Bab 34: Sumpah 7 Penjaga Kegelapan — Varrgoth Melangkah ke Dunia Polaris

Drama Completed 63

> “Tiada cahaya yang lahir tanpa kegelapan. Dan tiada dunia yang mampu berdiri, jika cahaya enggan berkorban.”
— Prakata Kitab Kegelapan Dimensi Keempat

---

Alam Kegelapan: Singgasana Varrgoth

Jauh di luar batas realiti, dalam sebuah alam tak bernama di mana ruang dan waktu bertindih seperti kain koyak… satu takhta berdiri di tengah kegelapan pekat. Di atas takhta itu duduk Varrgoth The Voidlord, makhluk yang tidak memiliki wajah, hanya terdiri dari asap pekat dan mata merah berkilat seperti lubang hitam.

Di sekelilingnya berdiri Tujuh Penjaga Kegelapan, masing-masing berjubah panjang hitam, wajah tertutup topeng berbeza bentuk:

1. Shyrrha — Penjaga Ketakutan

2. Doom’Zell — Penjaga Perang

3. Zulgrath — Penjaga Racun Jiwa

4. Nyx‘Terrah — Penjaga Bayang

5. Grimlock — Penjaga Masa Songsang

6. Velmora — Penjaga Cinta Gelap

7. Kharthus — Penjaga Kesunyian

“ZIGGOR sudah tumbang,” Varrgoth bersuara. “Dan ia bukan kerana bintang… tapi kerana satu anak manusia.”

Shyrrha tertawa nyaring. “Pewaris Null bangkit… seperti dalam ramalan lama. Tapi dia belum matang.”

“Belum,” sambung Zulgrath. “Namun jika diberi ruang, dia akan jadi Dewa Polaris sejati. Kita harus hentikannya… sekarang.”

Varrgoth berdiri. Langit alam itu meledak dalam ribuan bintang hitam.

“Aku sendiri akan turun ke Dunia Polaris. Tapi sebelum itu… wahai tujuh kegelapan, sumpah semula padaku!”

Ketujuh-penjaga meletakkan tangan ke dada dan berseru serentak:

“Atas nama kehancuran, kami bersumpah akan menjatuhkan cahaya, dan membawa kegelapan abadi ke setiap galaksi yang mengingkari.”

> [Sumpah Penjaga Kegelapan Diperbaharui]
[Target: Dunia Polaris & Ariey Siika]

---

Polaris: Malam Sebelum Ribut

Di Menara Polaris, Ariey duduk di balkoni tinggi, memerhati langit malam. Tangannya memegang lolipop merah jambu pemberian Surianie malam semalam.

Tiba-tiba, langkah perlahan mendekat. Sabrina muncul, membawa dua tin minuman tenaga dan sepotong roti manis.

“Kalau kau terus termenung macam ni, aku akan fikir kau dah jatuh cinta dengan langit,” usik Sabrina sambil duduk di sebelah.

Ariey tersenyum nipis. “Langit tak pernah bohong. Kalau ia jadi hitam… itu tandanya kegelapan makin hampir.”

“Macam hati manusia?” Sabrina tanya perlahan.

Mereka terdiam.

Sabrina bersandar di bahunya.

“Aku tak tahu berapa lama kita ada. Tapi selagi kau hidup… aku akan terus simpan lolipop ni dalam poket makmal aku.”

Ariey menjawab perlahan, “Dan aku akan terus hidup… untuk ambil satu demi satu.”

Tiba-tiba — amaran sistem bergema di seluruh Polaris.

> [Sistem Amaran: Gelombang Kegelapan Dikesan]
[7 Titik Masuk Baru Terbuka]
[Varrgoth Mengesahkan Kehadiran di Atmosfera Polaris]

Di ruang utama, seluruh menara Polaris bergoncang.

Ayumi menerpa masuk ke bilik Ariey. “Kita diserang dari 7 arah serentak!”

Prince Chikki muncul melalui portal sihir: “Ini bukan serangan biasa. Ini… Ritual Pemecah Cahaya. Mereka cuba hancurkan paksi realiti kita!”

Ariey berdiri. Rambut peraknya mula bercahaya semula.

“Panggil semua panglima. Kita akan bentuk formasi Tujuh Roh Cahaya Polaris.”

Surianie masuk dari sisi lain, bersenjata penuh.

“Aku dah tunggu saat ni… saat kita betul-betul uji takdir.”

---

Menara Komando Polaris

Peta tiga dimensi Polaris kini menunjukkan 7 titik merah besar yang menyala dan menyebar cepat. Masing-masing adalah portal yang dihubungkan secara langsung ke alam Dimensi Keempat — tempat asal Tujuh Penjaga Kegelapan.

> [Arahan Sistem: Tentukan Panglima untuk Setiap Titik]
[Objektif: Hancurkan Ritual Kegelapan Sebelum Varrgoth Turun Sepenuhnya]

Ariey berdiri di tengah bulatan komando.

“Dengar sini. Kita tak boleh biar mereka hidup lebih dari 24 jam. Kalau ritual lengkap… Polaris akan dilenyapkan. Semua yang pernah kita lindungi akan musnah.”

Dia menoleh ke setiap panglima:

Sabrina, ke Titik Penyembuhan Jiwa

Surianie, ke Titik Kekuatan Dimensi

Ayumi, ke Titik Strategi Masa

Prince Chikki, ke Titik Sihr Cermin Realiti

General Kurama, ke Titik Ketenteraan Mekanik

Airin, ke Titik Komunikasi & Gelombang Jiwa

Dan Ariey sendiri, ke pusat utama — tempat Varrgoth dijangka muncul.

“Kalau sesiapa jatuh, sistem akan hilang imbangan. Tiada ruang untuk kalah.”

Semua mengangguk. Mata mereka bersinar.

Dan sebelum keluar… Sabrina menghampiri Ariey.

Dia masukkan satu lagi lolipop — warna hitam berkilau — ke dalam genggaman Ariey.

“Yang ni… untuk akhir.”

Ariey terkejut. “Apa maksud—”

Sabrina hanya senyum, kemudian pergi tanpa kata.

---

Keadaan Menegang

Dalam satu jam berikutnya, seluruh Dunia Polaris dilitupi medan pertempuran.

Langit bertukar gelap.
Sungai bercahaya menjadi hitam.
Gunung terapung mula runtuh.

Dan… dari tengah portal utama, muncullah Varrgoth, untuk pertama kali menjejakkan ‘kaki’ ke dunia ini.

“Ariey Siika…” suaranya bergetar dalam jiwa semua makhluk hidup.

“Akulah akhir. Dan kau — hanya bayang cahaya yang akan padam.”

Ariey berdiri di hadapannya, satu-satunya cahaya di tengah badai hitam.

Dia menggenggam lolipop hitam itu.

“Kalau aku padam… maka aku padam dengan manis.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience