Bab 10 : Misi Penentu Nasib.

Fantasy Series 916

Jeritan Azizi membuatkan Pak Zabit bergegas ke biliknya.

"BAMMM!!"

Pintu bilik dipecahkan dengan kasar.

"APA YANG TELAH TERJADI?!" (jerit Pak Zabit.)

"HA?"

"Apakah?"

Azizi tergamam sambil duduk terduduk di atas tilam jeraminya.

Jantung Azizi berdenyut kencang. Nafasnya tak menentu seperti seorang pelari pecut yang baru sahaja menyelesaikan sebuah maraton. Wajahnya pucat, dipenuhi keringat. Badan Azizi mengeletar tanpa henti.

"Azizi! Kenapa ni?!"

Pak Zabit berdiri dihadapan pintu dengan kain pelikat yang senget sambil menggenggam parang.

"Anakanda tak apa-apakah? Pak Cik dengar, anakanda menjerit tadi?" (tanya Pak Zabit dengan riak wajah yang merisaukan.)

Azizi memandang Pak Zabit. Matanya berkaca. Nada suara serak basah kerana terlalu takut.

"Aku mimpi, Pak Zabit... Tapi kenapa rasa macam... Aku betul-betul ada di sana?"

Pak Zabit melangkah masuk perlahan cuba hendak menenangkan Azizi. Tiba-tiba ada sesuatu yang mengejutkan Pak Zabit.

Ada abu... betul-betul di hujung kaki Azizi.

Pak Zabit cuba tenangkan dirinya.

"Oh, tak ada apalah tu semua. Mungkin anakanda terlalu letih barangkali. Sebab itu anakanda mimpi yang bukan-bukan. Nanti sebelum tidur, pergi basuh kaki itu dulu." (kata Pak Zabit).

"Baik, Pak Zabit. Maaf kerana sudah ganggu rehat Pak Zabit." (jawab Azizi yang sedikit tenang.)

"Sudah, pergi basuh kaki anakanda itu dan berehat. Esok Anakanda perlu gerak awal. Selamat malam."

"Baiklah Pak Zabit, Selamat malam."

Pak Zabit berjalan meninggalkan Azizi sendirian. Namun fikiran Pak Zabit mula diganggu dengan paparan yang dilihatnya sebentar tadi.

"Abu bakar? Datang dari mana? Kelihatan seperti baru dibakar. Apa mungkin Azizi sengaja membakar sesuatu dan mengarang cerita?"

"Tapi..."

"Lihat dari riak wajahnya, tak mungkin dia akan bertindak begitu. Hmm...." (bisik hati kecil Pak Zabit.)

Keesokkan hari, fajar masih segan menyapa. Gelap belum benar mahu berundur, tetapi suara ayam berkokok sudah mula bergema, memecah hening, bersahut-sahutan dari jauh.

Azizi yang sudah mandi masuk semula ke bilik. Tuala kecil tergantung di leher, rambutnya yang masih basah, menitis menuruni tengkuk. Tangan kanannya sibuk menggosok sisa titisan, namun langkahnya itu terhenti seketika apabila matanya menangkap sesuatu yang berada di atas meja kopi usang.

Sebungkus pakaian. Dan diatasnya terdapat sehelai kertas tua dengan tulisan jawi lama.

Azizi mendekat. Dia mengambil helaian itu dan membaca perlahan.

"Untuk mereka yang memegang amanat. Bukan dengan darah yang diminta... Tetapi dengan hati yang rela menerima tanggungjawab yang sebenar."

Azizi memandang bungkusan itu dengan tatapan yang dingin. Dalam fikirannya kosong buat seketika. Dia mengambil bungkusan itu dan membuka simpul kainnya.

Tersembul kain cekak musang berwarna merah hati yang disulam bersama benang emas yang halus menari di bahagian kolar dan lengan. Baju sikap hijau gelap terlipat rapi dibawahnya, berserta sampin kekuningan yang warnanya tidak lari dari kemegahan istana.

Azizi terdiam. Tangannya menyentuh fabrik itu, seakan takut untuk memakainya.

"Layakkah aku menerima semua ini? Bagaimana jika aku hampakan mereka semua?" (bisik Azizi.)

Azizi memandang pakaian itu lama. Hatinya berbelah bahagi untuk menerima pemberian Suri yang sangat langka itu.

Tiba-tiba Azizi tersenyum sinis.

"Jika Suri dan Nenek Kebayan sudah meletakkan kepercayaan dan harapan mereka kepada aku, bererti meraka yakin dengan diriku."

"Aku mesti berani kerana dunia aku sekarang disini. Mahu atau tidak, aku harus tempuh juga kerana sekarang ada aku sudah ada sesuatu yang perlu aku jaga."

Dengan lafaz Bismillah, Azizi memberanikan dirinya kerana dia tidak mahu mengecewakan permintaan Suri. Disarungnya perlahan satu persatu. Diperbetulkan bajunya, dikemaskan ikatan sampin dengan teliti.

Azizi cuba berdiri dihadapan cermin buruk. Memeriksa jika masih ada sebarang cacat-cela yang kelihatan. Kelamaan dia memandang dirinya sendiri. Wajah yang dulu muram, kusut, kini bersinar indah. Seolah-olah seperti dia dilahirkan semula.

Dia sudah tak nampak seperti Azizi dari dunianya. Dia tampak seperti jejaka yang bangkit dari ke alpaan.

Tangannya perlahan menyisir rambut, tetapi ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Dia terlihat ada pemotong kecil seakan gunting. Lalu Azizi mengambil dan memotong beberapa helai rambutnya.

Setiap helaian rambut yang gugur bagaikan kisah lalu yang ingin dilupakan oleh Azizi. Kata-kata Nenek kebayan semalam masih terniang-niang di dalam fikiran Azizi.

"Kamu seorang pemuda yang dibesarkan oleh orang tua dengan penuh rohani... Hatimu bersih tidak dinoda oleh nafsu...."

Setelah selesai, Azizi segera mengemaskan belahan rambutnya hingga rapi. Lalu matanya terpandang pada satu tanjak yang diletakkan dihujung bungkusan tadi.

Mata Azizi memandang tajam.

"Ini..."

"Tanjak Anderiguru Selebu."

Tangannya perlahan mengambil dan mengusap tanjak yang penuh makna tersirat itu. Renungannya tajam memandang tanjak yang gah itu...

Di luar, langit masih biru kelam. Cahaya mentari belum memecah langit, tapi angin pagi sudah mula menyapa suasana.

Suri sedang berdiri memandang langit. Bahunya sedikit jatuh, tapi wajahnya tenang. Di sisi, Pak Zabit melilit kain dipinggang sambil berdiri tegak seperti selalu. Nenek Kebayan pula sudah duduk di tangga kedai, mengunyah sirih pinang.

Bunyi pintu kayu berderit memecah pagi. Mereka semua berpaling.

Azizi keluar.

Langkahnya perlahan, tapi ada satu aura yang aneh pada dirinya pagi itu.

Suri terkedu. Matanya terpaku seketika, seolah-olah sedang melihat mentari pagi yang sangat indah keluar dari pergunungan. Namun Suri segera sedar, dan memalingkan wajahnya. Nafasnya tertahan seketika, entah kenapa.

Nenek Kebayan ketawa kecil melihat Azizi yang sunggug segak bergaya.

"Wahh... Segaknya anakanda. Kalau ada puteri rimba nampak, mahu terus nikah pagi ni juga!"

Azizi menunduk kerana segan dengan pujian Nenek Kebayan. Pak Zabit menjeling sambil ketawa.

"Segak tu, benar... Tapi mana tanjaknya? Baju cantik, sampin kilat... Tapi makhkota tiada. Macam ayam jantan tiada balong."

Azizi tersenyum kecil.

Dia menghampiri Nenek Kebayan, dan menyerahkan Tanjak Anderiguru Selebu kembali kepada Nenek Kebayan.

Mereka semua terkedu dengan tindakan Azizi yang tampaknya masih lagi tidak mampu menerima takdirnya sendiri.

"Maafkan saya, nek... Saya tak layak untuk semua ini. Saya... Saya lemah, nek. Nak menerima takdir sendiri pun masih sukar, apatah lagi nak menggalas takdir yang diminta nenek dan mereka yang lain."

Tiba-tiba Azizi merasa sebak. Dia merasakan dirinya benar-benar lemah. Meskipun penampilannya berubah, namun sikapnya sama sekali tiada makna. Matanya melerek ke tanah.

"Tanjak ini... Nek, ambillah semula. Saya tahu tanjak ni bukan calang-calang. Ada makna dan maksud disebalik ikatan. Dan saya bukanlah orangnya." (ujar Azizi yang sebak.)

Suasana sunyi sebentar.

Suri yang melihat tingkah laku Azizi, mula perasan sikap Azizi nampaknya sudah berubah. Suri perlahan mendekat, matanya menatap Azizi dengan dingin.

Azizi tunduk rapat kebawah dengan penuh kehinaan. Merasa pemberian mereka kepadanya tersangatlah besar. Dan dia takut jika dia tidak mampu membalas pemberian tersebut seperti yang diharapkan.

Tiba-tiba, Azizi merasakan seperti kepalanya disarungkan sesuatu. Masa itu, suara lembut Suri bergema ditelinga Azizi.

"Kerana itu aku berikan kau makhkota ini. Supaya kau ingat... Kau sekarang bukan Azizi yang dahulu. Kau adalah Azizi yang sekarang. Azizi yang membawa gelaran Damak. Dan setiap langkah kau, akan menjadi cerminan dan harapan buat seluruh Lagindra."

"Jangan sesekali kau lepaskan tanjakmu... Kerana ia adalah lambang kepimpinan, lambang khalifah bagi seorang lelaki. Tanjak bukan sekadar kain yang dililit di kepala. Ia lambang warisan darah, martabat, dan amanah yang dipikul. Setiap ikalannya mengikat sumpah dan maruah. Tanpa tanjak, seorang khalifah dianggap bagai raja tanpa takhta, jiwa tanpa arah, nama tanpa makna..."

