Di Ajak Ke Masjid

Spiritual Completed 384

Sedar tak sedar, saya telah berada di semester yang kelima. Semester ke lima ini situasi agak mencabar bagi saya. Saya telah ditempatkan bilik asrama penuh yang menempatkan empat orang pelajar. Dua daripadanya memang rakan sekelas jurusan yang sama dengan saya. Tetapi seorang lagi jabatan yang sama tetapi jurusan berbeza.

Sakit kepala saya semakin teruk. Apabila ujian saja, saya jatuh sakit dan kadang – kadang kepala sakit sampai hidung saya mengeluarkan darah. Dan rakan – rakan yang rapat dengan saya bagaikan mula menjauhkan diri dari saya. Saya sendiri binggung. Banyak persoalan bermain difikiran saya.

Saya pernah meminta maaf dengan semua orang termasuk ahli keluarga saya. Tetapi orang sekeliling saya bagaikan semakin menjauhkan diri. Semasa saya mengambil MUET, saya tiba tiba diserang sakit demam panas dan sakit kepala yang sangat teruk. Semasa ujian akhir semester – semester lepas pun pointer saya makin hari makin menurun. Saya semakin teruk! Anda bayangkanlah. Saya kesihatan saya merosot. Kawan – kawan bagaikan tidak sudi berkawan dengan saya. Orang lain pandang saya lain macam. Bila saya balik Sibu, jumpa keluarga. Saya memang menangis habis - habisan. Meluah perasaan. Walaupun tak semua saya luah. Takut ibu stress.

Dalam bilik asrama saya ditempatkan semasa semester lima, pelajar sebelah katil saya orang Islam. Khatijah namanya. Pendiam dan kelihatan sombong bagi orang yang pertama kali berjumpa atau berkenalan dengan beliau. Akan tetapi bila dah kenal lama. Amboi! Perangai! Kalah Mega Lawa Superstar tu jenaka dia. Dia selalu mengaji dalam bilik. Solat tak tinggal. Kadang – kadang sampai terjatuh dari katil saya tengok dia solat tengah malam. Mana tidaknya, dia solat buka lampu bilik belajar saja. Terbangun saya dari tidur tetiba putih saja hujung katil, siapa tak terkejut.

Dua orang roomate lagi macam tak suka tengok kami berdua berkawan. Tetapi saya dengan Khatijah buat don't know sahaja. Bak kata Khatijah, "Kita lahir bukan untuk puaskan hati orang." Ringkas sajakan?

Saya bagaikan tertarik melihat cara Khatijah solat, meluangkan masa membaca Al-Quran, kadang – kadang dia bagaikan menyanyi. Katanya, dia tengah berzikir. Melihat saya bagaikan berminat dengan apa yang dia lakukan, pada suatu malam selepas dia habis solat Isyak, Khatijah menghulurkan saya sebuah buku yang selalu dia baca.

"Eh, apa ni Tijah?" Bukankah ini buku yang selalu dia baca? Dalam hati berbicara.

"Ambillah. Aku hadiahkan untuk kau." Saya pandang wajahnya. Masih ragu – ragu.

"Betulkah ini? Habis kau nak baca apa nanti?" Masih dalam mood ingin bertanya.

"Ambil sajalah. Aku ikhlas bagi buku Al-Quran ini untuk kau. Aku nak kau baca setiap isi kandungan dalam buku ini. Jangan ada yang termiss tau. Insya Allah, hidayah Allah pasti ada." Saya masih memandangnya antara percaya dan tidak percaya.

"Betul? Terima kasih banyak – banyak, Tijah." Menitis air mata saya. Saya terharu sebab dah lima semester saya disitu, belum ada sorang pun bagi saya hadiah bermakna seperti ini.

Setiap malam selepas habis belajar sendirian, saya akan membaca Al-Quran pemberian Khatijah. Paling banyak saya baca pada satu malam, dua muka surat sahaja. Selebihnya saya terlelap. Khatijah suka melihat saya membaca Al-Quran pemberiannya. Buktinya, dia tersenyum manis bila saya mula membuka lembaran buku tersebut. Dua orang roomate a.k.a classmate saya juga itu, selalu menyindir saya bila saya baca buku tersebut.

"Dah taubat nampak." Itulah ayat selalu saya dengar malah ada lagi ayat lagi bisa dari itu. Tetapi Khatijah cakap, bersabar itu besar pahalanya. Seminggu sebelum ujian semester akhir yang ke lima ini, Khatijah hadiahkan lagi sebuah buku sederhana saiznya. Saya lihat tajuk buku berwarna merah itu. 'Himpunan Doa – Doa'.

Setiap hari saya berdoa berpandukan buku Himpunan Doa – Doa tersebut. Hinggakan suatu malam, saya bermimpi. Saya berada di dalam masjid. Agak terpesona melihat keindahan perhiasan ayat – ayat Al-Quran yang ada pada atas bumbung masjid tersebut. Ukirannya sama seperti dalam buku Khatijah yang selalu saya baca. Ayat Jawi. Inilah kali pertama masuk ke dalam masjid. Beginikah rupa rumah orang panggil masjid itu? Sungguh indah dan damai sekali.

Dalam masjid itu, kelihatan semua orang berpakaian putih. Berjubah panjang dan semuanya berwarna putih. Yang perempuan pakai telengkung putih dan kelihatan hanya mata mereka sahaja yang kelihatan. Lelaki pula memakai jubah labuh putih dan bersongkok putih. Wajah mereka berseri – seri dan bagaikan bercahaya. Hati terasa tenang melihat wajah bersih mereka. Tak terasa bibir ini turut tersenyum bersama mereka.

Setiap daripada mereka lalu di hadapan saya yang tengah berdiri di tengah – tengah masjid sambil tersenyum manis sekali. Terleka saya dibuatnya.

Lama juga saya berdiri kaku di situ. Terlalu asyik memerhatikan mereka. Terasa ada suara halus yang menyapa. Lelaki. Wajahnya tampan sekali. Saya belum pernah jumpa lelaki setampan itu di dunia. Dia tersenyum. Saya pun senyum.

Saya lupa kata – kata lelaki itu tetapi saya ingat yang dia ajak saya mengikuti mereka dan sembahyang sekali. Sembahyang? Saya mana reti. Dalam mimpi saya nak cakap kat dia 'Saya Tak Tahu.' Tetapi lidah kelu. Saya lihat diri saya dan saya terkejut. Nak tahu kenapa?

Rupa – rupanya saya juga memakai telengkung! Dan lelaki tadi mempelawa sekali lagi. Mengajak saya bersama – sama mereka dan mendirikan solat. Saya angguk kepala dan ikut melangkah bersama kumpulan perempuan bertelengkung. Lalu saya terjaga!

Bila saya terjaga, saya tidak berpeluh – peluh seperti selalu apabila saya bermimpi. Kali ini saya terbangun dengan hati yang tenang. Akhirnya saya tersenyum sendiri. Terasa bahagia! Sepanjang hari itu saya rasa bahagia meski pun tiada sorang pun berkawan dengan saya sepanjang kuliah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience