Bab 8 : Bayang Hitam Menjengah.

Fantasy Series 916

Pada waktu malam, suasana begitu tenang dan damai. Angin lembut menyapa dedaun, dan cahaya bulan mengambang memantul indah di permukaan atap nipah, menyirnakan kota Tandasuka dengan sinar perak yang menyejukkan mata. Sesekali terdengar suara umbuk dari hutan sebelah, seakan mengeluh merindui Sang Bulan. Di laman, suara cengkering bernyanyi, mendayu perlahan, bagai alunan musik yang dilupakan zaman.

Azizi berdiri diam dibalik jendela biliknya, memerhati ketenangan Kota Tandasuka yang asing namun menenangkan. Pandangannya jauh, seolah ingin menembus batas masa. Dadanya terasa lapang, selepas sekian lama terkurung dalam hiruk-pikuk kota asalnya, kini dia seakan diberi peluang untuk mendengar suara sebenar dunia.

Namun lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk perlahan. Azizi berpaling dan membuka pintu itu dengan perlahan. Ternyata Nenek Kebayan dan Suri.

"Maafkan Nenda mengganggu malam anakanda." (ujar Nenek Kebayan perlahan.)

"Nenda tidak biasa menyapa kamar anak teruna di waktu begini... Namun ada perkara yang harus Nenda segerakan."

Azizi tersenyum kecil, lantas mempersilakan mereka masuk.

"Tak perlu segan pun, Nek. Anggap ja Azizi ini cucu Nenek sendiri."

Nenek Kebayan mengambil tempat di kerusi malas, tubuhnya membongkok tapi auranya masih gagah. Suri, setia seperti bayang-bayang, berdiri di sisi kanan Nenek Kebayan.

"Anakanda... Sudahkah menjamah selera tadi?"

Azizi mengangguk perlahan.

"Sudah, Nek. Tapi... Cuma sesuap dua ja. Perut ini... Asyik meragam. Mungkin masuk angin. Maklumlah seharian tak makan."

Nenek Kebayan hanya mengangguk faham.

"Anakanda..." (panggilnya sambil bangkit perlahan.)

"Baringlah, dan buka sedikit bajumu hingga paras dada. Nenda ingin betulkan jiwa anakanda yang masih lagi bergelora. Supaya perut anakanda rasa selesa."

Azizi binggung, hanya mampu menurut tanpa bersuara. Dia mula baring di tilam jeraminya dengan perlahan, bajunya diselak, Suri segera berpalingkan wajahnya. Azizi baring tenang, sambil menatap atap nipah yang senyap.

Jari tua Nenek Kebayan menyentuh dada Azizi. Sentuhan itu dingin, namun ada kehangatan aneh yang menjalar. Mata wanita tua itu berubah sayu.

"Hatimu, benar sudah remuk, dibalut luka yang tidak kelihatan. Sungguh berat dugaan yang kau hadapi, Damak..." (bisik Nenek Kebayan.)

Nenek Kebayan mula membaca mantera dalam bahasa yang tidak difahami Azizi. Suaranya bersahut-sahutan, seolah ada suara lain yang turut serta dari dunia yang lain.

Tiba-tiba Azizi merasa tusukan di dada. Jari Nenek Kebayan menekan seperti hendak menembusi daging. Jeritan Azizi segera memecah keheningan malam. Mata hitamnya memutih. Azizi bagaikan sedang dirasuk. Dirinya mula ditarik ke dalam pusaran memori. Segala sejarah hidupnya, segala perit luka dan rahsia terpendam, diputar ke belakang dengan pantas. Nafasnya tersekat, kepalanya bagai nak pecah.

Aura hijau kehitaman mula meruap keluar dari tubuh Azizi. Berombak, berputar seperti kabus hidup. Nenek Kebayan sendiri mengerut wajah, tangannya bergetar. Namun mantera tidak dilepaskan dari bibirnya.

Suri yang melihat, terus terkejut besar. Tangannya segera menggenggam kerambit yang terikat di pinggang. Bersiap jika ada yang menyerang..

Tiba-tiba, tubuh Nenek Kebayan melambung ke belakang seperti dilontar oleh tangan ghaib. Suri pantas menyambut Nenek Kebayan yang hampir jatuh.

Aura hitam itu menghempas keluar dari tubuh Azizi, menebar seperti badai kecil, lalu reda dengan sendiri seolah-olah ia kembali menyembunyikan dirinya.

Suri segera bersuara.

"Nenda! Nenda tidak apa-apa? Ada terluka? Apa yang telah berlaku, Nenda?!"