Azizi tunduk. Tidak menjawab. Tapi kata-kata itu menusuk dalam hatinya. Nafasnya mula berubah, dan matanya tak lagi kabur.

Nenek Kebayan segera menyampuk.

"Cukup la. Hari makin cerah. Kamu berdua harus bergerak sekarang sebelum diketahui orang lain."

Azizi bingung sebentar.

"Tapi... Kami harus mana?"

Suri menjawab perlahan.

"Ke negeri Empayar Sriwama. Bertemu Paduka Diraja Mamut Djata Aria."

Azizi terdiam. Nama itu terlalu asing ditelinganya. Belum sempat dia nak bertanya lanjut, tiba-tiba...

"BANGG!!"

Bunyi beberapa kotak jatuh dari dalam kedai.

Mereka semua berpaling kerana terkejut.

Kelihatan seorang pemuda sedang membongkok, sambil mengutip barang dengan pantas. Tingkah lakunya agak begitu gopoh-gapah. Dia sedar dirinya sedang diperhatikan, lalu dia melihat mereka dengan senyuman sinis.

"Awang?"

Awang berdiri tegak. Tangannya tegap di sisi.

"Nenda, Kakanda... Awang nak ikut juga!"

Suri menatap dengan mata yang tajam. Azizi membulat mata. Pak Zabit... Sudah angkat kening.

"Tidak." (tegas Pak Zabit.)

"Tapi Pak Cik..."

"Pak Cik kata tidak, tidak! Kerja anakanda masih banyak yang belum dikerjakan."

Awang mula membuat muka manja sambil berlutut seperti anak kecil.

"Pakk Cikk... Kasihanilah Awang, Pak Cik..."

Pak Zabit segera pejamkan mata menahan amarah. Tangannya memeluk tubuh dengan penuh ego.

"Awang... Berdiri! Berapa kali Pak Cik mahu bilang dengan kau, Awang. Kau bukan anak kecil lagi."

Nenek Kebayan mula ketawa kecil melihat gelagat Awang. Lantas Nenek Kebayan mencelah,

"Zabit, beri saja dia rasa dunia luar. Kalau tak, bila lagi? Lagi pula, Awang bukannya anak kecil yang boleh kamu halang lagi. Dia sudah jadi anak teruna pun."

"Setiap makhluk cukup masa, pasti akan tinggalkan sarangnya juga. Sekali-sekala, biarlah dia mengembara, melihat ciptaan tuhan."

Pak Zabit menundukkan kepalanya. Dia menarik nafasnya seperti mengalah.

"Hmmm... Baiklah."

Awang terus melompat gembira sehingga mereka semua terkejut dengan sikap Awang.

"Tapi dengan syarat."

"Jangan merayau jauh. Jangan buat masalah. Dengar kata Kakanda Suri dan Azizi. Dan..."

"INGAT!!"

"Jangan melencong. Lepas selesai, terus balik."

Awang terus tabik.

Dia kemudian masuk, keluarkan satu busur besar dari bawah meja. Busur yang sangat indah, dengan ukiran sayap dihujungnya.

"Awang!!! Itu busur paling mahal Pak Cik simpan!"

"Awang pinjam ya, Pak Cik. Nanti Awang pulangkan semula."

"Kalau calar..."

"PAK CIK POTONG UPAH KAU SELAMA SETAHUN!!"

Awang tergamam. Bibirnya bergetar. Seperti mahu menangis.

Suri tiba-tiba ketawa kecil. Dia keluarkan gulungan kertas dan diserahkan kepada Pak Zabit.

"Biar Suri yang bayarnya, Pak Zabit. Suri tahu busur tu tak akan selamat dengan Awang. Pak Zabit berikan saja gulungan ini pada pihak istana, nanti mereka langsaikannya."

Awang membebel.

"Apa ni Kakanda. Tak baik... buruk sangka..."

Nenek Kebayan menepuk tangan.

"Sudah, Cukup! Gerak lekas sebelum langit menjadi saksi mata melihat kerenah kamu bertiga yang banyak akal ni."

Mereka bertiga mula melangkah. Langkah membuka lembaran yang baru. Langkah yang membawa misi. Misi yang akan mengubah nasib Lagindra.

Pak Zabit memberikan lambaian hangat ke arah Awang.

"Awang! Jangan lupa solat! Solat tiang agama!"

"Baik, Pak Cik!"

Langit semakin cerah. Bayang mereka makin jauh, makin kecil. Awang merasa sangat teruja kerana ini baru pertama kalinya kakinya menjejak tanah diluar kota Tandasuka. Padang rumput hijau yang luas terbentang dengan mentari pagi yang kian keluar dari celahan bukit-bukau, membuatkan semangat mereka semakin berkobar-kobar. Awang terus melompat gembira sambil menjerit.

"LAGINDRA!! KAMI DATANG!!"

Dari atas menara kecil, kelihatan tiga susuk misteri sedang memerhati Awang, Suri dan Azizi. Mereka diam, namun senyuman mereka jelas menyimpan muslihat.

"Mereka dah gerak, ayuh kita ekori mereka."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience