Completed
                        
63
                    Langit mendung seakan menangis bersamanya.
Hujan turun deras membasahi bumi yang kelabu. Jalanan kota bising dengan hon kereta, tumpahan air longkang, dan pekikan manusia yang terlalu sibuk untuk peduli.
Namun di antara lorong sempit dan basah itu, seorang budak lelaki duduk diam, memeluk lututnya. Bajunya koyak, tubuhnya kurus, matanya kosong.
Ariey Siika.
Pewaris sah keluarga Siika — keluarga yang memiliki hotel, syarikat penerbangan, bank, dan tanah seluas satu negeri. Dulu, dia memiliki segalanya. Kini, dia hanya punya satu gambar lama ibunya… dan perut yang kosong.
> "Maaf, Bu... saya tak mampu beli ubat."
"Saya dah cuba..."
Air matanya bercampur hujan.
Perutnya berbunyi lagi. Matanya berpusing, dan pandangannya kabur. Dunia terasa berat — sampai satu suara lembut memecah gelap itu.
> "Abang ni... lapar ya?"
Dia mendongak. Di hadapannya berdiri seorang gadis kecil, kira-kira seusianya. Rambutnya dikuncir dua, memakai baju hujan kuning, dan memegang payung ungu dengan gambar kucing.
Gadis itu mengeluarkan sesuatu dari saku plastiknya — sebiji lolipop besar, berkilat merah jambu.
> "Ambil ni. Saya selalu makan ni kalau sedih. Ibu saya cakap, kalau kita makan benda manis, hati kita pun akan jadi manis."
Ariey memandang lolipop itu seperti melihat sihir. Sesuatu di dalam dirinya… mulai berubah. Tangannya terangkat perlahan, dan menerima hadiah kecil itu.
> "Nama saya Sabrina."
"Apa nama abang?"
"...Ariey."
> "Saya rasa... satu hari nanti abang Ariey akan jadi orang hebat. Orang paling hebat dalam dunia."
Dia tak tahu mengapa dia percaya. Tapi kata-kata itu… dan manis lolipop itu… menjadi cahaya pertama dalam hidupnya yang kelam.
Salam Sejahtera. Selamat membaca novel pertama Dariku.
Share this novel