang dia kak. Dia tak akan datang pada Thieyra lagi kak… Thieyra sayang dia kak, itu tanda kasih sayang Thieyra pada dia kak…” Thieyra menangis. Teresak-esak dia menangis. Natalia melepaskan nafas perlahan.
“Thieyra, baik atau jahat seseorang lelaki, dia tetap akan memilih perempuan yang baik juga. Tambahan lagi, perempuan yang menjaga maruah, menjaga tatatertip, menjaga solat dan segala amalan…”
“Masih belum terlambat untuk berubah Thieyra.” Natalia memeluk Thieyra. Dia menggosok-gosok belakang wanita itu. “Apa yang pernah berlaku dulu, jadikan pengajaran.” Thieyra angguk.
THIEYRA kembali menutup pintu apabila Natalia menghilang. Pertemuan singkat itu ternyata menyedarkan dia akan segala kesilapan yang dia penah lakukan. Pertemuan itu juga, menemui dia dengan siapa lelaki itu sebenarnya. Thieyra menuju ke bilik air. Dia mengambil wudhu. Dia melakukan solat Taubat. Semoga, ada sinar baru di bulan yang mulia itu.
Share this novel