Nenek Kebayan tidak segera menjawab. Nafasnya turun naik, dada berombak perlahan-lahan, bagai cuba mengimbangi badai yang baru berlalu. Wajahnya pucat, namun sekali pun tidak meruntuhkan semangatnya.

"Nenda tidak apa-apa. Tiada luka yang terjadi, Anakanda."

"Tetapi... Aura itu... Itu bukan aura sembarangan." (ujar Nenek Kebayan dengan suara yang tegas.)

"Ada kuasa yang sedang menjejaki Azizi. Mereka cuba hendak memikat darahnya..."

Suri yang terkejut segera memandang Azizi, dan memandang Nenek Kebayan semula.

"Kuasa? Kuasa apa, Nenda? Apakah dari Angmaar?"

"Nenda juga kurang pasti. Boleh jadi ya, boleh jadi juga tidak. Nenda sudah cuba mendekati mereka, tetapi sebelum sembat Nenda menembusi tirai alam, Nenda telah ditolak."

"Ada mata... Yang mengawasi Azizi. Mereka tahu... Azizi ada disini."

Nenek kebayan merasa resah dan gelisah. Pertama kali Suri melihat Nenek Kebayan bertingkah sedemikian rupa.

Nenek Kebayan menoleh ke arah arah Suri, tangan tuanya menggenggam erat tangan Suri.

"Anakanda Suri... Esok sesudah subuh, Nenda mahu anakanda bawa Azizi keluar dari Tandasuka. Jangan ditunggu malam berikutnya, kerana ia tidak akan memberi kita masa."

"Nenda dapat rasakan... Kuasa itu ada berdekatan dengan kita. Kita harus jauhkan Azizi dari dia. Jika mereka bertentang mata, maka kita semua akan binasa..."

Azizi mula mengerang, tubuhnya bergerak perlahan. Kepalanya digeleng, seakan menolak sesuatu yang tidak kelihatan. Suaranya sayup:

"Aduh... kepala aku... macam nak pecah..."

Nenek Kebayan menarik tangan Suri.

"Anakanda, segera bantu Azizi... Nenda sudah tidak mampu menyentuhnya lagi... Jika Nenda ingkar, nyawa Nenda jadi taruhan."

Suri melerekkan matanya ke bawah. Rasa serba salah, mula menikam dirinya. Dengan berat hati, dia menurut.

Tangan Suri segera meraih bahu Azizi, membantu Azizi untuk duduk.

Azizi yang yang merasa kesakitan diseluruh tubuhnya, terus terpaku tatkala mata mereka berdua saling bertemu buat kali kedua. Waktu itu, dunia seakan berhenti seketika.

Suri juga tiba-tiba merasa dirinya bagai dirasuk tatkala melihat mata Azizi yang polos itu. Pandangan Suri mula berubah, teragak-agak. Dia yang rasa segan silu, segera menolak tubuh Azizi, menyebabkan Azizi terjatuh semula ke tilam jerami.

"AUHH! Kenapa kau tolak aku?"

"Kerana aku tidak suka dengan miang buluh!!" (bentak Suri sambil berpeluk tubuh.)

Azizi terus menepuk dahi, merasa malu bila Suri berkata demikian.

"Arghh... Azizi, apa yang dah kau buat ni?! Hilanglah hormat dia pada kau nanti!!" (bisik Azizi.)

"Mak... Maafkan aku. Aku... Tak ada niat, semuanya berlaku dengan cepat."

"SUMPAH! AKU BUKAN LELAKI YANG SEPERTI ITU!"

Keluh Azizi yang resah. Harap dirinya tidak disalah sangka.

"Hmmm... Tapi nampaknya kau sudah sihat semula. Jadi bangkitlah sendiri."

Suri segera meninggalkan Azizi.

"Erghh..."

Azizi binggung tiada jawapan. Nenek Kebayan menggeleng perlahan, seakan sudah biasa dengan perangai dua anak muda itu. Dia bangkit perlahan, dibantu Suri.

"Azizi... Kuasa yang mengejar anakanda, bukan kuasa yang mudah ditundukkan dengan ilmu atau pedang. Ia menjejaki hati yang bersih, yang belum terikat pada nafsu."

Azizi tunduk. Pujian itu bagai beban yang tidak dipinta.

"Tapi... kenapa saya, Nek? Saya bukan sesiapa. Saya cuma..."

"...cuma seorang pemuda yang dibesarkan oleh orang tua dengan penuh rohani..." (sambung Nenek Kebayan.)

"Mereka menyulam kasih, membentuk hati anakanda hingga seperti hari ini. Anakanda mungkin belum melihatnya lagi... tetapi ia sudah bersinar dalam diri anakanda sendiri..."

Tiada kata dari Azizi. Hanya renungan kosong, tetapi fikirannya bagai benang yang bersimpul mati.

Nenek Kebayan meletakkan tangannya dibahu Suri.

"Suri, Nenda amanatkan Azizi padamu, Suri. Jangan sesekali ditinggalkan. Bantu Azizi..."

"Tapi Nenda..."

Nenek Kebayan mencelah lagi.

"Nenda mengerti... Tiada siapa yang mahu hulurkan tangan pada durian yang belum gugur. Tetapi bila ia jatuh... Semua berebut mahu merasa isinya."

Suri terdiam seribu bahasa. Matanya melerek ke bawah, wajahnya jelas terpancar wajahnya duka. Nenek Kebayan tersenyum sinis. Perlahan tangan Nenek Kebayan menyentuh dagu Suri.

"Suri... Nenda tahu anakanda berbelah bagi... Tapi Azizi satu-satunya harapan kita. Janganlah diikutkan perasaanmu itu, nak. Tak kenal maka tak cinta..."

Suri kembali melihat Nenek Kebayan. Dia membalas dengan senyuman, seolah-olah mengerti akan maksud Nenek Kebayan.

Nenek Kebayan bangun dari tempatnya, berjalan bongkok ke arah pintu.

"Nenda pulang dalu. Esok, sebelum subuh menyapa kaki langit, kamu berdua harus berangkat tinggalkan Tandasuka."

"Haa?? Berangkat? Berangkat ke mana, Nek?" (tanya Azizi yang binggung.)

"Nanti Suri jelaskan. Sekarang, pergilah kamu berehat, kerana hari pun sudah lewat malam."

Nenek Kebayan melangkah keluar dari bilik Azizi. Sekali lagi suara lembutnya memanggil Azizi.

"Azizi..."

Azizi datang menghampiri Nenek Kebayan. Nenek kebayan bersuara lembut tapi penuh makna dalam.

"Hati-hati dengan bayang hitam, kerana bukan semua yang gelap itu kosong... Asalamualaikum..."

"Wa'alaikumussalam..." (jawab Azizi yang keliru. Tidak mengerti maksud tersirat Nenek Kebayan.)

Nenek Kebayan dan Suri beredar meninggalkan Azizi sendirian. Langkah mereka perlahan menuruni tangga rumah sebelum hilang bersama desir malam.

Namun, disebalik bayang gelap di sekitar rumah itu, ada sepasang mata sedang memerhati. Sosok itu diam, mengamati segala bicara. Bila terdengar rencana mereka... Dia tersenyum senget, dan terus ghaib dalam bayang malam.

Azizi menutup pintu perlahan.

"KLIKK."

Bunyi klik yang tercetus bagaikan noktah yang baru baginya. Di benak Azizi, segalanya masih berserabut, bagai benang kusut disimbah hujan.

Azizi berjalan mundar-mandir dalam ruangan kecil itu. Berulang-ulang. Azizi menundukkan kepalanya, tangan kanannya mengusap dagu manakala tangan kirinya menongkat tangan kanan.

"Mengapa mesti aku? Apa peranan aku dalam cerita ni?" (bisik hatinya.)

Kata-kata Nenek Kebayan masih terngiang-ngiang difikiran Azizi... Tiba-tiba Azizi menghentikan langkah. Matanya tajam memandang lantai.

"Apa yang dia nak dari aku? Aku cuma insan biasa. Tak tahu apa-apa!"

"ARRRGHHHHH!"

Azizi menjerit sambil menggenggam rambutnya. Tekanan yang semakin kuat menekan Azizi sehingga dia terduduk. Lalu dia menghempaskan tubuhnya ke atas tilam jerami. Azizi mula memandang ke atas, dadanya masih berombak, resah.

Diam buat seketika.

Dan dalam diam itu... Tiba-tiba muncul satu wajah dalam fikirannya.

Dia tidak tahu dari mana wajah itu menyelinap masuk. Tetapi wajah itu telah menghapuskan tekanan yang dirasakan oleh Azizi.

Azizi tiba-tiba tersenyum nipis, walaupun tubuhnya masih lelah.

"Ahh... Seharian aku dengan dia... Tapi nama dia, langsung aku tak tahu."

"Lincah juga dia. Berapa kali aku terkejut dengan ligat dia. Dia main kerambit, sampai pucat muka panglima dia kerjakan. Hahaha..."

"Tapi... bila dia senyum pada Nenek Kebayan tadi, lembutnya tak terkata..."

"Hmm..."

"Tapi kenapa bila dengan aku... kau jadi singa?"

Azizi ketawa perlahan. Satu tawa yang kosong, namun hangat.

"Hmmm..."

"Azizi... Azizi... kau ni. Jangan mimpi la... Dia tu... Anak puteri raja. Kau? Cuma si dagang yang tumpang lalu ja. Belum tentu orang mahu beli."

Azizi mengiringkan tubuhnya ke arah kanan sambil berbantalkan lengannya sendiri.

Perlahan-lahan matanya semakin berat. Fikirannya melayang...

Langit malam yang sebelumnya damai... Tiba-tiba mengeluarkan cahaya api seperti dendam yang sedang menyala.

Asap hitam mula merayap dengan pantas. Azizi berdiri kaku. Tangannya tergenggam kosong, kaki terbenam separuh dalam debu dan bara. Nafasnya tak menentu. Dia tak tahu di mana dia berada. Tapi dia tahu, ini bukan dunia yang sepatutnya.

"Di mana... ni?"

Tiba-tiba suara jeritan memberi jawapan. Jeritan seorang wanita, anak kecil, Lelaki tua. Bercampur-buar. Berlapis-lapis dan sangat bingit. Seolah-olah bumi itu sendiri sedang meraung.

Azizi melangkah perlahan.

Di sekelilingnya, Kota Tandasuka sudah rebah. Terbakar hangus. Rangka kayu terpacak ke arah langit seperti tangan yang meminta tolong.

Dan dicelah asap, terlihat kelibat pasukan berjubah hitam sedang membantai penduduk kota. Gerakan mereka sangat zalim.

Azizi terus berundur setapak demi setapak. Dadanya mula berombak. Dengup jantungnya makin menggila. Matanya menilau tanpa arah tuju.

"Apa... Apa yang dah terjadi ni?!"

Tiba-tiba, dia terlihat seorang lelaki tua, sedang merangkak perlahan. Tangannya cuba menutup tubuh kecil seorang kanak-kanak perempuan. Si kecil itu menangis dengan tubuh yang menggeletar.

Lantas, pasukan berjubah hitam muncul dari arah belakang mereka. Tinggi. Besar. Tidak berwajah. Hanya dua mata merah yang kelihatan menyala terang. Dia mengangkat tangannya yang menggenggam pedang hitam tinggi ke udara.

"SRAAKKK!!"

Pedang hitam itu terus membelah udara. Tubuh lelaki tua itu terus terkulai layu, senyap. Darah mereka mengalir ke tanah, sehingga terhasil sebuah kolam merah yang pekat.

Azizi tersentak.

Makhluk itu berpaling ke arah Azizi. Matanya tajam memandang wajah Azizi sambil tersenyum.

Perlahan-lahan dia menghampiri Azizi. Langkahnya seirama dengan dengupan jantung Azizi.

Azizi segera berpaling dan melarikan diri. Dia terus melangkah tanpa berfikir panjang. Hanya mengikuti kehendak kakinya sendiri. Lorong mana, laluan mana, tidak dipedulinya lagi, asalkan dapat menjauhkan diri dari lembaga seram itu. Tiba-tiba, sebuah suara mula menjerat langkah Azizi.

"Azizi..."

Sayup, lembut bagai sutera.

Azizi yang cemas segera berpaling berharap itu adalah suara Suri atau Nenek Kebayan.

Tapi tidak sama sekali. Ianya adalah suara dari seorang kanak-kanak perempuan yang berada di tepi runtuhan kayu. Tubuhnya kecil, matanya basah. Tangan kecilnya melambai-lambai, memanggil Azizi.

"Azizi... tolong..."

Azizi mahu melanjutkan langkahnya. Tapi kakinya kaku, bagai dipaku bumi. Hati Azizi mula berbelah bagi. Fikirannya celaru. Di saat genting sekarang, dengan keupayaannya yang serba terbatas, apa yang harus dia lakukan.

Tinggal? Atau...

Selamatkan?

Tiba-tiba sosok yang mengejar Azizi sebentar tadi, muncul dibelakang kanak-kanak perempuan itu.

Azizi terus terkesima. Lembaga itu tersenyum lebar sehingga terpapar jelas gigi kuningnya yang menakutkan.

Dari senyumannya itu, Azizi sudah dapat meneka... Apa yang akan berlaku. Azizi menjerit agar kanak-kanak itu segera melarikan diri, tetapi jeritannya hilang di dalam kekalutan.

Pedang tajam itu diangkat, dihunuskan tepat ke arah belakang tengkuk kanak-kanak perempuan itu.

"JANGAN!!"

"SSRAAAKK!!"

"TIDDAKKK!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience